Wan Hanafi Su

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wan Hanafi Su
Pok naf.jpg
KelahiranWan Hanafi bin Wan Su
1950 (umur 68–69)
Besut, Terengganu, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PendidikanSijil Pendidikan; Sijil Seni Kreatif
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1978–kini
Terkenal keranaHari-Hari Terakhir Seorang Seniman
PasanganSunarti Sunarto

Wan Hanafi Su (lahir 1950) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada era 70-an dan sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon dalam lebih 100 drama dan 20 filem. Drama pertama beliau berjudul Wira pada 1978 iaitu drama pertama RTM berwarna.[1] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Wan Hanafi dilahirkan pada 1950 di Besut, Terengganu. Beliau berasal daripada keluarga seni, abangnya, Wan Mustafa atau lebih dikenali dengan panggilan Wan Po merupakan tokoh ukiran kayu terkenal negara dan diiktiraf kerajaan sebagai Adiguru Kraf. Wan Po membuka sebuah bengkel dan ukir di Alor Lintang tidak jauh daripada tempat Wan Hanafi menjalankan perniagaan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Wan Hanafi Su mengangkat trofi Anugerah Skrin 2013.

Beliau memulakan kerjayanya pada 1978 dengan dengan drama pertama lakonannya, Wira kemudian diikuti oleh watak pembantu dalam drama Panggung RTM, Kalut.

Wan Hanafi memegang watak utama bersama Yus Waisar dan Sharmila Rabbi dalam telefilem Airmata Papa arahan Jurey Latiff Rosli dan seterusya berlakon dalam telefilem Ku Yakin Berlaku lakonan Pierre Andre dan Airis Yasmin.

Bekerjasama dengan pelakon-pengarah, Sabri Yunus, Wan Hanafi menjayakan watak Pak Hassan dalam telefilem Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman yang diaptasi dari novel karya Sasterawan Negara ke-10, Anwar Ridhwan. Telefilem ini turut dibintangi oleh Zul Huzaimy, Mardiana Alwi, Nam Ron, Amerul Affendi dan Hushairy Hussain, dan dipertontonkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat bermula 1 Jun 2013.[3][4]

Pada 2014, Hanafi melakonkan watak Pak Awang dalam filem Lelaki Harapan Dunia arahan Liew Seng Tat yang dicalonkan di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-88.[5][6] Setahun kemudian, beliau muncul dalam filem Gangsterock Kasi Sengat arahan sulung Soffi Jikan. Beliau juga berlakon bersama Shaheizy Sam dan Zizan Razak dalam filem aksi, Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar; memegang watak Adli Hashim.[7]

Wan Hanafi mencipta sejarah dengan menghadiri majlis permaidani merah Festival Filem Cannes yang berlangsung pada 16 Mei 2016, yang mana filem Apprentice lakonannya, dipertontonkan di sana.[8]

Beliau menjayakan watak tajuk dalam filem drama Luqman arahan Mahadi J. Murat yang mengisahkan tentang Luqman, seorang penyair yang bergelut untuk mencari penonton menghargai untuk hasil seni beliau.[9]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau sangat mengagumi pelakon Hollywood, Marlon Brando, Robert DeNiro dan Al Pacino.[8]

Aktiviti lain[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2017, Hanafi bersama isteri, Sunarti Sunarto memulakan perniagaan menjual pelbagai aneka nasi di Besut, Terengganu, sejak bagi membahagikan masanya antara lakonan dan perniagaan.[10][11]

Hanafi turut mengendalikan kelas lakonan bagi mempelawa anak seni yang berminat untuk mendalami ilmu lakonan secara percuma.[12][13]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1999 Jogho Pak Isa U-Wei Hj Saari
2008 Susuk Amir Muhammad
Naiem Ghalili
Pelakon sampingan
2011 Hikayat Merong Mahawangsa Taji Yusry Abdul Halim
2012 Bunohan Pok Heng @ Ibrahim Dain Iskandar Said
29 Februari Khalid Edry Abdul Halim
Halim Munan Wak Mali Hashim Rejab
Prince Of The City Jaggoi Sibuyan Roslan Hussin
2013 Dua Kalimah Eyra Rahman
Dampak Lai Yuk Long
Kisah Paling Gangster Bapa Megat Brando Lee
Paku Umar P. Rameesh
Tokan Tuan Kamil Ghaz Abu Bakar
2014 Laga Hassan Laga Ismail Yaacob
TylcKooUns Izan Hailmey Mokhtar Dibatalkan
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Sharad Sharan
Lelaki Harapan Dunia Pak Awang Liew Seng Tat
2015 Gangsterock Kasi Sengat Sofi Jikan
Polis EVO Adli Hashim Ghaz Abu Bakar
Chowrasta Dato' Prof. Madya A. Razak Mohaideen Kemunculan khas
2016 Apprentice Rahim Boo Junfeng
2017 Kau Yang Satu Sulaiman Osman Ali
Luqman Luqman Dr. Mahadi J. Murat
2018 7ujuh Tok Batin Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin
2019 Bu, Kasih Suci Jeany Amir
Rajawali Filem/drama yang belum dikeluarkan Tok Wan Mamat Khalid
S. Amin Shahab
Pos-produksi
Jodoh Syaitan Filem/drama yang belum dikeluarkan Ismail Bob Hasim Pos-produksi
Mat Kilau Filem/drama yang belum dikeluarkan Tok Gajah Syamsul Yusof Pos-produksi
TBA The Garden of Evening Mists Filem/drama yang belum dikeluarkan Dalam pembangunan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1978 Wira TV1
1995 Percintaan TV1
2006 Usia Roslan TV2
2008 Akukah Tanggang? Pak Hamid TV3
2010 Mualim
Saka Jentayu TV3
2012 Beruk Tok Ayah Tok Ayah
Masihkah Ada Ramadan Astro Prima Judul filem di terengganu
2015 Terlanjur Mencintaimu TV1
2015 - 16 Kasih Jasmin Pak Hamid
2018 Ripin Murai RTM

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Airmata Papa Astro Ria
Anak Penarik Beca TV1
2010 Ku Yakin Berlaku Astro Oasis
2013 Tabung Haji Tok TVi
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman Pak Hassan Astro Box Office Tayangan Hebat
2015 Maruah TV2
Kaabah Depan Rumah Pak Shahib Astro Maya HD
2016 Niqabi Haji Nasir TV2
Paku Di Tiang Astro Ria
2018 Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati Mamat Astro Mustika HD
Sebilah Pusaka TV2
Setan Dalam Poket Pak Awang Astro Citra

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
1995 Anugerah Seri Angkasa 1995 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Percintaan Menang
2005 Anugerah Seri Angkasa 2005 Pelakon TV Lelaki Terbaik Anak Penarik Beca Menang
2013 Anugerah Skrin 2013 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Angelin Yeoh (27 Julai 2018). "Veteran actor Wan Hanafi Su not ready to retire". Star2. Dicapai 4 Ogos 2018. 
  2. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai 18 Mei 2019. 
  3. ^ "Versi ketiga Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman". Kosmo!. 2 Jun 2013. Dicapai 4 Ogos 2018. 
  4. ^ "Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman: Dari novel ke layar". Astro Awani. 30 Mei 2013. Dicapai 4 Ogos 2018. 
  5. ^ "Liew Seng Tat's 'Lelaki Harapan Dunia' is Malaysia's pick as Oscar entry". Malay Mail Online. 25 September 2015. Dicapai 25 September 2015. 
  6. ^ "Liew Seng Tat's 'Lelaki Harapan Dunia' is Malaysia's pick as Oscar entry". Malay Mail Online. 25 September 2015. Dicapai 25 September 2015. 
  7. ^ "Penonton puji filem Polis Evo, media sosial dibanjiri #PolisEvo". Astro Awani. 22 September 2015. 
  8. ^ a b Bissme S. (18 Mei 2016). "Living out his dream". The Sun, Malaysia. Dicapai 4 Ogos 2018. 
  9. ^ Abd. Aziz Itar (6 Mac 2016). "Luqman psikik Melayu berjiwa besar". Utusan Malaysia. Dicapai 6 Oktober 2017. 
  10. ^ Zaidi Mohamad (2 Mac 2017). "Wan Hanafi Su berniaga nasi di Besut". Berita Harian. Dicapai 5 Ogos 2017. 
  11. ^ "Wan Hanafi Su buka gerai kerana minat". Sinar Harian. 15 Mac 2017. Dicapai 5 Ogos 2017. 
  12. ^ Hanisah Selamat (4 Julai 2018). "Sanggup ajar berlakon percuma". Berita Harian. Dicapai 5 Ogos 2018. 
  13. ^ "Wan Hanafi wants to conduct acting classes for free". The Star Online. 6 Julai 2018. Dicapai 5 Ogos 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]