Marek Hamšík

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Marek Hamšík
Marek Hamšík - SSC Neapel (1).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhMarek Hamšík
Tarikh lahir (1987-07-27) 27 Julai 1987 (umur 31)
Tempat lahirBanská Bystrica, Czechoslovakia
Ketinggian1.83 m (6 ft 0 in)
Posisi permainanPemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniNapoli
Nombor17
Kerjaya remaja
2001–2002Jupie Podlavice
2002–2004Slovan Bratislava
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2004Slovan Bratislava6(1)
2004–2007Brescia65(10)
2007–Napoli274(75)
Pasukan kebangsaan
2003–2004Slovakia B176(3)
2005–2006Slovakia B1196(1)
2006–2007Slovakia B212(0)
2007–Slovakia76(14)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 12 April 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 27 Mac 2015

Marek Hamšík (lahir 27 Julai 1987) merupakan pemain bola sepak Slovakia yang kini bermain sebagai kapten pasukan Napoli dan pemain Slovakia. Beliau bermain di posisi pemain tengah menyerang.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beliau mula bermain bola sepak di kelab tempatan Dukla Banská Bystrica. Selain itu, beliau juga mula bermain untuk kelab remaja kecil Jupie Podlavice. Pada tahun 2002, beliau menandatangani kelab Slovan Bratislava. Beliau bermain enam perlawanan dan menjaringkan satu gol.

Beliau berpindah dari Slovan ke Brescia pada 2004 ketika berusia 17 tahun dengan bayaran 500 ribu euro. Beliau membuat debut untuk Brescia menentang Chievo Verona pada 20 Mac 2005 ketika berusia 17 tahun dan 237 hari. Pada musim 2005-06, beliau bermain 24 perlawanan untuk Brescia ketika di Serie B. Beliau juga melakukan perubahan besar apabila menjaringkan 10 gol dalam 40 perlawanan.

Napoli[sunting | sunting sumber]

Hamšík bermain untuk Napoli.

Pada 28 Jun 2007, beliau dilaporkan telah menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Napoli. Bayaran itu sebanyak 5.5 juta euro. Beliau bermain pada perlawanan pertamanya untuk Napoli ketika menentang Cesena pada pusingan pertama Coppa Italia, Napoli menang 4-0 dan Hamsik menjaringkan gol pembukaan dan gol kedua. Pada 16 September 2007, beliau menjaringka gol pertamanya di Serie A menentang Sampdoria.

Pada tahun 2007, beliau diundi sebagai pemain kedua terbaik Slovakia (selepas Martin Škrtel) and dan juga diundi sebagai pemain muda terbaik Slovakia. Hamsik menamatkan musim pertamanya bersama Napoli sebagai penjaring terbanyak kelab dengan sembilan gol daripada 47 perlawanan. Pada musim 2008–09, Hamšík menjadi penjaring terbanyak Napoli buat tahun kedua. Pada tahun 2009, beliau sekali lagi sebagai naib juara pemain terbaik Slovakia dan mengulangi kejayaan pemain muda terbaik Slovakia.

Musim 2010–11[sunting | sunting sumber]

Pada 19 September 2010, Hamšík menjaringkan gol pertama Napoli untuk bangkit ketinggalan ketika menentang Sampdoria, 2-1 di Genoa. Pada 23 September, Hamšík menandatangani kontrak tiga tahun sehingga Jun 2015. Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan gol kedua musim ini melalui tendangan penalti untuk memberikan jaringan 4-1 bagi Napoli ke atas Cesena.

Hamsik membantu Napoli untuk layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan selepas menduduki tempat ketiga liga. Beliau telah menjaringkan 11 gol, membuat enam hantaran dalam 36 perlawanan liga.

Musim 2011–12[sunting | sunting sumber]

Hamšík menjaringkan gol kemenangan untuk Napoli menang 2-0 di laman sendiri ke atas Villarreal pada 27 September dan memberikan kemenagnan Napoli di Liga Juara-Juara. Hamšík membuat hantaran kepada Gökhan Inler untuk menjaringkan gol pembukaan ke atas Villareal dan kemudian beliau pula meledak masuk gol kedua pada 7 Disember dan membantu Napoli menang 2-0 di Sepanyol. Peluang untuk layak ke pusinagan 16 Liga Juara-Juara amat sukar kerana kumpulan ini mempunyai kelab gergasi seperti Bayern Munich dan Manchester City. Hamšík membantu Napoli menduduki tangga teratas liga pada separuh musim 2011-12 selepas menang besar 6-1 ke atas Genoa pada 21 Disember. Pada perlawanan Eropah, Hamsik bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan bersama dua jaringan gol dan membuat satu hantaran.

Pada 9 Mac, Hamšík melanjutkan kontraknya setahun bersama Napoli sehingga Jun 2016. Hamšík menjaringkan gol terakhirnya di musim ketika menang 2-0 ke atas Palermo pada 1 Mei. Napoli menduduki tempat kelima liga dan pemain Slovakia itu menjaringkan sembilan gol liga dan membuat sembilan hantaran.

Hamšík antara pemain Napoli yang menjuarai Coppa Italiana dengan menewaskan Juventus, 2-0 pada 20 Mei. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83.

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Pada jadual pertama liga bagi musim 2012-13, Hamšík menjaringkan gol pertama Napoli dan membuat hantaran kepada Christian Maggio ketika mengalahkan Palermo, 3-0. Selepas kemenangan 2-1 ke atas AC Siena, kelab ini mengesahkan di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara manakala Siena bakal menghadapi zon penyingkiran. Pemain Slovakia ini bermain setiap perlawanan Napoli pada musim 2012-13 dengan menjaringkan 11 gol dan 14 hantaran. Pasukannya berada di tempat kedua di belakang Juventus.

Musim 2013–14[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Ogos 2013, Hamšík melanjutkan kontraknya bersama Napoli sehingga musim panas 2018. Pada perlawanan pertama Serie A pada 26 Ogos 2013, beliau menjairngkan gol kedua dan ketiga Napoli apabila menewaskan Bologna 3-0. Hamšík meneruskan kariernya dengan menjaringkan gol pada perlawanan seterusnya menentang Chievo Verona, 4-2 pada 31 Ogos.

Pada 3 Mei 2014, Hamšík bermain selama 63 minit ketika Napoli menang 3-1 ke atas Fiorentina pada perlawanan akhir Coppa Italiana 2014.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Hamšík bersama Slovakia.

Beliau melakukan penampilan pertama antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Slovakia pada 7 Februari 2007 menentang Poland pada perlawanan persahabatan, seri 2-2. Beliau bermain pada kempen kelayakan UEFA Euro 2008 menentang Jerman dan pasukannya tewas 2-1. Beliau menjadi kunci pasukan untuk jentera serangan dan biasanya beliau diletakkan di kiri atau tengah pemain tengah menyerang.

Hamsik menjadi kapten pasukan negaranya pada saingan Piala Dunia pertama bagi Slovakia di Piala Dunia Afrika Selatan. Slovakia mengejutkan dunia apabila menewaskan Itali 3-2 pada perlawanan terakhir kumpulan dan layak ke peringkat kalah mati. Slovakia telah tersingkir apabila ditewaskan oleh naib juara Piala Dunia 2010, Belanda, 2-1.

Statistik antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 18 November 2014
Pasukan Tahun Kmncln Gol
Slovakia 2007 9 2
2008 9 3
2009 11 3
2010 13 0
2011 9 0
2012 9 2
2013 8 1
2014 7 3
Jumlah 75 14

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 13 Oktober 2007 Dubnica nad Váhom, Slovakia  San Marino 1–0 7–0 Kelayakan Euro 2008
2 21 November 2007 Serravalle, San Marino  San Marino 3–0 5–0 Kelayakan Euro 2008
3 6 September 2008 Bratislava, Slovakia  Ireland Utara 2–0 2–1 Kelayakan Piala Dunia 2010
4 19 November 2008 Žilina, Slovakia  Liechtenstein 1–0 4–0 Persahabatan
5 2–0
6 10 Februari 2009 Limassol, Cyprus  Ukraine 2–2 2–3 Persahabatan
7 5 September 2009 Bratislava, Slovakia  Republik Czech 2–1 2–2 Kelayakan Piala Dunia 2010
8 14 November 2009 Bratislava, Slovakia  Amerika Syarikat 1–0 1–0 Persahabatan
9 15 Ogos 2012 Odense, Denmark  Denmark 2–1 3–1 Persahabatan
10 12 Oktober 2012 Bratislava, Slovakia  Latvia 1–0 2–1 Kelayakan Piala Dunia 2014
11 10 September 2013 Žilina, Slovakia  Bosnia dan Herzegovina 1–0 1–2 Kelayakan Piala Dunia 2014
12 12 Oktober 2014 Barysaw, Belarus  Belarus 1–0 3–1 Kelayakan Euro 2016
13 2–1
14 18 November 2014 Žilina, Slovakia  Finland 2–0 2–1 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

S.S.C. Napoli

Individu[sunting | sunting sumber]

Pemain Muda Terbaik Serie A: 2008
Pasukan Pilihan Serie A: 2010–11

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Róbert Vittek
Kapten Slovakia
2010-2012
Diikuti oleh:
Martin Škrtel
Didahului oleh
Paolo Cannavaro
Kapten Napoli
2014-kini
Pemegang jawatan kini