Mohd Hamdi Abd Shukor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Hamdi Abd Shukor

DPNS (NS); JMN
Naib Canselor Universiti Malaya ke-13
Dalam jawatan
1 November 2020 – 31 Oktober 2023
Didahului olehAbdul Rahim Hashim
Digantikan olehNoor Azuan Abu Osman
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ke-11
Dalam jawatan
1 Januari 2019 – 31 Oktober 2020
Didahului olehNoor Azlan Ghazali
Digantikan olehMohd Ekhwan Toriman
Butiran peribadi
Lahir1971 (umur 52–53)
Muar, Johor, Malaysia
Alma mater
PekerjaanAhli akademik

Profesor Dato' Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor (lahir 1971 di Muar, Johor, Malaysia) ialah seorang ahli akademik Malaysia.[1][2] Beliau ialah bekas naib canselor Universiti Malaya (UM) ke-13, jawatan yang disandangnya dari 1 November 2020 sehingga 31 Oktober 2023.[3][4] Beliau sebelum ini merupakan naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-11.[5][6]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mohd Hamdi dilahirkan pada tahun 1971 di Muar, Johor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) dari Imperial College London, England; ijazah Sarjana Sains dalam Teknologi Pembuatan dan Pengurusan Termaju daripada Institut Sains dan Teknologi Universiti Manchester, United Kingdom; dan ijazah Doktor Kejuruteraan dari Universiti Kyoto, Jepun.[3][1][7]

Kerjaya akademik[sunting | sunting sumber]

Kerjaya akademik Mohd Hamdi bermula pada tahun 1995 apabila beliau menyertai Universiti Malaya (UM) sebagai tutor, kemudian menjadi pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan pada tahun 1997. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan (2003-2006). Beliau telah dinaikkan pangkat ke Profesor Madya pada tahun 2006 dan kemudiannya berkhidmat sebagai Profesor penuh pada tahun 2010. Beliau juga merupakan bekas Dekan Fakulti Kejuruteraan, UM (2009-2011) dan bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UM (2011-2014). Selain itu, perkhidmatan dan kepakaran beliau juga diiktiraf di peringkat antarabangsa. Mohd Hamdi juga ialah seorang Profesor Pelawat di Universiti California, Los Angeles (UCLA) pada 2015 dan 2016.[1]

Kecemerlangan akademik beliau serta kualiti kepimpinan yang luar biasanya telah menjadikan Mohd Hamdi menerajui Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Naib Canselor pada 1 Januari 2019 dan pada 1 November 2020, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya ke-13.[1][8] Beliau menggantikan penyandang jawatan, Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim yang tamat kontrak pada 31 Oktober 2020.[3][9][10]

Beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pusat Teknologi Pembuatan dan Pemprosesan bahan (AMMP) dan Pusat Penyelidikan Industri 4.0 (CRI4.0) di UM. Selain menghasilkan lebih daripada 160 penerbitan berkesan dalam jurnal diindeks oleh Web of Science, beliau juga telah mencatatkan h-index of 33 dengan jumlah petikan lebih daripada 3850.[1]

Mohd Hamdi juga telah dipilih ke Jawatankuasa Pemandu Persatuan Universiti Lingkungan Pasifik (APRU) bagi kerusi Asia – Asia Tenggara untuk penggal dua tahun dari 2022 sehingga 2024.[11]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Kecemerlangan Universiti Malaya 2012 dan 2013[1]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h "Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor" (dalam bahasa Inggeris). Universiti Malaya. Dicapai pada 16 Mei 2022.
  2. ^ "Biodata Prof Dato' Ir. Dr Mohd Hamdi Abd Shukor". MyWilayah.com. 31 Oktober 2020. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  3. ^ a b c Noor Atiqah Sulaiman (30 Oktober 2020). "Mohd Hamdi dilantik Naib Canselor UM". Berita Harian. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  4. ^ "Mohd Hamdi appointed UM's new vice-chancellor" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 30 Oktober 2020. Dicapai pada 16 Mei 2022.
  5. ^ "Prof Mohd Hamdi dilantik Naib Canselor UKM". Berita Harian. 6 Disember 2018. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  6. ^ Inaara Aznan (25 Februari 2019). "UKM gets new vice chancellor" (dalam bahasa Inggeris). The Petri Dish. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  7. ^ Maisarah Sheikh Rahim (30 Oktober 2020). "Mohd. Hamdi dilantik Naib Canselor UM baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  8. ^ "Mohd Hamdi dilantik sebagai Naib Canselor UM baharu". BERNAMA. 30 Oktober 2020. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  9. ^ "Mohd Hamdi dilantik Naib Canselor UM baharu". Harian Metro. 30 Oktober 2020. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  10. ^ Subhki Sudarji (30 Oktober 2020). "Mohd. Hamdi Naib Canselor UM baharu". Kosmo!. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  11. ^ "Universiti Malaya VC leads Asia - Southeast Asia SEAT in APRU Steering Committee" (dalam bahasa Inggeris). Universiti Malaya. 19 Julai 2022. Dicapai pada 1 Ogos 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]