Make Mine Music

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Make Mine Music
Fail:Make mine music poster.png
Poster tayangan pawagam asal
PengarahJack Kinney
Clyde Geronimi
Hamilton Luske
Joshua Meador
Robert Cormack
PenulisJames Bordrero
Homer Brightman
Erwin Graham
Eric Gurney
T. Hee
Sylvia Holland
Dick Huemer
Dick Kelsey
Jesse Marsh
Tom Oreb
Cap Palmer
Erdman Penner
Harry Reeves
Dick Shaw
John Walbridge
Roy Williams
Dihasilkan olehWalt Disney
DibintangiNelson Eddy
Dinah Shore
Benny Goodman
The Andrews Sisters
Jerry Colonna
Sterling Holloway
Andy Russell
David Lichine
Tania Riabouchinskaya
The Pied Pipers
The King's Men
The Ken Darby Chorus
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehRKO Radio Pictures, Inc.
Tarikh tayangan
15 Ogos 1946 (1946-08-15)
Masa tayangan
67 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

Make Mine Music (Cipta Muzik Lombong) merupakan sebuah filem cetera animasi keluaran Walt Disney yang ditayangkan oleh RKO Radio Pictures pada 15 Ogos 1946. Inilah filem animasi cetera kelapan dalam siri Walt Disney Animated Classics.

Ketika Perang Dunia Kedua, ramai kakitangan Walt Disney dikerah ke dalam tentera, manakala yang masih ada diseru oleh kerajaan AS untuk membikin filem latihan dan propaganda. Kesannya, studio filem berselerak dengan usul-usul cerita yang tidak siap. Untuk menyelamatkan bahagian filem cetera pada masa kesusahan ini, studio ini mengeluarkan enam buah filem pakej (termasuk yang ini) yang terdiri daripada pelbagai segmen yang tiada kena-mengena dengan satu sama lain. Inilah filem pakej ketiga selepas Saludos Amigos dan The Three Caballeros.

Filem ini disertakan dalam Pesta Filem Cannes 1946.[1]

Segmen filem[sunting | sunting sumber]

Filem ini terdiri daripada sepuluh segmen:

  • The Martins and the Coys menampilkan kumpulan vokal radio popular, King's Men yang menyanyikan kisah persengketaan seakan-akan Hatfield lawan McCoy di pergunungan yang dipatahkan oleh penyatuan cinta antara dua muda-mudi dari kedua-dua pihak. Segmen ini digugurkan dari keluaran videonya kerana adegan tembak-menembak yang lucu.
  • Blue Bayou menampilkan animasi yang asalnya dimaksudkan untuk filem Fantasia dengan karya muzik Clair de Lune oleh Debussy. Namun begitu, apabila Make Mine Music ditayangkan, Clair de Lune digantikan oleh lagu baru, Blue Bayou yang didendangkan oleh Ken Darby Singers. Namun, versi asal segmen ini masih ada.
  • All the Cats Join In adalah yang pertama daripada dua segmen sumbangan Benny Goodman, yang memaparkan gaya hidup remaja 1940-an yang asyik dengan lagu pop dalam buku sketsa, dengan bantuan sebatang pensel.
  • Without You merupakan balada putus cinta nyanyian Andy Russell.
  • Casey at the Bat mempersembahkan Jerry Colonna yang membacakan puisi terkenal oleh Ernest Thayer, tentang seorang pemain besbol sombong yang dijatuhkan oleh .
  • Two Silhouettes menonjolkan dua orang penari balet aksi langsung, iaitu David Lichine dan Tania Riabouchinskaya, yang menari dalam bentuk bayang dengan latar belakang dan watak-watak animasi. Lagunya dinyanyikan oleh Dinah Shore.
Fail:Disney-PeterandtheWolf1946.jpg
Peter, Ivan dan Sasha sedar mereka melampaui batas setelah berjumpa dengan sang serigala.
  • Peter and the Wolf merupakan pendramaan animasi karya muzik 1936 oleh Sergei Prokofiev, dengan pengisahan oleh suara Sterling Holloway. Seorang kanak-kanak Rusia bernama Peter pergi ke hutan untuk memburu sang serigala bersama rakan-rakan haiwannya: Sasha si burung, Sonia si itik, dan Ivan si kucing.
  • After You've Gone sekali lagi menampilkan Benny Goodman dan orkestranya, apabila empat alat muzik berarak melalui tempat bermain muzik.
  • Johnny Fedora and Alice Blue Bonnet menceritakan kisah asmara antara dua topi yang bercinta dalam jendela gedung serbaneka. Apabila Alice dijual, Johnny bersumpah untuk mencari kekasihnya sampai dapat. Nyanyian sumbangan The Andrews Sisters.
  • The Whale Who Wanted To Sing At the Met merupakan penamat pahit manis mengenai Willie, seekor ikan paus sperma yang amat berbakat dalam muzik dan beridam untuk menyanyikan Grand Opera. Namun, impresario teater, Tetti-Tatti percaya bahawa ikan paus itu sekadar menelan seorang penyanyi opera, lalu mengejarnya dengan serampang. Nelson Eddy mengisahkan dan menyumbangkan semua suara dalam segmen ini. Sebagai pelakon Willie, Eddy menyanyikan ketiga-tiga suara lelaki pada bahagian pertama sekstet dari opera Donizetti, Lucia di Lammermoor. Kesudahannya, Willie dibunuh oleh serampang, tetapi kesayuan diredakan dengan khabar bahawa ia bernyanyi di syurga.

Video rumah[sunting | sunting sumber]

Make Mine Music' hanya sekali dikeluarkan dalam bentuk video rumah (VHS dan DVD) pada 6 Jun 2000 di bawah tajuk Walt Disney Gold Classic Collection. Sebelum ini, dua segmennya dikeluarkan dalam bentuk video secara berasingan dengan kartun-kartun lain pada 80-an dand 90-an. Keluaran ini disunting untuk menggugurkan "The Martins and the Coys" yang mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Festival de Cannes: Make Mine Music". festival-cannes.com. Dicapai pada 2009-01-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Clyde Geronimi Templat:Hamilton Luske