Pegawai Waran Udara I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Pegawai Waran Udara I ialah pangkat tertinggi perkhidmatan Lain-Lain Pangkat dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia. Tarafnya di antara Pegawai Waran Udara II dan Leftenan Muda TUDM. Ia setaraf dengan Pegawai Waran I dalam Tentera Darat Malaysia dan Pegawai Waran I dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia. Seperti kedudukan pangkat dalam ATM, pangkat Pegawai Waran Udara I juga dikenali sebagai Bintara dan diklasifikasi Pegawai Tanpa Tauliah Kanan dalam kelasnya. Kedudukan pangkat beliau sebagai Penyelia Kanan ialah dimana beliau akan bertanggungjawab kepada orang yang diatasnya (Pegawai Bertauliah) dan anggota bawahannya yang terdiri dari Flait Sarjan, Sarjan Udara, Koperal Udara, Laskar Udara Kanan dan Laskar Udara setaraf. Gred Gaji bermula Z 12 (38) RM 3854.00 dan Maksimum RM 8174.00[1]

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Didalam perkhidmatan Tentera Udara DiRaja Malaysia, Pegawai Waran Udara I dilantik sebagai Pegawai Waran TUDM, iaitu satu jawatan Pegawai Waran TUDM yang menyeluruh dan paling kekanan pangkat dalam LLP TUDM. Selain itu ia boleh dilantik sebagai Pegawai Waran Pangkalan atau Base Warrant Officer/Sergeant Major Regiment. Malah jika berada di unit-unit kecil, Pegawai Waran Udara II juga dilantik sebagai Pegawai Waran Unit/Pegawai Waran Kompeni/Company Warrant Officer ataupun Crew Master/Crew Chief didalam susunan organisasi bebas unit.

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Anggota yang berpangkat ini akan dipanggil sebagai "Encik", beliau tidak boleh menerima tabik hormat sebagaimana Pegawai Tauliah. Perlantikan Pegawai Waran dibuat oleh Menteri Pertahanan yang diusulkan oleh Panglima Perkhidmatan dan disokong oleh Pegawai Memerintah Unit. Dengan itu, perlantikan ini bukannya satu tauliah sebagai pegawai di dalam perkhidmatan tentera, tetapi adalah satu waran kuasa untuk memberikan penjawat jawatan kelebihan dan keistimewaan tertentu sebagai Pegawai Waran Udara.

Pangkat Setara[sunting | sunting sumber]

Pangkat Pegawai Waran Udara I didalam pangkat LLP RAF ialah Warrant Officer/Master Aircrew [2]