Pergi ke kandungan

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
مجليس ڤربندرن امڤڠ جاي

MPAJ
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1 Julai 1992
Kepimpinan
Setiausaha
Ts. Hj. Hasrolnizam bin Shaari, SIS, AMS
Struktur
Ahli24 orang ahli majlis
Moto
Berbakti Bersih Berbudaya
Tempat persidangan
Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama

Pandan Indah

55100 Kuala Lumpur
Laman sesawang
https://www.mpaj.gov.my/ms
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah sebuah majlis perbandaran di negeri Selangor, Malaysia. Ditubuhkan pada 1 Julai 1992 dan diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993. Ia terletak di dalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu daerah Hulu Langat dan daerah Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang, Selangor, keseluruhan Mukim Hulu Kelang, Selangor dan sebahagian Mukim Setapak. Ia juga terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersempadan dengan wilayah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Keluasan kawasan pentadbiran MPAJ : 14 350 hektar atau 35 458.9 ekar. Pecahan guna tanah adalah hutan - 50.7%, perumahan - 36.4%, kemudahan awam - 5.2%, pertanian - 3.1%, perniagaan - 2.7% Perindustrian - 0.9%. Jumlah penduduk di seluruh kawasan MPAJ dianggarkan seramai 612,000 orang pada tahun 2020 dengan komposisi 54% Melayu, 25% Cina, 9% India dan 2% Lain-lain[1].

Misi dan visi

[sunting | sunting sumber]
Misi
  • Memberi perkhidmatan bandar raya yang berkualiti tinggi
  • Kawalan pembangunan yang teratur
  • Menyediakan kemudahan awam
  • Menggiatkan aktiviti kemasyarakatan
  • Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk
Visi

Ke arah mewujudkan majlis perbandaran yang makmur, sejahtera, maju dan moden berlandaskan perancangan mantap, pengurusan yang cekap, penguatkuasaan yang adil serta budaya kerja mulia dan profesional.

Menjadikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya sebagai model perbandaran yang berkembang maju, memiliki pusat perdagangan, perindustrian yang bersih, indah serta mempunyai sistem perkhidmatan berkesan.

Memberi perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ampang Jaya merangkumi perkara-perkara berikut :-

  • Kawalan Pembangunan
  • Kawalan Perniagaan
  • Pengurusan Cukai Taksiran
  • Penyediaan Dan Penyelenggaraan Infrastruktur serta Kemudahan Awam
  • Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan
  • Program Kemasyarakatan

Logo MPAJ dibentuk bagi melambangkan komitmen MPAJ ke arah kemajuan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menitikberatkan kecemerlangan budaya kerja di samping memenuhi kehendak penduduk Ampang Jaya secara keseluruhannya.

Reka bentuk Huruf M.P.A.J

[sunting | sunting sumber]

Huruf MPAJ pada logo tersebut direka bagi melambangkan segala pembangunan yang dirancang dengan teliti bagi melahirkan persekitaran yang bersih dan indah. Juga mempamerkan keberkesanan serta kecekapan MBAJ dalam melaksanakan tugas dan peranan MBAJ sebagai pemberi perkhidmatan.

Perkataan MPAJ mengelilingi logo tersebut menunjukkan ia bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran.

Unsur pokok

[sunting | sunting sumber]

Elemen pokok yang terdapat dalam logo MPAJ melambangkan ke arah bumi yang hijau dan sentiasa mementingkan kebersihan.

Unsur perindustrian dan perumahan

[sunting | sunting sumber]

Perindustrian, perumahan dan perkilangan adalah simbolik kepada kesempurnaan perancangan ke arah kepesatan pembangunan dan persekitaran Ampang Jaya.

BERBAKTI BERSIH BERBUDAYA

MPAJ terletak di bawah dua mukim dan daerah di negeri Selangor yang berbeza iaitu mukim Hulu Kelang, daerah Gombak dan mukim Ampang, daerah Hulu Langat. Sebelum MPAJ diasaskan pada tahun 1992, mukim Hulu Kelang ditadbir oleh Majlis Daerah Gombak manakala mukim Ampang ditadbir Majlis Daerah Hulu Langat[2]. Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menggabungkan kedua-dua mukim ini dan diletakkan di bawah kerajaan tempatan yang sama yang beribu pejabat di Pandan Indah. Gombak Barat ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang manakala bahagian lain di daedah Hulu Langat ditadbir Majlis Perbandaran Kajang.

Wakil Rakyat

[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen

[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Negeri (ADN)

[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan Awam

[sunting | sunting sumber]

Transit Berintegrasi Lembah Klang

[sunting | sunting sumber]
  • LRT Ampang-Sri Petaling
    • LRT Ampang
    • LRT Cahaya
    • LRT Cempaka
    • LRT Pandan Indah
  • LRT Kelana Jaya
    • LRT Setiawangsa
    • LRT Jelatek

Ahli Majlis

[sunting | sunting sumber]

Seramai 24 orang ahli majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh setahun bagi membantu mentadbir majlis.

Parlimen DUN Bil. Ahli Majlis Parti Kawasan Catatan
Gombak Hulu Kelang 1. Mohamed Radziff Hasan PKR Zon 1
2. Zafarull Ismail PKR Zon 2
  • Bendahari Cabang PKR Gombak
3. Rosmayana Abu Rahim AMANAH Zon 3
  • Ketua Wanita AMANAH Kawasan Gombak
4. Abdul Aziz Abdul Jalal AMANAH Zon 4
  • Ketua AMANAH Kawasan Gombak
Ampang Bukit Antarabangsa 5. Rozmi Humaidi Zainal Abidin PKR Zon 5
6. Nadesan Varathan PKR Zon 6
7. Mohd Shahfeeq Eqhwan Shahrom PKR Zon 7
8. Dato' Yap Wee Seng PKR Zon 8
Lembah Jaya 9. Syamsudin Surianshah AMANAH Zon 9
10. Nor Akidah Awang Ahmad AMANAH Zon 10
11. Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamzi PKR Zon 11
12. Muhammad Syafiq Zulkifli PKR Zon 12
13. Engku Faizan Azhar Che Engku Husin AMANAH Zon 13
Pandan Pandan Indah 14. Roasiah Ramli PKR Zon 14
  • Ketua Wanita PKR Cabang Pandan
15. Nur Sakinah Mohd Yusoff AMANAH Zon 15
16. Koh Eng Kee AMANAH Zon 16
17. Wong Keng Chin PKR Zon 17
18. Viknesvaran Jairaman PKR Zon 18
Teratai 19. Mohammad Firdaus Babh DAP Zon 19
20. Tan Swee Boon DAP Zon 20
21. R. Moganraj Renganathan DAP Zon 21
22. Lee Wen Bin DAP Zon 22
23. Lim Chew Nean DAP Zon 23
24. Teh Hoong Keat DAP Zon 24

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]