Hauptsturmführer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hauptsturmführer

Lencana
kolar

Lencana
bahu
Lencana
celoreng
Negara
Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Singkatan Hstuf
Diperkenalkan 1934
Dimansuhkan 1945
Kod
NATO
OF-2
Pangkat tinggi seterusnya

Sturmbannführer

Pangkat rendah seterusnya

Obersturmführer

Persamaan pangkat Hauptmann
Hauptsturmführer Albert Klett, 1945

Hauptsturmführer (bahasa Jerman: [ˈhaʊpt.ʃtʊʁmˌfyːʁɐ], har. pemimpin tertinggi gempur; singkatan: Hstuf) ialah pangkat separa tentera yang digunakan dalam beberapa organisasi Nazi seperti SS, NSKK dan NSFK. Pangkat Hauptsturmführer adalah komander muda dan setaraf dengan pangkat kapten (Hauptmann) dalam Tentera Darat Jerman dan juga bersamaan dengan kapten tentera asing.[1]

Pangkat Hauptsturmführer berkembang daripada pangkat lama Sturmhauptführer, diwujudkan sebagai pangkat Sturmabteilung (SA). SS menggunakan pangkat Sturmhauptführer dari tahun 1930 hingga 1934, dan selepas peristiwa Night of the Long Knives, nama pangkat itu ditukarkan ke Hauptsturmführer namun tanda pangkat tetap sama.[2][3] Sturmhauptführer kekal sebagai pangkat SA sehingga 1945.[4]

Beberapa anggota SS yang paling terkenal diketahui memegang pangkat Hauptsturmführer. Antaranya ialah Josef Mengele, iaitu doktor terkenal yang ditugaskan ke Auschwitz; Klaus Barbie, ketua Gestapo Lyon; Joseph Kramer, komandan kem tahanan Bergen-Belsen; Alois Brunner, asisten Adolf Eichmann; dan Amon Göth, yang dijatuhi hukuman mati da digantung kerana melakukan pelbagai pembunuhan beramai-ramai (penghapusan ghetto di Tarnów dan Kraków, kem di Szebnie, kem tahanan Kraków-Płaszów, seperti yang digambarkan dalam filem Schindler's List).

Tanda pangkat Hauptsturmführer berupa tiga paku perak dan dua jalur berwarna perak yang disusun pada lapik kolar hitam, dipakai disebelah lambang kolar unit.[1] Pada pakaian seragam khidmat berwarna kelabu, epaulet bagi Hauptmann tentera darat juga digunakan. Pangkat Hauptsturmführer lebih kanan dari Obersturmführer dan lebih muda dari Sturmbannführer.[1]

Lencana pangkat[sunting | sunting sumber]

Hauptsturmführer SS, SA, NSKK, dan NSFK
Lencana pangkat

Schutzstaffel (SS)

Sturmabteilung (SA)

NS Motor Corps (NSKK)

NS Flyers Corps (NSFK)

Waffen-SS lencana kolar
Perbandingan turutan pangkat dengan Wehrmacht (Heer)
Pangkat junior
SA-Obersturmführer
Pangkat SA
Hauptsturmführer
(sehingga 1939/40: Sturmhauptführer)
Pangkat senior
SA-Sturmbannführer
Pangkat junior
SS-Obersturmführer
Pangkat SS
Hauptsturmführer
(sehingga 1934: Sturmhauptführer)
Pangkat senior
SS-Sturmbannführer
Pangkat junior
Oberleutnant (OF-1)
Pangkat Wehrmacht
Hauptmann / Rittmeister (OF-2)
Pangkat senior
Major (OF-3)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Flaherty 2004, m/s. 148.
  2. ^ McNab 2009a, m/s. 29, 30.
  3. ^ Miller 2006, m/s. 521.
  4. ^ McNab 2009b, m/s. 15.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Flaherty, T. H. (2004) [1988]. The Third Reich: The SS. Time-Life Books, Inc. ISBN 1-84447-073-3.
  • McNab, Chris (2009a). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.
  • McNab, Chris (2009b). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.
  • Miller, Michael (2006). Leaders of the SS and German Police, Vol. 1. R. James Bender Publishing. ISBN 93-297-0037-3.