Sergio Agüero

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sergio Agüero
CSKA-MC (8).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Sergio Leonel Agüero Del Castillo[1]
Tarikh lahir (1988-06-02) 2 Jun 1988 (umur 29)[1]
Tempat lahir Buenos Aires, Argentina[2]
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Manchester City
Nombor 10
Kerjaya remaja
1997–2003 Independiente
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2003–2006 Independiente 54 (23)
2006–2011 Atlético Madrid 175 (74)
2011– Manchester City 186 (127)
Pasukan kebangsaan
2004 Argentina B17 5 (3)
2005–2007 Argentina B20 7 (6)
2008 Olimpik Argentina 5 (2)
2006– Argentina 82 (33)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 16:25, 16 September 2017 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 16:25, 16 September 2017 (UTC)

Sergio Leonel "Kun" Agüero Del Castillo (lahir 2 Jun 1988) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Argentina. Pada tanggal 5 Julai 2003, dia menjadi pemain termuda membuat kemunculan sulung di dalam Liga Primera Argentina ketika berumur 15 tahun 35 hari, memecahkan rekod yang sebelum ini dicipta oleh Diego Maradona pada tahun 1976.[3]

Pada tahun 2006, Agüero berhijrah ke Eropah untuk bermain bersama pasukan La Liga, Atlético Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €23 juta dari Independiente. Dia menarik perhatian kelab-kelab terkemuka Eropah dengan menjaringkan 101 gol dalam 234 penampilan serta memenangi Liga Europa UEFA dan Piala Super UEFA pada tahun 2010. Agüero berpindah ke pasukan Liga Perdana Manchester City semasa bulan Julai 2011 dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan walaupun dikatakan dalam jumlah £35 juta.[4][5] Pada hari terakhir musim pertamanya bersama kelab itu, Agüero menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 94 ketika menentang Queen's Park Rangers membolehkan Manchester City memenangi kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 44 tahun. Ketika tahun 2012, dia memenangi pemain terbaik tahunan Manchester City setelah diundi oleh peminat.

Di peringkat antarabangsa, Agüero mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina bawah 20 tahun ketika Piala Dunia B-20 FIFA edisi 2005 dan 2007 di mana dia memenangi kedua-dua pertandingan. Agüero bermain di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brazil di pusingan separuh akhir dimana Argentina berjaya meraih pingat emas.[6] Agüero dipilih untuk mewakili Argentina di Piala Dunia FIFA 2010, Copa América 2011, Piala Dunia FIFA 2014, Copa América 2015 dan Copa América Centenario.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Independiente[sunting | sunting sumber]

Sergio Agüero menyertai sistem belia Independiente ketika berumur sembilan tahun. Dia mula bermain untuk kelab itu ketika berumur 15 tahun 35 hari (pada 5 Julai 2003 menentang Club Atlético San Lorenzo de Almagro) apabila jurulatih Independiente, Oscar Ruggeri memasukkan Agüero sebagai pemain gantian pada minit ke-69 untuk menggantikan Emanuel Rivas.[7] Agüero walau bagaimanapun tidak dipilih untuk bermain oleh Ruggeri dan jurulatih baru, Osvaldo Sosa bermain bagi baki musim 2002–03. Susulan ketibaan jurulatih, Jose Omar Pastoriza, tujuh bulan selepas penampilan pertama Aguero, dia kembali beraksi ketika menang ke 4-2 atas kelab Peru, Cienciano semasa peringkat kumpulan Copa Libertadores 2004. Ini juga menjadikan Agüero pemain termuda untuk beraksi di dalam Copa Libertadores, satu rekod yang berjaya dipegangnya selama tiga tahun. Sebulan kemudian, Agüero sekali lagi beraksi di dalam perlawanan Copa Libertadores menentang kelab Ecuador, El Nacional. Pada 19 Jun, Agüero bermain 90 minit penuh buat kali pertama untuk Independiente ketika menentang Atlético de Rafaela dalam Torneo Clausura.[8] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Independiente ketika seri 2–2 menentang Estudiantes pada 26 November.[9] Agüero menjadi pemain tetap di dalam pasukan utama dan diserapkan ke dalam skuad bawah-20 Argentina untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2005 yang dimenangi Argentina. Semasa musim 2005–06, Agüero menjaringkan 18 gol di dalam 36 penampilan liga. Dia menerima kad merah pertamanya di dalam Torneo Apertura ketika menentang Tiro Federal.[10] Dia bermain perlawanan terakhirnya untuk Independiente ketika kekalahan 2–0 kepada Rosario Central.[11] Pada 30 Mei, Agüero secara rasmi berpindah ke Atlético Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak €20 juta.[12]

Atlético Madrid[sunting | sunting sumber]

Agüero bermain untuk Atlético Madrid pada bulan Oktober 2007.

Musim 2006–07[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 2006, Agüero menyertai kelab Sepanyol, Atlético Madrid dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar €23 juta.[13][14] Dia mencetuskan kontroversi semasa kerjaya awalnya bersama Atlético selepas menggunakan tangan untuk menjaringkan gol kemenangan menentang Recreativo de Huelva pada 14 Oktober 2006. Ia merupakan gol keduanya untuk kelab ini. Gol pertamanya datang ketika kemenangan 4–1 ke atas Athletic Bilbao pada 17 September.[15] Dia mengakhiri musim pertamanya di Madrid dengan tujuh gol di dalam semua pertandingan.

Musim 2007–08[sunting | sunting sumber]

Selepas Fernando Torres berpindah ke Liverpool semasa musim panas tahun 2007, Agüero mengesahkan tempatnya di dalam kesebelasan utama untuk Rojiblancos dan tidak lama selepas itu, dia menjadi salah seorang pemain terpenting pasukan ketika baru berumur 19 tahun. Di dalam musim 2007–08, dia mengakhiri musim sebagai penjaring ketiga terbanyak dalam La Liga dibelakang Daniel Güiza dan Luís Fabiano dengan 19 gol.[16] Agüero mendapat banyak pujian untuk aksinya ketika menentang Barcelona pada bulan Mac 2008 dimana dia menjaringkan dua gol, membuat satu bantuan gol dan berjaya mendapatkan penalti untuk membantu Atlético menang 4–2.[17][18] Dia juga menjaringkan gol-gol penting ketika menentang Real Madrid, Valencia, Sevilla dan Villarreal untuk membantu Atlético menduduki tempat keempat dan layak ke Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam tempoh lebih daripada sepuluh tahun.[19]

Musim 2008–09[sunting | sunting sumber]

Agüero sekali lagi menjadi penjaring gol tetap untuk Atlético pada musim 2008–09. Pada 16 September, dia menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara ketika menang 3–0 ke atas PSV sekaligus membantu Atlético layak ke pusingan 16 terakhir.[20] Pada bulan Mac 2009, Forlán dan Agüero masing-masing menjaringkan dua gol ketika menang 4–3 ke atas pendahulu liga, Barcelona.[21] Atlético menduduki tempat keempat dalam liga dan berjaya melayakkan ke Liga Juara-Juara musim berikutnya.

Musim 2009–10[sunting | sunting sumber]

Walaupun kurang prolifik dalam menjaringkan gol, Agüero mempunyai musim yang cemerlang pada musim 2009–10 dan dipuji untuk persembahannya.[22] Pada 3 November 2009, dia menjaringkan dua gol ketika menentang Chelsea dimana mereka seri 2–2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Vicente Calderón. Atlético tersingkir daripada pertandingan tetapi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Europa UEFA 2009–10 dimana Agüero membuat 2 bantuan gol terhadap untuk membantu pasukannya menang 2–1 ke atas Fulham.[23] Dia juga membantu Atlético layak ke perlawanan akhir Copa del Rey tetapi mereka tewas kepada Sevilla di Camp Nou pada 19 Mei.[24]

Pada 27 Ogos 2010, Atlético Madrid memenangi Piala Super UEFA dengan mengalahkan Internazionale 2–0. Agüero membuat bantuan gol kepada José Antonio Reyes serta menjaringkan gol kedua.[25] Pada 4 Januari 2011, Atlético Madrid mengesahkan menerusi laman sesawang mereka bahawa Agüero telah menandatangani kontrak baru bersama kelab itu untuk mengekalkannya di Vicente Calderón sehingga tahun 2014.[26] Pada hari berikutnya, dia dinamakan sebagai naib-kapten baru Atlético.[27]

Musim 2010–11[sunting | sunting sumber]

Agüero bersama Atlético Madrid semasa musim 2010–11.

Musim 2010–11 boleh dikatakan musim terbaik Agüero bersama Atlético selepas dia menjaringkan 20 gol liga buat pertama kali di dalam kerjayanya. Diantara bulan Mac dan Mei 2011, dia menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut.[28] Perlawanan terakhir Agüero bersama Atlético adalah pada 21 Mei menentang Mallorca. Dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 4–3, dia menjaringkan gol hatrik pertama dalam kerjayanya. Gol kedua Agüero merupakan gol ke-100 nya bersama Colchoneros.[29]

Pada 23 Mei 2011, Agüero mengumumkan menerusi laman sesawang rasminya bahawa dia ingin berpindah keluar dari Atlético dan secara rasmi meminta untuk dibebaskan daripada kontrak.[30][31] Agüero kemudiannya bercakap kepada ESPN dimana dia menyatakan bahawa dia tidak akan kembali ke Atlético.[32] Pada hari yang sama Agüero secara rasmi menjadi pemain Manchester City, Atlético yang mempunyai perlawanan kelayakan Liga Europa 2011–12 menentang Strømsgodset IF dimana sekumpulan peminat Atlético mengayun sepanduk "Agüero, Kami Berharap Awak Mati" sebagai reaksi terhadap perpindahan pemain itu ke City.[33] Atlético menggunakan €45 juta daripada penjualan Agüero untuk membeli Radamel Falcao sebagai penggantinya.[34]

Manchester City[sunting | sunting sumber]

Musim 2011–12[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Julai 2011, Manchester City mengesahkan bahawa Agüero telah menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab itu dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar £38 juta (€45 juta).[35] Agüero membuat penampilan sulungnya untuk City pada 15 Ogos 2011 ketika kemenangan 4–0 ke atas Swansea City. Agüero masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-59 dan berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu tidak sampai sembilan minit selepas dimasukkan. Dia kemudiannya membuat bantuan gol kepada David Silva. Agüero sekali lagi menjaringkan gol dalam masa kecederaan dengan aksi sulungnya dipuji oleh wartawan bola sepak.[36]

Pada 28 Ogos, Agüero menjaringkan gol liga ketiganya ketika City menang 5–1 ke atas Tottenham Hotspur.[37] Dia kemudiannya menjaringkan gol hatrik pertamanya di dalam Liga Perdana ketika menentang Wigan Athletic.[38] Pada 18 September, dia menjaringkan dua gol ketika menentang Fulham.[39] Selepas mengalami kecederaan ketika menentang Blackburn Rovers pada 1 Oktober, Agüero kembali beraksi di dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dimana dia masuk menggantikan Nigel de Jong pada minit ke-62 dan berjaya menjaringkan gol untuk membantu City menang 2–1 ke atas Villarreal pada 18 Oktober.[40] Pada 23 Oktober, Agüero beraksi dalam perlawanan Derby Manchester pertamanya dan menjaringkan gol pada minit ke-69. Perlawanan berkesudahan dengan City menang 6–1.[41] Pada 1 November, Agüero disenarai pendek untuk anugerah FIFA Ballon d'Or. Pada 19 November, dia menjaringkan gol penalti ketika kemenangan 3–1 ke atas Newcastle United.[42]

Agüero (kanan) dan Samir Nasri semasa perarakan trofi Liga Perdana Inggeris pada bulan Mei 2012.

Agüero membuat penampilan Piala Liga pertamanya semasa perlawanan peringkat suku akhir menentang Arsenal di Stadium Emirates dimana dia menjaringkan gol kemenangan untuk City.[43] Dia juga menjaringkan gol ketika kemenangan 5–1 ke atas Norwich City. Pada 21 Disember, dia menjaringkan dua gol ketika City mengalahkan Stoke City 3–0 di tempat sendiri. Pada 3 Januari 2012, dia menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan 3–0 ke atas Liverpool. Agüero menjaringkan gol ke-15 nya pada 4 Februari ketika menentang Fulham di mana City menang 3–0.

Semasa perlawanan pertama pertama pusingan 32 terakhir Liga Europa menentang Porto, Agüero menjaringkan gol kemenangan yang juga merupakan gol pertamanya untuk Manchester City di dalam Liga Europa UEFA.[44] Di dalam perlawanan kedua pada 22 Februari, Agüero menjaringkan gol dalam tempoh 19 saat untuk membantu City menang 4–0. Manchester City layak ke pusingan 16 terakhir Liga Europa UEFA 2011–12 dengan agregat 6–1. Pada 25 Februari, Agüero menjaringkan gol liga ke-16 nya ketika menang 3–0 ke atas Blackburn.[45] Semasa perlawanan kedua peringkat 16 terakhir Liga Europa menentang Sporting CP pada 15 Mac, Agüero menjaringkan dua gol untuk membantu City menang 3–2 dan terikat 3-3 menerusi agregat. Walau bagaimanapun, Sporting CP menang menerusi gol tempat lawan selepas mereka mengalahkan Manchester City 1–0 dalam perlawanan pertama pada 8 Mac.[46] Seminggu kemudian, Agüero menjaringkan gol liga ke-17 nya ketika menang 2–1 ke atas Chelsea.[47] Pada 29 Mac, Agüero disahkan tidak dapat beraksi selama 10 hari sehingga 2 minggu kerana masalah kaki.[48]

Pada 11 April, Agüero menjaringakan dua gol dan juga membuat dua bantuan gol kepada David Silva dan Carlos Tevez ketika kemenangan 4–0 ke atas West Bromwich Albion.[49] Pada 14 April, Agüero menjaringkan dua gol ketika kemenangan 6–1 ke atas Norwich City.[50] Pada 4 Mei, Agüero dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Manchester City. Semasa hari terakhir liga, Agüero menjaringkan gol kemenangan ke atas Queens Park Rangers, membolehkan City menang kejuaraan Liga Perdana pertama dalam tempoh 44 tahun.

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Agüero memulakan musim 2012–13 di dalam perlawanan Perisai Komuniti FA 2012 menentang Chelsea di mana City menang 3–2.[51] Di dalam perlawanan liga pertama Manchester City, Agüero terpaksa diusung keluar pada minit ke-13 ketika menentang Southampton akibat kecederaan lutut.[52] Agüero kembali beraksi ketika City seri 1–1 dengan Arsenal di dalam Liga Perdana dan menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika menentang Fulham pada 29 September di mana City menang 2–1.[53] Dia sekali lagi menjaringkan gol pada minggu berikutnya ketika kemenangan 3–0 ke atas Sunderland.[54] Gol liga seterusnya datang ketika kemenangan 2–1 ke atas Tottenham pada 11 November.[55] Dia kemudiannya menjaringkan dua gol ketika kemenangan 5–0 ke atas Aston Villa.[56] Agüero juga menjaringkan gol di dalam Liga Juara-Juara ketika menentang Ajax dan Real Madrid. Dia menjaringkan gol pada 15 Disember di mana City menang 3–1 ke atas Newcastle.[57] Agüero kemudiannya menjaringkan gol ketika menentang Norwich City pada 29 Disember di mana City menang 4–3.[58] Pada 2 Januari, selepas menjaringkan gol penalti pada minit ke-73, Agüero mengalami kecederaan hamstring ketika mereka menang 3–0 ke atas Stoke.[59]

Agüero kembali beraksi untuk Manchester City pada 19 Januari selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-81 ketika kemenangan 2–0 ke atas Fulham.[60] Pada 3 Februari, Agüero menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Liverpool.[61] Pada 17 Februari, Agüero membantu Manchester City layak ke suku akhir Piala FA dengan menjaringkan dua gol ketika kemenangan 4–0 ke atas Leeds United.[62] Dia mengalami kecederaan lutut ketika kemenangan 2–0 ke atas Chelsea pada 24 Februari.[63] Agüero kembali beraksi untuk Manchester City pada 30 Mac selepas masuk sebagai pemain gantian ketika kemenangan 4–0 ke atas Newcastle.[64]

Pada 8 April, Agüero menjaringkan gol untuk memberikan City kemenangan di dalam derby Manchester.[65] Agüero kemudiannya menjaringkan gol untuk membantu City mengalahkan Chelsea pada 14 April di dalam perlawanan separuh akhir Piala FA.[66] Dia menjaringkan gol pada 27 April ketiks City menang 2–1 ke atas West Ham United.[67] Pada 11 Mei, Agüero beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA 2013 di mana City kalah 1–0 kepada Wigan. Agüero menjaringkan gol terakhirnya musim ini ketika kemenangan 2–0 ke atas Reading pada 14 Mei.[68] Pada 25 Mei 2013, Agüero menandatangani kontak lanjutan selama setahun untuk mengekalkannya bersama Manchester City sehingga tahun 2017.[69]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 16 September 2017
Kelab Musim Liga Piala[70] Piala Liga Benua[71] Lain-Lain[72] Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Independiente 2002–03 Argentine Primera División 1 0 0 0 1 0
2003–04 5 0 2 0 7 0
2004–05 12 5 0 0 12 5
2005–06 36 18 0 0 36 18
Jumlah 54 23 2 0 56 23
Atlético Madrid 2006–07 La Liga 38 6 4 1 0 0 42 7
2007–08 37 19 4 2 9 6 50 27
2008–09 37 17 1 0 9 4 47 21
2009–10 31 12 7 1 16 6 54 19
2010–11 32 20 4 3 4 3 1 1 41 27
Jumlah 175 74 20 7 38 19 1 1 234 101
Manchester City 2011–12 Liga Perdana 34 23 1 1 3 1 10 5 48 30
2012–13 30 12 4 3 0 0 5 2 1 0 40 17
2013–14 23 17 3 4 2 1 6 6 34 28
2014-15 33 26 1 0 1 0 7 6 0 0 42 32
2015–16 30 24 1 1 4 2 9 2 44 29
2016–17 31 20 5 5 1 0 8 8 45 33
2017–18 5 5 0 0 0 0 1 1 6 6
Jumlah 186 127 15 14 11 4 46 30 1 0 259 175
Jumlah keseluruhan 413 223 35 21 11 4 86 49 2 1 547 299

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
2006 2 0
2007 4 1
2008 9 4
2009 6 2
2010 5 2
2011 8 5
2012 7 2
2013 8 5
2014 10 1
2015 10 10
Jumlah 69 32

Gol Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 17 November 2007 Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Bolivia 1–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2. 26 Mac 2008 Stadium Antarabangsa Kaherah, Kaherah, Mesir  Mesir 1–0 2–0 Persahabatan
3. 4 Jun 2008 Stadium Qualcomm, San Diego, Amerika Syarikat  Mexico 4–1 4–1 Persahabatan
4. 6 September 2008 Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Paraguay 1–1 1–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
5. 11 Oktober 2008 Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Uruguay 2–0 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
6. 28 Mac 2009 Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Venezuela 4–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
7. 12 Ogos 2009 Stadium Lokomotiv, Moscow, Russia  Rusia 1–1 3–2 Persahabatan
8. 24 Mei 2010 Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Kanada 5–0 5–0 Persahabatan
9. 7 September 2010 Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Sepanyol 4–1 4–1 Persahabatan
10. 20 Jun 2011 Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Albania 3–0 4–0 Persahabatan
11. 1 Julai 2011 Estadio Ciudad de La Plata, La Plata, Argentina  Bolivia 1–1 1–1 Copa América 2011
12. 11 July 2011 Estadio Mario Alberto Kempes, Córdoba, Argentina  Costa Rica 1–0 3–0 Copa América 2011
13. 2–0
14. 15 November 2011 Estadio Metropolitano, Barranquilla, Colombia  Colombia 2–1 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
15. 2 Jun 2012 Estadio Monumental Antonio Vespucio Liberti, Buenos Aires, Argentina  Ecuador 1–0 4–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
16. 12 Oktober 2012 Estadio Malvinas Argentinas, Mendoza, Argentina  Uruguay 2–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
17. 6 Februari 2013 Friends Arena, Solna, Sweden  Sweden 2–1 3–2 Persahabatan
18. 11 Jun 2013 Estadio Olímpico Atahualpa, Quito, Ecuador  Ecuador 1–0 1–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
19. 10 September 2013 Estadio Defensores del Chaco, Asunción, Paraguay  Paraguay 2–1 5–2 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
20. 18 November 2013 Stadium Busch, St. Louis, Amerika Syarikat  Bosnia dan Herzegovina 1–0 2–0 Persahabatan
21. 2–0
22. 3 September 2014 Esprit Arena, Düsseldorf, Jerman  Jerman 1–0 4–2 Persahabatan
23 31 Mac 2015 Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey, Amerika Syarikat  Ecuador 1–0 2–1 Persahabatan
24 6 Jun 2015 Estadio San Juan del Bicentenario, San Juan, Argentina  Bolivia 2–0 5–0 Persahabatan
25 3–0
26 4–0
27 13 Jun 2015 Estadio La Portada, La Serena, Chile  Paraguay 1–0 2–2 Copa América 2015
28 16 Jun 2015 Estadio La Portada, La Serena, Chile  Uruguay 1–0 1–0 Copa América 2015
29 30 Jun 2015 Estadio Municipal de Concepción, Concepción, Chile  Paraguay 5–1 6–1 Copa América 2015
30 4 September 2015 Stadium BBVA Compass, Houston, Amerika Syarikat  Bolivia 2–0 7–0 Persahabatan
31 4–0
32 8 September 2015 Stadium AT&T, Dallas, Amerika Syarikat  Mexico 1–2 2–2 Persahabatan

Gol Olimpik[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 19 Ogos 2008 Stadium Pekerja, Beijing, China  Brazil 1 – 0 3–0 Sukan Olimpik Beijing 2008
2. 19 Ogos 2008 Stadium Pekerja, Beijing, China Brazil Brazil 2 – 0 3–0 Sukan Olimpik Beijing 2008

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Atlético Madrid
Manchester City

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Argentina

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Lembaran Fakta". Official Site. Dicapai pada 2014-02-20. 
  2. ^ "Bio". Official Site. Dicapai pada 2014-02-20. 
  3. ^ "Kebangkitan Sergio Aguero". BBC Sport. 2008-05-07. 
  4. ^ Edwards, Luke (2011-07-28). "Sergio Aguero berpindah ke Manchester City dengan yuran perpindahan £35 juta". Daily Telegraph. London. 
  5. ^ Markham, Carl (2011-07-29). "Perpindahan ke Manchester City keputusan tepat kata Sergio Aguero". Independent. London. 
  6. ^ Harris, Nick (2008-08-20). "Argentina 3 Brazil 0: Argentina ke perlawanan akhir selepas tewaskan pencabar – Sukan, Olimpik". London: The Independent. Dicapai pada 2011-08-24. 
  7. ^ "The Rise of Sergio Aguero". BBC Sport. 2008-05-07. Dicapai pada 2009-03-25. 
  8. ^ "Deportes " Torneo Clausura 2004". Terra. Dicapai pada 02012-05-15. 
  9. ^ "Deportes " Torneo Clausura 2004". Terra. 26 November 2004. Dicapai pada 15 Mei 2012. 
  10. ^ "Deportes > Torneo apertura 2005". Terra. Dicapai pada 2012-05-15. 
  11. ^ "Deportes > Torneo Clausura 2006". Terra. Dicapai pada 2012-05-15. 
  12. ^ "Agüero, el juvenil récord del futbol argentino – El Universal – Deportes". El Universal. Dicapai pada 2012-05-15. 
  13. ^ "Atlético agree fee for Independiente starlet". ESPN Soccernet. 
  14. ^ "Atlético sign Argentine prodigy Agüero". ESPN Soccernet. 
  15. ^ "Atlético Madrid 2–1 Recreativo Huelva". ESPN. 
  16. ^ "Marca names the Madridista captain the best player of the league". Real Madrid. 
  17. ^ Lowe, Sid (2008-03-03). "A masterclass from Atlético Madrid's Sergio Agüero dented Barcelona's title hopes and made several Catalan headline-writers look very foolish indeed". London: The Guardian. 
  18. ^ "Sergio Aguero – Readers Q&A". BBC Sport. 2008-05-07. 
  19. ^ "Atletico de Madrid confirm return to Europe's elite". soccerway.com. 2008-05-12. 
  20. ^ "PSV Eindhoven 0–3 Atlético Madrid". Sky Sports. 
  21. ^ "Atletico stun Barcelona as Real close up". CNN. 2009-03-01. Dicapai pada 7 June 2009. 
  22. ^ "Quique Sánchez Flores and Diego Forlán prefer Sergio Agüero to Lionel Messi (Spanish)". Marca. 2010-04-07. Dicapai pada 2010-11-18. 
  23. ^ "Forlán double gives Atlético glory". UEFA. 2010-05-12. Dicapai pada 2010-07-30. 
  24. ^ "Atlético Madrid 0–2 Sevilla – Match Report". London: Telegraph. 2010-05-19. Dicapai pada 2010-11-18. 
  25. ^ "Atletico Madrid Goal Heroes José Antonio Reyes & Kun Agüero Praise Team After Inter Win". Goal.com. 2010-08-27. Dicapai pada 2010-08-27. 
  26. ^ "Agüero agrees Atlético stay". Sky Sports. 2011-01-04. Dicapai pada 2011-01-04. 
  27. ^ "Agüero named Atlético vice-captain". Atlético Madrid Official website. 2011-01-05. Dicapai pada 2011-01-05. 
  28. ^ "Agüero scores in seven consecutive matches". Opta (Twitter). 
  29. ^ "RCD Mallorca 3–4 Atlético Madrid". Goal.com. 
  30. ^ "'The Time Has Come' – Sergio Aguero Asks Atletico Madrid to Tear Up His Contract » Who Ate all the Pies". Whoateallthepies.tv. Dicapai pada 2012-05-15. 
  31. ^ "La Hora de Partir (Time to Leave)". Sergio Agüero Official website. 2011-05-23. Dicapai pada 2011-05-29. 
  32. ^ "Agüero: "I will not be returning to Atlético"". Atleticofans.com. Dicapai pada 2012-05-15. 
  33. ^ Peck, Brooks. "Atletico fans say goodbye to Aguero by wishing death upon him". Sports.yahoo.com. Dicapai pada 2012-05-15. 
  34. ^ "Atletico Madrid to use Aguero cash to land Porto star Falcao". tribalfootball.com. Dicapai pada 2012-05-15. 
  35. ^ Edwards, Luke (2011-07-28). "Sergio Aguero completes £35 million transfer to Manchester City". Daily Telegraph. Dicapai pada 2015-10-26. 
  36. ^ "Top 20 greatest football debuts". Eurosport. 2011-08-16. Sergio Aguero's stunning first outing for Manchester City on Monday night – in which he scored two goals and set up another – is undoubtedly one of the best Premier League debuts ever seen. 
  37. ^ Lillywhite, Jamie (2011-08-28). "Tottenham 1–5 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 2015-10-26. 
  38. ^ Magowan, Alistair (2011-09-10). "Man City 3–0 Wigan". BBC Sport. Dicapai pada 2015-10-30. 
  39. ^ Magowan, Alistair (2011-09-18). "Fulham 2–2 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 2015-10-30. 
  40. ^ "Blackburn Rovers vs. Manchester City – 1 October 2011". Soccerway. 2011-10-01. Dicapai pada 2015-10-30. 
  41. ^ McNulty, Phil (2011-10-23). "Man Utd 1–6 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 2015-10-30. 
  42. ^ Magowan, Alistair (2011-11-19). "Man City 3–1 Newcastle". BBC Sport. Dicapai pada 2015-10-30. 
  43. ^ Magowan, Alistair (2011=11-29). "Arsenal 0–1 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 2015-10-30. 
  44. ^ "UEFA Europa League 2011/12 – History – Porto-Man. City –". Uefa.com. Dicapai pada 2012-06-12. 
  45. ^ "Match Report: Man City 3–0 Blackburn". Goal.com. 2012-02-25. Dicapai pada 2012-06-12. 
  46. ^ "UEFA Europa League 2011/12 – History – Man. City-Sporting –". Uefa.com. 2012-03-15. Dicapai pada 2012-06-12. 
  47. ^ "Match Report: Man City 2–1 Chelsea". Goal.com. 2012-03-21. Dicapai pada 2012-06-12. 
  48. ^ "Mystery over Sergio Aguero's 'stupid' foot injury". The Daily Telegraph. London. 2012-03-31. 
  49. ^ "Manchester City vs. West Bromwich Albion – 11 April 2012". Soccerway. 2012-04-11. Dicapai pada 2012-06-12. 
  50. ^ "Norwich City vs. Manchester City – 14 April 2012". Soccerway. 2012-04-14. Dicapai pada 2012-06-12. 
  51. ^ Smith, Ben (2012-08-12). "Chelsea 2–3 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 2013-04-03. 
  52. ^ Goss, Nicholas (2012-08-19). "Sergio Aguero Injury: Updates on Manchester City Star's Knee Injury". Bleacher Report. Dicapai pada 2012-08-23. 
  53. ^ "Man City versus Arsenal English Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 2012-09-23. Dicapai pada 2013-04-03. 
  54. ^ "Manchester City 3–0 Sunderland" BBC Sport. 2012-10-06. Dicapai pada 2013-02-17.
  55. ^ "Man City v Spurs in Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. Dicapai pada 2013-04-03. 
  56. ^ "Man City versus Aston Villa Barclays Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. Dicapai pada 2013-04-03. 
  57. ^ "Man City versus Newcastle in Barclays Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 2012-12-15. Dicapai pada 2013-04-03. 
  58. ^ "Man City away at Norwich City in Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 2012-12-29. Dicapai pada 2013-04-03. 
  59. ^ Press Association (2013-01-05). "Sergio Agüero confirms he has hamstring tear after tests in Italy". London: Guardian. Dicapai pada 2013-03-25. 
  60. ^ "Manchester City versus Fulham in the Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 2013-01-19. Dicapai pada 2013-04-03. 
  61. ^ "Man City versus Liverpool in Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 2013-02-03. Dicapai pada 2013-04-03. 
  62. ^ McNulty, Phil (2013-02-17). "Man City 4–0 Leeds". BBC Sport. Dicapai pada 2015-10-25. 
  63. ^ GMT (2013-03-15). "Man City's Vincent Kompany and Sergio Aguero close to return". BBC Sport. Dicapai pada 2013-03-25. 
  64. ^ "Manchester City versus Newcastle United Premier League match report – Manchester City FC". Mcfc.co.uk. 2013-03-30. Dicapai pada 2013-04-03. 
  65. ^ Pitt-Brooke, Jack (2013-04-08). "Manchester United vs Manchester City: Man for man marking". The Independent. London. 
  66. ^ Purnell, Gareth (2013-04-15). "Chelsea 1 Manchester City 2 match report: Yaya Toure too strong for slow-starting Chelsea in FA Cup semi-final". The Independent. London. Dicapai pada 2013-04-20. 
  67. ^ Jackson, Jamie (2013-04-27). "Manchester City 2–1 West Ham United". The Guardian. Dicapai pada 2013-05-24. 
  68. ^ Booth, Mark (2013-05-14). "Reading v City in the Barclays Premier League on Tuesday 14 May 2013 – Manchester City FC". Manchester City F.C. Official Website. Dicapai pada 2015-10-26. 
  69. ^ "City confirm Aguero contract extension". Manchester City F.C. Official Website. 2013-05-25. Dicapai pada 2013-05-25. 
  70. ^ Termasuk Copa del Rey dan Piala FA
  71. ^ Termasuk Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa UEFA, Piala Intertoto UEFA dan Copa Libertadores
  72. ^ Termasuk Perisai Komuniti FA, Supercopa de España dan Piala Super UEFA
  73. ^ "Chile 0–0 Argentina (Chile win 4–1 on penalties)". BBC Sport. 5 July 2010. Dicapai pada 5 July 2015. 
  74. ^ Simon, Nik (8 November 2013). "Argentina kuasai England: Aguero dan Pochettino raih anugerah Liga Perdana untuk bulan Oktober". London: Daily Mail. Dicapai pada 27 November 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]