Pergi ke kandungan

Romi Cinta Julia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Romi Cinta Julia
GenreDrama, cinta, konflik
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahKas Roshan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bukan Wanita Sempurna" oleh Ning Baizura
Lagu penutup"Bukan Wanita Sempurna" oleh Ning Baizura
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Hanimin
PenerbitSuriati Sidek
Tempoh siaran38–39 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solutions
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal27 Februari 2014 – 22 Mei 2014

Romi Cinta Julia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Kas Roshan, dengan skrip oleh Nieza Nahar terbitan Creative Skill Solutions.[1] Ia dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Aisya Hasnaa. Siri ini bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 27 Februari 2014 hingga 22 Mei 2014 menggantikan Ku Cinta Kau Seorang.[2]

Mengisahkan hubungan Julia (Aisya Hasnaa) dengan kekasihnya, Jeff (Aidil Aziz) yang tidak direstui oleh keluarga. Hubungan tersebut mendapat tentangan dari bapa Julia, Malik (Esma Daniel) yang bersungguh ingin memutuskan hubungan anak bongsunya dengan Jeff. Namun, tindakan Malik hanya membuatkan Jeff semakin galak ingin memiliki Julia.

Suatu hari, Jeff telah memungkiri janjinya untuk bertemu dengan Julia di sebuah pusat membeli belah. Lantas, ia membawa kepada pertemuan secara tidak sengaja antara Julia dengan Romi (Syarul Ridzwan). Tidak lama kemudian, hubungan Julia dan Jeff berlanjutan sehingga ke satu peringkat yang menyakitkan hati Malik. Julia telah ditahan pihak berkuasa kerana mengikut Jeff menyertai aktiviti sosial.

Sementara itu, Malik telah berkenalan dengan Romi di sebuah kedai buku. Keperibadian Romi begitu menarik hatinya. Pada waktu yang sama, Malik begitu marah terhadap Jeff dan membuat keputusan drastik untuk memisahkan Julia dengan Jeff. Dia tidak membenarkan Julia keluar rumah dan berhenti dari kolej tersebut.

Romi tidak mengetahui bahawa kepulangan ayahnya ke Malaysia kerana satu urusan lain yang lebih penting mengenai masa depannya. Bapa Romi, Mohamad membuka perjanjian antara beliau dengan Malik 20 tahun dahulu untuk menjodohkan Romi dengan Julia. Malik menganggap itu adalah kesempatan terbaik untuk memisahkan Julia dari Jeff sekaligus melupakan kekasihnya itu.

Julia yang nekad kerana merasakan Jeff adalah cinta sejatinya telah mengikut usul gila Jeff untuk melarikan diri dari apartment kakaknya menggunakan satu kain yang diikat bersambung-sambung. Namun, sambungan kain terputus dan Julia terjatuh. Jeff panik dan beredar, meninggalkan Julia kesakitan di situ. Julia cedera parah pada tulang belakangnya dan mungkin lumpuh untuk satu jangka masa yang tidak pasti.

Akhirnya, Romi dan Julia pun dinikahkan. Sejak menjadi suami isteri, Romi melayani Julia umpama puteri. Romi yang menyuap makanan ke mulut Julia, mendukungnya ketika perlu, malahan menyarungkan stokin ke kaki Julia. Julia yang agak dingin pada suaminya, hanya menurut tanpa punya rasa. Romi merancang untuk membawa Julia bercuti bagi meredakan tekanan pada dirinya. Namun, malapetaka melanda dalam perjalanan mereka. Romi terlelap ketika memandu menyebabkan mereka kemalangan.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Zara Sofia Humairah sebagai Bayi

Muzik dan runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • "Bukan Wanita Sempurna" - Ning Baizura
  • "Terbang" - Khadijah Cooke
  • "Masih Milikmu" - Adi Priyo
  • "Alasan Untuk Bahagia" - Asfan
  • "Takkan Sempurna" - Nominos
  • "Akui Cinta" - MyOwnStory
  • "Hilang" - Najwa Latif
  • "Setelah Kau Tiada" - Cakra Khan
  • "Maafkan Ku" - Last Minute
  • "Kamu Saja" - Ainan Tasneem
  • "Tak Mungkin Aku" - Ainan Tasneem
  • "Malunya" - Ainan Tasneem, Mark Adam dan Juzzthin
  1. ^ Drama bersiri Romi Cinta Julia Sensasi Selebriti (2 Mac 2014). Dicapai pada 12 Mei 2015.
  2. ^ Miranda dan Romi Cinta Julia sampai kemuncaknya Perak Today (21 Mei 2014). Dicapai pada 21 Mei 2014.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]