Aepul Roza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Noor Syaiful bin Mohd. Zalaludin (lahir 19 April 1988) atau lebih dikenali sebagai Aepul Roza adalah merupakan seorang penyanyi rock dan juga merupakan vokalis kumpulan Drama Band. Bakat nyanyiannya mulai dikenali setelah beliau menyertai My Starz LG (Musim 3) pada tahun 2009. Beliau juga merupakan suami kepada penyanyi dan pelakon Leez Rosli yang juga merupakan bintang kelahiran Akademi Fantasia Musim 4.

Aepul Roza
KelahiranNoor Syaiful bin Mohd. Zalaludin
(1988-04-19) 19 April 1988 (umur 32)
 Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
PekerjaanPenyanyi, Pemuzik
Tahun aktif2009-kini
PasanganLeez Rosli (k. 2015)
AnakNur Saffiya Alisha binti Noor Syaiful
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal, Gitar
Syarikat rakaman
MVM Production
Pengkarya berkait
My Starz LG (Musim 3)
Drama Band
Mimie Haris
Leez Rosli
Aweera
Fiq Halim

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Aepul menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini bekas bintang Akademi Fantasia Musim 4, Leez Rosli pada Disember 2014 setelah hampir tiga tahun menjalinkan hubungan cinta. [1] Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka kemudian dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Saffiya Alisha yang dilahirkan pada 2016.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

My Starz LG musim 3[sunting | sunting sumber]

Pada awal 2009 Aepul telah menghadiri ujibakat My Starz LG musim ketiga. Beliau tersenarai diantara 10 orang peserta akhir yang dipilih untuk menyertai pertandingan tersebut. Namun malangnya beliau tersingkir di konsert separuh akhir apabila undian SMS yang tidak menyebelahi beliau ketika itu. Berikut aalah persembahan beliau didalam pertandingan tersebut;

Konsert Lagu Keputusan
Pengenalan "Sampai Syurga" nyanyian Faizal Tahir -
Minggu 3 "Dan Sebenarnya" nyanyian Yuna Ke-2
Minggu 5 "Khatimah Cinta" nyanyian 6ixth Sense Ke-2
"Umbrella" nyanyian Rihanna
(duet bersama Dia Fadila)
Ke-2
Minggu 7 "Bencinta" nyanyian Faizal Tahir Pertama
Minggu 8 "Asmara" nyanyian Anneke Gronloh Pertama
Minggu 9 "Berhenti Berharap" nyanyian Sheila on 7 Ke-3
Minggu 10
(Separuh Akhir)
"21 Guns" nyanyian Green Day Tersingkir

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single solo (runut bunyi)[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu OST
2018 "Seharusnya" OST Drama Bahagia Bukan Bidaan
2019 "Mencintaimu" OST Drama Asalkan Dia Bahagia


Single Kolaborasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Kolaborasi bersama Album/Single
2017 "Selamatkan Aku" Aweera & Fiq Halim Single
2018 "Kenyalang I'm in Love" Mimie Haris OST Kenyalang I'm in Love


Single (bersama Drama Band)[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Album/Single
2011 "Babak Pertama" OST Drama Juvana
2012 "Cerita Dia" Single
2014 "Jiwa"
2015 "Biarkanlah"
2016 "Mencinta Kamu" OST Drama Nahu Rindu,
OST Drama Urusan Hati Cik Drama Queen
2019 "Drama" Single
"Satu Satu" (ft. AG Coco

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Georgie Joseph [1] Harian Metro.