Izham Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Yang Berhormat Ir.

Izham Hashim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Memegang jawatan
2018
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Pandan Indah
Memegang jawatan
2018
Pengerusi AMANAH Selangor
Memegang jawatan
2015
Butiran peribadi
Parti politikPakatan-harapan-logo.svg Parti Amanah Negara Flag.svg

Yang Berhormat Tuan Ir. Izham Bin Hashim ialah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN N21 Pandan Indah (kawasan negeri). Beliau merupakan penyandang kerusi itu sejak PRU-14 pada tahun 2018. Di peringkat parti, beliau adalah Pengerusi AMANAH Selangor dan Bendahari Kehormat Kebangsaan. Beliau juga dilantik menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor (EXCO) di bawah kepimpinan Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ir Izham Hashim merupakan ADUN N21 Pandan Indah. Beliau bertanding di DUN itu dan menewaskan penyandang DUN dari PAS yang menyandang selama 2 penggal, Iskandar Abdul Samad dan seorang calon BN-UMNO. Beliau dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani kerajaan negeri Selangor. Beliau adalah antara ADUN AMANAH yang menjadi exco. Yang lain adalah Dr Siti Mariah Mahmud dari DUN Seri Serdang.

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Negeri Selangor[1][2]
Tahun Kerusi Undi % Opponent(s) Undi % Jumlah undi Majoriti % unjuran
2018 N21 Pandan Indah, P100 Pandan Izham Hashim (AMANAH) 24,914 60.83% Mohd Haniff Koslan (UMNO) 8,528 20.82% 41,331 16,386 84.20%
Iskandar Abdul Samad (PAS) 7,517 18.35%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.