Cerita Hantu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Cerita Hantu Malaysia
PengarahPierre Andre
Lakon layar olehPierre Andre
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
3 Line Media
PengedarRAM Entertainment
Mula ditayangkan
25 Disember 2014
Tempoh tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Cerita Hantu Malaysia ialah sebuah filem seram Malaysia 2014 arahan Pierre Andre. Ia terdiri daripada tiga cerita yang mempunyai kaitan antara satu sama lain, dibintangi oleh Mikail Andre, Kamal Adli, Leez Rosli, Kamarool Haji Yusoff, Wan Ellyas, Adam Shah dan Rahhim Omar. Filem ini ditayangkan pada 25 Disember 2014.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cerita 1[sunting | sunting sumber]

Ia bermula di sebuah sekolah lama di mana seorang pengawal keselamatan bernama Aki mengalami beberapa perkara menyeramkan ketika bekerja. Pihak sekolah kemudian meminta seorang guru agama untuk mengusir mahkluk-mahluk halus dari sekolah tersebut.

Cerita 2[sunting | sunting sumber]

Dalam cerita kedua, guru tersebut dan penolongnya, Saad, sedang dalam perjalanan kembali dari sekolah itu apabila mereka terlibat dalam kemalangan. Guru itu meninggal serta merta setelah diserang sakit jantung. Saad pula meninggal apabila dilanggar oleh sebuah kereta.

Cerita 3[sunting | sunting sumber]

Dalam cerita ketiga, Jo, Mansur dan Akim mencari rakan mereka, Rose, yang dirasuk dan telah menghilangkan diri. Mereka mengalami pelbagai peristiwa seram sehingga mereka menjumpai Saad dan guru agama yang terlantar tanpa nyawa di tepi jalan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ashraf Nasser (29 Disember 2014). "Pierre Andre harap "Cerita Hantu Malaysia" dapat kutipan 'box-office'". Yahoo!. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  2. ^ Norhayati Nordin (29 Disember 2014). "Selesa di belakang tabir". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-18. Dicapai pada 1 Januari 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]