La Luna (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
La Luna
PengarahM. Raihan Halim
PenulisM. Raihan Halim
Lakon layarM. Raihan Halim
Cerita olehM. Raihan Halim
Dihasilkan oleh
  • Asra Aman
  • Faith Mak
  • Adrian Teh (eksekutif)
  • Paulyn Chua (eksekutif)
  • Sam Kan (eksekutif)
  • Tee Yee Peng (eksekutif)
  • Edmund D. Lim (eksekutif)
  • Lim Teck (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiSofyan Daud Mohamed
Disunting olehRohaidah Rashid
Muzik olehKen Hor
Aziem Rashidi
Syarikat
penerbitan
  • Clover Films
  • ACT 2 Pictures
  • One Cool Film Production
  • Papahan Films
Diedarkan oleh
  • Skop Productions (Malaysia)
  • Golden Village Pictures (Singapura)
  • CBI Pictures (Indonesia)
Tarikh tayangan
  • 9 November 2023 (2023-11-09) (Malaysia)
  • 16 November 2023 (2023-11-16) (Singapore)
  • 6 Disember 2023 (2023-12-06) (Indonesia)
Masa tayangan
99 minit
Negara
BahasaMelayu
BajetS$1.1 juta (RM3.5 juta)

La Luna ialah sebuah filem percintaan komedi berbahasa Melayu Singapura-Malaysia 2023 yang ditulis dan diarahkan oleh M. Raihan Halim. Filem ini dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin, Wafiy dan Syumaila Salihin. Filem ini ditayangkan pada 9 November 2023 di Malaysia, 16 November di Singapura dan 6 Disember 2023 di Indonesia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang seorang wanita (lakonan Sharifah Amani) yang membuka kedai pakaian dalam bernama La Luna di sebuah kampung yang sunyi, malas lagi tidak bermaya, Kampong Bras Basah.

Di sana, beliau bertemu dengan seorang pegawai polis duda (Shaheizy Sam) yang mempunyai seorang anak perempuan remaja.

Orang kampung mengalu-alukan kedai La Luna ini tetapi ia ditentang hebat oleh ketua kampung bersifat kuku besi (Wan Hanafi Su) yang mahu memusnahkan perniagaan itu dengan apa cara sekalipun.[1]

Shaheizy Sam (kiri) dan Sharifah Amani (kanan) yang memainkan watak utama dalam filem ini

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini diterbitkan oleh 4 syarikat dari Singapura melalui Clover Films dan Papahan Films, Malaysia (ACT 2 Pictures oleh Adrian Teh) dan Hong Kong (One Cool Film).

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Raihan Halim, pengarah filem itu menulis cerita dan lakon layar seorang diri.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa filem ini mempunyai gaya tersendiri walaupun mengakui filem ini agak nakal.[2]

One Cool Film[sunting | sunting sumber]

Disebabkan peningkatan besar dalam filem Malaysia, syarikat filem Hong Kong One Cool Film berminat untuk melabur dalam filem ini yang bekerjasama dengan 3 syarikat lain. Lim Teck, pencipta Clover Films berterima kasih dengan sokongan One Cool Film dan turut memberikan beberapa pendapat dan penambahbaikan dalam filem tersebut.[3]

One Cool Film kemudiannya membuka operasi mereka di Malaysia yang dilancarkan pada 20 April dengan The Locksmith sebagai penggambaran pertamanya di negara ini dan filem ini sebagai penerbitan bersama yang pertama.[4]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

La Luna mengakhiri penggambaran mereka selepas 22 hari penggambaran itu berjalan di sekitar Perak.[5]

Skop Productions yang ditubuhkan oleh Datuk Dr. Yusof Haslam

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikeluarkan pada 9 November 2023 dengan Skop Productions ciptaan Datuk Dr. Yusof Haslam diedarkan untuk pasaran Malaysia manakala di Singapura, Golden Village Pictures bertanggungjawab ke atas pasaran mereka justeru dikeluarkan pada 16 November 2023. Filem ini berjaya menembusi beberapa festival filem melalui Jepun pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo[6] dan Indonesia melalui Minggu Filem Jakarta dan Festival Filem Asia Jogja-NETPAC.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Reaksi pelakon[sunting | sunting sumber]

Bagi Shaheizy Sam, filem ini adalah antara 3 filem terbaik baginya[7] kerana beliau membawakan watak pegawai polis selepas kejayaannya membawa watak Inspektor Khai dalam francais Polis Evo. Shaheizy mengakui teruja apabila dapat melakonkan watak (pegawai polis) yang dianggapnya lebih berperikemanusiaan dan tidak hanya berlakon dengan senjata.[8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Filem La Luna (2023)". Myinfotaip. 22 September 2023. Dicapai pada 11 November 2023.
  2. ^ Hanafi, Maisarah Adila (1 November 2023). "La Luna ada kelainan tersendiri - M Raihan". Malaysiakini. Dicapai pada 11 November 2023.
  3. ^ "La Luna filem 'pecah tanah' One Cool Film". Utusan Malaysia. 15 May 2023. Dicapai pada 11 November 2023.
  4. ^ Wong, Silvia (11 May 2023). "Hong Kong's One Cool Film expands into Malaysia with 'The Locksmith', 'La Luna' (exclusive)". ScreenDaily. Dicapai pada 11 November 2023.
  5. ^ "La Luna - Cast Interview (Part II)". YouTube. 3 November 2023. Dicapai pada 11 November 2023.
  6. ^ "【La Luna】 | 36th Tokyo International Film Festival". Tokyo International Film Festival 2023. Dicapai pada 11 November 2023.
  7. ^ Sam, Shaheizy. "Filem La Luna GEMPAK GILE! Dah jadi top 3 fav of all time bagi Sam skang and korang pasti setuju. In cinemas now!!!". Instagram. Dicapai pada 11 November 2023.
  8. ^ Jefri, Najiy (4 November 2023). "Sam masih pegawai polis". Harian Metro. Dicapai pada 11 November 2023.
  9. ^ Isa, Izwan (1 November 2023). "Sebabkan Watak Polis Kampung, Shaheizy Sam Jadi Lebih Kerap Luang Masa Dengan Anak-Anak". Astro Gempak. Dicapai pada 11 November 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]