The Fox and the Hound

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk novel 1967 oleh Daniel P. Mannix, lihat The Fox and the Hound (novel).
The Fox and the Hound
Foxhoundposter.jpg
Pengarah Ted Berman
Richard Rich
Art Stevens
Penerbit Ron Miller
Wolfgang Reitherman
Art Stevens
Lakon layar Ted Berman
Larry Clemmons
Cerita oleh Larry Clemmons
Ted Berman
David Michener
Peter Young
Burny Mattinson
Steve Hulett
Earl Kress
Vance Gerry
Konsep asal The Fox and the Hound oleh
Daniel P. Mannix
Lakonan Mickey Rooney
Kurt Russell
Pearl Bailey
Sandy Duncan
Pat Buttram
Jack Albertson
Jeanette Nolan
Dick Bakalyan
Paul Winchell
Muzik Richard Johnson
Richard Rich
Jim Stafford
Jeffrey Patch (Lagu)
Buddy Baker
Penyuntingan James Koford
James Melton
Syarikat produksi
Pengedar Buena Vista Distribution
Mula ditayang
Julai 10, 1981 (1981-07-10)
Tempoh tayangan
83 minit
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $12 juta[1]
Pulangan kasar $63,456,988[2]

The Fox and the Hound (Rubah dan Anjing Pemburu) ialah sebuah filem animasi dari Amerika Syarikat yang diterbitkan pada tahun 1981 berdasarkan novel bernama sama yang ditulis oleh Daniel P. Mannix. Ia diterbitkan oleh Walt Disney Productions dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 10 Julai 1981. Filem ke-24 dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney mengisahkan cerita dua sahabat yang tidak berkemungkinan, seekor rubah merah bernama Tod dan seekor anjing pemburu bernama Copper, yang bertungkus-lumus untuk mengekalkan persahabatan mereka walaupun naluri mereka muncul dan tekanan sosial persekitaran menuntut mereka untuk bermusuhan.

Filem ini diarah oleh Ted Berman dan Richard Rich dengan menggunakan suara Kurt Russell, Mickey Rooney, Pearl Bailey, Pat Buttram, Sandy Duncan, Richard Bakalyan, Paul Winchell, Jack Albertson, Jeanette Nolan, John Fiedler, John McIntire, Keith Coogan, dan Corey Feldman. Pada masa keluarannya, filem ini merupakan sebuah filem animasi paling mahal yang diterbitkan dengan kos AS$12 juta.[1] Filem The Fox and the Hound 2 juga telah dikeluarkan dalam bentuk DVD pada 12 Disember 2006.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Setelah seekor anak rubah merah menjadi yatim piatu, burung hantu Big Mama (Pearl Bailey), burung belatuk Boomer (Paul Winchell), burung finch Dinky (Richard Bakalyan) merancang agar anak rubah merah ini dibela oleh Janda Tweed (Jeanette Nolan). Tweed menamakannya Tod (suara oleh Keith Coogan) merujuk gelaran kepada anak kecil yang baru belajar berjalan (bahasa Inggris: toddler). Sementara itu, jiran Tweed bernama Amos Slade (Jack Albertson) membawa pulang ke rumah seekor anak anjing pemburu bernama Copper (Corey Feldman), dan memperkenalkannya kepada anjing pemburu yang bernama Chief (Pat Buttram). Tod dan Copper menjadi kawan baik, dan bersumpah untuk menjadi "sahabat selama-lamanya". Slade kesal dengan Copper yang selalu pergi bermain ke tempat yang jauh, dan akhirnya Copper diikat. Sewaktu bermain dengan Copper di rumahnya, Tod tidak sengaja membangunkan Chief. Slade dan Chief mengejar Tod hingga Tweed meminta kedua-duanya untuk berhenti mengejar. Setelah terjadi pertikaman lidah di antara Slade dan Tweed, Slade berkata bahwa Tod akan dibunuhnya bila sekali lagi memasuki tanah pertanian miliknya. Musim memburu bermula, Slade membawa anjing-anjingnya ke hutan untuk memburu. Sementara itu, Big Mama menjelaskan kepada Tod bahwa persahabatannya dengan Copper tidak dapat diteruskan, kerana anjing dan rubah ialah musuh sejati, namun Tod tidak percaya.

Bulan demi bulan berlalu, Tod dan Copper menjadi dewasa. Tod (Mickey Rooney) menyelinap untuk bertemu Copper yang baru kembali dari dari berburu. Copper (Kurt Russell) menjelaskan bahawa walaupun Tod masih dihargainya sebagai seorang kawan, keadaan sudah berubah. Dirinya sekarang telah berubah menjadi seekor anjing pemburu. Chief terbangun dan memberi tahu Slade. Terjadi kejar-mengejar, dan Tod ditangkap oleh Copper. Namun Copper melepaskan Tod, dan lalu mengalihkan perhatian Chief dan Slade ke arah lain. Chief terus mengejar hingga ke sebuah jalan kereta api hingga dilanggar oleh keretapi yang tiba dan terluka. Copper dan Slade menyalahkan Tod sebagai penyebab kecelakaan, dan bersumpah akan membalas dendam. Tweed menyadari bahwa Tod sudah tidak dapat dibela oleh beliau. Tod akhirnya ditinggalkan di sebuah hutan. Big Mama memperkenalkan Tod dengan seekor rubah betina bernama Vixey (Sandy Duncan). Sementara itu, Slade dan Copper yang sedang mengejar dua ekor rubah, melanggar perbatasan dan masuk ke dalam hutan. Slade dan Copper kemudian diserang oleh seekor beruang. Slade jatuh tergelincir dan masuk ke dalam perangkap yang dibuatnya sendiri. Senapang miliknya juga terjatuh di luar jangkauannya. Copper sendirian berkelahi melawan beruang, namun ia bukanlah tandingan bagi seekor beruang. Tod datang membantu melawan beruang hingga keduanya jatuh ke dalam air terjun. Ketika Copper sedang menghampiri Tod yang terbaring di danau, Slade muncul, dan siap menembak Tod. Copper menghalang dengan badannya di depan Tod. Slade menurunkan senapangnya, dan akhirnya pergi berlalu bersama Copper. Di rumah, Tweed mengubati Slade hingga sembuh sementara para anjing beristirahat. Sebelum tertidur, Copper tersenyum, karena teringat hari-hari ketika dirinya berteman dengan Tod. Dari atas sebuah bukit, Vixey dan Tod melihat ke bawah, ke rumah Copper dan Tweed.

Jalan cerita tamat di sini.

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Watak Pelakon suara
Inggeris Amerika Syarikat Malaysia Malaysia
Tod Mickey Rooney (dewasa)
Keith Mitchell (muda)
 ?
Copper Kurt Russell (dewasa)
Corey Feldman (muda)
 ?
Amos Slade Jack Albertson  ?
Janda Tweed Jeanette Nolan  ?
Chief Pat Buttram  ?
Big Mama Pearl Bailey  ?
Vixey Sandy Duncan  ?
Dinky Dick Bakalyan  ?
Boomer Paul Winchell  ?
Landak John Fiedler  ?
Badger Perengus John McIntire  ?

Tarikh tayangan[sunting | sunting sumber]

Senarai muzik filem[sunting | sunting sumber]

  • The Best of Friends
  • Lack of Education
  • A Huntin' Man
  • Goodbye May Seem Forever
  • Appericate the Lady

Sequence pengarah[sunting | sunting sumber]

Susulan pertengahan[sunting | sunting sumber]

Sebuah susulan pertengahan direct-to-video, The Fox and the Hound 2, telah dikeluarkan dalam DVD pada 12 Disember 2006.[3] Filem ini berlaku semasa zaman muda Tod dan Copper, sebelum kejadian separuh kemudian filem ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Ansen, David (13 Julai 1981). "Forest Friendship". Newsweek: 81. 
  2. "The Fox and the Hound (1981)". Box Office Mojo. Diperoleh pada 20 September 2008. 
  3. disneydvd.disney.go.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Templat:Richard Rich