Meet the Robinsons

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meet the Robinsons
Poster filem
PengarahSteve Anderson
Lakon layar
  • Jon A. Bernstein
  • Michelle Spritz
  • Nathan Greno
Cerita olehWilliam Joyce
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehEllen Keneshea
Muzik olehDanny Elfman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 23 Mac 2007 (2007-03-23) (United Kingdom)
  • 30 Mac 2007 (2007-03-30) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
95 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Pecah panggung$169,333,034

Meet the Robinsons (Mari Bertemu dengan Keluarga Robinsons) adalah filem animasi komputer keluarga 2007 Amerika yang dihasilkan oleh Walt Disney Pictures dan dikeluarkan pada tarikh 30 Mac 2007.Animasi empat puluh tujuh didapati di Senarai filem panggung animasi Disney, filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam versi 2D dan versi Disney Digital 3-D di Amerika SyarikatIa merupakan versi biasa di UK pada tarikh 30 Mac 2007. Filem ini berdasarkan buku A Day with Wilbur Robinson, oleh William Joyce. Filem ini pada asalnya mempunyai tajuk yang sama dengan bukunya. Pelakon suara termasuklah Jordan Fry, Harland Williams, Tom Kenny, Steve Anderson, Laurie Metcalf, Adam West, Tom Selleck & Angela Bassett. Ia dikeluarkan pada DVD-Video dan Blu-ray pada tarikh 23 Oktober 2007.

Plot[sunting | sunting sumber]

Lewis (Jordan Fry), adalah seorang pereka muda bercita-cita tinggi yang ditinggalkan di rumah asuhan oleh ibunya ketika dia masih bayi. Dia masih belum diambil sebagai anak angkat dan risau yang tiada sesiapa yang akan mengambilnya. Yakin bahawa ibu kandungnya masih menginginkannya, dia cuba untuk mencipta mesin pengimbas memori dengan harapan bahawa ia boleh menemuinya. Dia menghabiskan banyak masa dalam projek ini, menyebabkan kawan sebiliknya, Mike Yagoobian (Goob), terjaga selama berhari-hari. Hal ini membuat Goob tertidur semasa perlawanan bola lisut.

Di konvensyen sains sekolah Lewis, Lewis didekati oleh seorang budak misteri bernama Wilbur Robinson (Wesley Singerman), yang mengakui dirinya sebagai "polis masa" dari masa depan. Wilbur mengatakan bahawa seorang lelaki yang memakai topi Bowler telah mencuri mesin waktu dan Wilbur ingin merampasnya kembali. 'Bowler Hat Guy' (Stephen J. Anderson), menghantar Doris (Ethan Sandler), topi robot dengan tangan mekanikal, untuk merosakkan pengimbas memori Lewis. Ketika Lewis mula mendemonstrasikan penggunaan mesinnya, ia meletup, membuatkan konvensyen Sains dalam keadaan huru-hara. Lewis berlari keluar, dan Bowler Hat Guy mencuri pengimbas memori tanpa pengawasannya. Wilbur memberitahu Lewis untuk kembali ke konvensyen sains dan memperbaiki mesin tersebut. Untuk membuktikan dirinya kepada Lewis yang curiga bahawa dia adalah dari masa depan, Wilbur membawanya ke mesin waktu terbang untuk membawa mereka ke tahun 2037, tiga puluh tahun di masa depan.

Sambil memberikan Lewis lawatan dunia fantasi di masa depan, Lewis menyedari ia boleh menggunakan mesin waktu untuk kembali ke waktu dahulu untuk menemui ibunya, kerana ia tahu tarikh dia ditinggalkan di pusat asuhan. Wilbur menegaskan dia untuk kembali bagi membaiki mesin pengimbas memori dan dalam saat pertengkaran, mereka merosakkan mesin waktu. Wilbur meminta Lewis untuk membaikinya, dan Lewis bersetuju atas syarat bahawa Wilbur perlu membawanya kembali untuk berjumpa dengan ibunya selepas itu. Wilbur cuba untuk menyembunyikan Lewis di garaj rumahnya, tetapi Lewis merayau dan bertemu datuk Wilbur's, Bud (Stephen J. Anderson). Bud membawa Lewis bersiar-siar ke rumahnya, semasa Lewis melihat keluarga Robinson yang berseronok-berkasih sayang dan terlalu eksentrik, yang terdiri daripada anak-anak angkat yang tinggal dalam satu keluarga besar. Wilbur menjelaskan bahawa ayahnya, Cornelius, satu-satunya ahli keluarga Robinson yang Lewis belum berjumpa, telah menemui beberapa penemuan rekaan futuristik, dengan motto "Terus bergerak ke hadapan".

Sementara itu, Bowler Hat Guy dan Doris mengikuti Wilbur dan Lewis ke masa depan dan berusaha untuk menculik Lewis sehingga ia dapat menunjukkan kepada mereka bagaimana mesin pengimbas memori itu berfungsi. Sementara itu, keluarga Robinsons menawarkan untuk mengambil Lewis sebagai anak angkat tetapi mengubah fikiran mereka apabila mengetahui bahawa dia dari masa lalu. Lewis melarikan diri dalam kemarahan setelah mengetahui Wilbur berbohong kepadanya tentang mengembali semula untuk melihat ibunya, dan bertemu dengan Bowler Hat Guy, yang memujuk dia untuk ke mesin waktunya dan berjanji untuk membawanya berjumpa ibu Lewis.

Sebaliknya, Bowler Hat Guy membawanya ke pusat asuhan Lewis, di satu titik yang sama pada tahun 2007, di mana pusat asuhan tersebut sudah ditutup dan ditinggalkan. Bowler Hat Guy akhirnya mendedahkan dirinya sebagai Mike Yagoobian yang sudah berusia. Dia juga mendedahkan bahawa "Cornelius Robinson" adalah Lewis, membuatkan Wilbur anaknya dan Robinsons keluarganya. Goob menjelaskan bahawa dia menyalahkan Lewis untuk kehidupannya yang menyedihkan di mana dia tertidur ketika perlawanan bola lisut. Beliau kemudian bertemu dengan Dor-15 (Doris), rekaan Lewis yang gagal dan ditinggalkan Lewis. Mereka bekerjasama untuk mencuri mesin waktu dan berancang untuk menggunakannya bagi menyalahgunakan rekaaan pertama (pengimbas memori) Lewis, untuk menghancurkan kerjaya Lewis sebagai seorang pereka.

Goob dan Doris bersedia untuk mempersembahkan rekaan yang dicuri untuk sebuah syarikat pada masa sekarang. Sementara itu, Wilbur dan robotnya, Carl (Harland Williams) menyelamatkan Lewis dan melarikan diri, tetapi Doris menghancurkan Carl. Semasa goob membuat perjanjian dengan syarikat, pemandangan sekitar Lewis dan Wilbur di masa depan tiba-tiba gelap, dan Wilbur lenyap kerana sejarah telah ditulis semula. Lewis memasuki bekas garaj rumah keluarga Robinsons dan menemui mesin pengimbas-memori. Melihat rekod tersebut, dia mendapati bahawa selepas menghasilkan banyak mesin pengimbas memori, Goob juga telah menghasilkan banyak Doris, lalu sesudah itu banyak topi robot mengambil alih pengguna mereka, sesuatu yang Goob sendiri tidak merancang. Utopia masa hadapan digantikan dengan kerajaan Industri Doris dan manusia dikurangkan menjadi hamba yang dungu.

Dikejar oleh keluarganya yang dikawal oleh topi Dor-15, Lewis berhasil membaiki mesin waktu dan menggunakannya untuk pergi ke saat yang tepat dan lokasi di mana Goob menandatangani kontrak di InventCo. Saat Doris cuba menyerangnya, Lewis menyebabkan Doris menghilang dengan berjanji bahawa dia tidak akan pernah menciptanya. Lewis kemudian menunjukkan masa depan suram Goob yang telah Doris cipta dan kemudiannya berubah kembali ke masa depan utopia. Setelah mereka mendarat berdekatan rumah Robinson, Wilbur dibawa kembali ke masa depan. Lewis memberitahu Wilbur untuk menawarkan dan mengadopsi Goob ke keluarga Robinsons tetapi Goob, malu dengan tindakannya sebelum ini, menyembunyikan diri dan tidak pasti apa yang harus dia dilakukan.

"Cornelius" (Tom Selleck) akhirnya kembali dari urusan kerja dan menceritakan kepada dirinya semasa muda dan kemudiannya memberinya nasihat yang membantu. Wilbur memenuhi janjinya dengan Lewis dan melawat saat di mana ibunya meninggalkan dia. Lewis hampir menghalang ibunya daripada meninggalkan dia di pusat asuhan tetapi memutuskan untuk tidak berbuat begitu dan meninggalkan impian seumur hidupnya.

Akhirnya, Lewis kembali ke masa kini dan mencegah Goob daripada menjadi Bowler Hat Guy dengan mengejutnya pada masa yang tepat untuk dia menangkap bola dan memenangi perlawanan tersebut. Lewis kemudian bergegas ke konvensyen sains untuk menunjukkan mesin pengimbas memorinya kepada hakim konvensyen sains, Dr Krunkelhorn (Laurie Metcalf), dan mendedahkan bahawa dia adalah nenek Wilbur's, Lucille. Lewis juga bertemu dengan Franny ketika muda. Bud dan Lucille mengambil Lewis sebagai anak angkat dan menggelarnya "Cornelius". Lewis dengan segera berusaha untuk membina Carl di sebuah balai yang dibeli oleh Bud dan Lucile yang pada suatu hari nanti akan menjadi rumah Robinson. Sebelum Lewis berangkat pergi dengan Bud dan Lucille, dia berpatah balik untuk melambai kepada Goob, yang juga meninggalkan pusat asuhan bersama keluarga barunya sendiri. Bud dan Lucille berpindah ke rumah Lewis yang dapat dilihat pada masa hadapannya di mana dia terus mencipta, memenuhi masa depannya.

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Watak Pelakon suara
Inggeris Amerika Syarikat Malaysia Malaysia Indonesia Indonesia
Lewis Jordan Fry
Daniel Hansen
? ?
Wilbur Robinson Wesley Singerman ? ?
The Bowler Hat Guy
Grandpa Bud
Tallulah
Steve Anderson ? ?
Franny Robinson Nicole Sullivan
Jessie Flower(muda)
? ?
Carl Harland Williams ? ?
Billie Kelly Hoover ? ?
Lucille Krunklehorn Laurie Metcalf ? Karine Riha Pralik
Uncle Fritz
Dimitri and Spike
Laszlo
Ethan Sandler ? ?
Mildred Angela Bassett ? ?
Art Adam West ? ?
Mr. Willerstein Tom Kenny ? ?
Frankie the Frog Aurian Redson ? ?
Mr. Harrington John H. H. Ford ? ?
Mrs. Harrington Dara McGarry Praya Malik ?
Michael "Goob" Yagoobian Matthew Josten ? ?
Lizzy Tracey Miller-Zarneke ? ?
Stanley Paul Butcher ? ?
Cornelius Tom Selleck ? ?

Sekuel dibatalkan[sunting | sunting sumber]

DisneyToon Studios pada asalnya merancang untuk membuat sekuel terus-ke-video kepada filem itu, bertajuk tentatif Meet the Robinsons 2: First Date. Walau bagaimanapun, apabila Lasseter menjadi ketua pegawai kreatif baharu Walt Disney Animation Studios, dia membatalkan semua sekuel dalam pembangunan di Disneytoon, termasuk Meet the Robinsons 2, dan mengarahkan studio mengalihkan tumpuannya ke arah filem spin-off dan produksi asli..[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hill, Jim (20 Jun 2007). "Sebut "So Long !" untuk terus-ke-video sekuel : DisneyToon Studios menala keluar Sharon Morrill". Jim Hill Media. Dicapai pada 7 Februari 2015.