Leftenan Jeneral TUDM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Leftenan Jeneral TUDM ialah salah satu pangkat pegawai tinggi Tentera Udara Diraja Malaysia. Dahulu ianya ditulis sebagai Leftenan Jeneral (Udara) bagi membezakan seseorang pegawai TUDM dengan sejawatnya iaitu Leftenan Jeneral dalam Tentera Darat Malaysia. Kini, gaya penulisan yang lebih popular ialah dengan menambahkan akronim TUDM dibelakang nama seseorang pegawai. Namun tidak menjadi kesalahan besar sekiranya tertinggal, kerana umum mengetahui kesetaraan pangkat di antara keduanya.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Ketika era British, pangkat setara yang digunakan ialah Air Marshal. Sistem pangkat ini diwarisi sebahagian negara Komanwel dan lazimnya diterjemah menjadi Marsyal Udara. Kadangkala berlaku kekeliruan apabila ia dianggap setaraf empat bintang oleh wartawan tempatan. Barangkali disebabkan penggunaan Marsekal iaitu Marsyal oleh Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) yang bertaraf empat bintang. Pangkat yang setaraf dalam TNI-AU iaitu tiga bintang ialah Marsekal Madya.

TUDM menukar sistem pangkat mereka kepada sistem mirip Tentera Darat Malaysia bagi mengurangkan kekeliruan dikalangan pegawai-pegawai ketiga-tiga perkhidmatan. Serentak dengan itu insignia atau lambang pangkat turut mengalami perubahan. Pada asalnya sistem yang diwarisi dari British merangkumi bilangan jalur-jalur yang seakan-akan sama dengan pasukan tentera laut. Pada era Dato' Mohamad bin Taib, Panglima Tentera Udara ke 7, keseluruhan insignia TUDM ditukar menyamai insignia Tentera Darat Malaysia. Perubahan ini berlanjutan sehingga era pemerintahan Dato' Seri Haji Mohd Yunus bin Tasi apabila beliau kembali memperkenalkan sistem lama ala Tentera Udara Diraja British. Hanya pada 2005, ketika pemerintahan Jeneral Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed barulah pegawai tinggi TUDM kembali mengenakan insignia bermahkota dan bintang. Pegawai-pegawai TUDM yang lain pula kekal menggunakan insignia asal mereka.

Insignia[sunting | sunting sumber]

Seperti yang dimaklumkan, pegawai tinggi TUDM ketika ini mengenakan insignia yang mengandungi susunan bintang-bintang dan mahkota. Ianya seragam untuk ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Pegawai-pegawai TUDM juga memakai gorget bunga padi emas sama seperti pegawai-pegawai Tentera Darat dari Kolonel TUDM ke atas. Tetapi gorget TUDM berlatar belakang biru muda.

Leftenan Jeneral
TUDM
Pakaian Istiadat Pakaian No 3
Insignia Kini
Insignia Alternatif