Pergi ke kandungan

Saludos Amigos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Saludos Amigos (filem 1943))
Saludos Amigos
Fail:Saludosposter.jpg
Poster tayangan pawagam asal
PengarahNorman Ferguson
Wilfred Jackson
Jack Kinney
Hamilton Luske
William Roberts
PenulisHomer Brightman
William Cottrell
Richard Huemer
Joseph Grant
Harold Reeves
Ted Sears
Webb Smith
Roy Williams
Ralph Wright
Dihasilkan olehWalt Disney
DibintangiLee Blair
Mary Blair
Pinto Colvig
Walt Disney
Norman Ferguson
Frank Graham
Clarence Nash
José Oliviera
Frank Thomas
Dikisahkan olehFred Shields
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehRKO Radio Pictures
Tarikh tayangan
24 Ogos 1942 (1942-08-24)
Masa tayangan
41 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris, Portugis

Saludos Amigos ("Apa khabar, kawan-kawan" dalam bahasa Sepanyol) merupakan sebuah filem cetera animasi terbitan Walt Disney yang dikeluarkan oleh RKO Radio Pictures pada tahun 1942. Inilah cetera animasi keenam dalam siri Walt Disney Animated Classics, dan juga yang pertama daripada enam filem pakej buatan studio Disney pada 1940-an. Filem yang berlatarkan Amerika Latin ini terdiri daripada empat segmen berbeza; Donald Duck membintangi dua segmen dan Goofy membintangi satu segmen. Ia juga menampilkan kemunculan sulung watak burung nuri bernama José Carioca.[1] Saludos Amigos mendapat sambutan yang cukup menggalakkan sehingga memanggil Walt Disney untuk membuat sebuah lagi filem mengenai Amerika Latin, iaitu The Three Caballeros, dua tahun kemudian. Saludos Amigos bertayangan perdana di Rio de Janeiro pada 24 Ogos 1942, sebelum dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 6 Februari 1943. Filem ini mendapat sambutan bercampur-campur dan hanya dikeluarkan semula sekali, iaitu pada tahun 1949, ketika ditayangkan sebagai double bill bersama keluaran semula pertama Dumbo dalam.

Pada awal tahun 1941, sebelum Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Kedua, Jabatan Negara Amerika Syarikat menempah jelajah muhibah Disney ke Amerika Selatan dengan tujuan menghasilkan filem untuk ditayangkan di Amerika Tengah dan Selatan dalam Dasar Good Neighbor. Jelajah yang ditaja jamin oleh Jabatan Negara, membawa Disney dan sekumpulan penggubah, pelukis dan lain-lain dari studionya ke Amerika Selatan, khususnya negara Brazil dan Argentina, tetapi juga ke Chile dan Peru. Filem ini juga mendapat jaminan pinjaman persekutuan. Ini adalah perlu kerana studio Disney sudah berkembang terlalu besar sebelum pasaran Eropah ditutup ekoran peperangan, apatah lagi Disney bergelut dengan pergolakan pekerjanya ketika itu (termasuk mogok yang berlangsung ketika bermulanya perjalanan muhibah itu).[1]

Dalam hal ini, Disney dipilih oleh kerajaan AS yang ingin mengatasi hubungan erat antara beberapa kerajaan Amerika Latin dengan Jerman Nazi.[1] Mickey Mouse dan watak-watak Disney lain popular di Amerika Latin, jadi Walt Disney bertindak sebagai duta.

Filem ini juga mengilhamkan kartunis Chile, René Ríos Boettiger untuk mencipta Condorito, salah satu watak kartun yang paling merata di Amerika. Ríos merasakan bahawa watak Pedro, sebuah kapal terbang kecil yang lemah upaya, adalah hinaan kepada warga Chile lalu mereka komik yang dikatakan boleh menyaingi watak komik Disney.

Segmen filem

[sunting | sunting sumber]

Filem ini ada empat segmen berbeza, setiap satunya bermula dengan liputan artis Disney berkelana di negara kunjungan untuk melukis kartun tentang budaya dan pemandangan setempat:

  • Segmen "Pedro" menceritakan sebuah pesawat kecil dari Chile yang melakukan penerbangan sulungnya untuk mengangkut mel udara dari Mendoza, tetapi nyaris gagal menyempurnakan tugasnya. Atas rasa kecewa dengan gambaran yang diberikan oleh Pedro terhadap Chile di mata dunia, kartunis René Ríos Boettiger (Pepo) melancarkan majalah komik yang terkenal di Amerika Latin, iaitu Condorito.
  • Dalam segmen "El Gaucho Goofy", Goofy, seorang koboi Amerika dibawa ke kawasan pampa Argentina untuk mempelajari cara hidup gaucho setempat. Segmen ini disunting untuk menanggalkan babak Goofy merokok bagi keluaran video kelak.[2]
  • "Aquarela do Brasil" (atau "Catan Air Brazil"), segmen terakhir filem ini, menyaksikan watak serba baru, José Carioca, membawa Donald Duck melihat-lihat Amerika Selatan sambil memperkenalkan tarian samba kepadanya (mengikut irama "Brazil" dan "Tico-Tico no Fubá").

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]