Pergi ke kandungan

Mojilip Bumburing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wilfred Bumburing
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Tuaran, Sabah
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 3 April 2013
Didahului oleh Wilfred Madius Tangau
Digantikan oleh Wilfred Madius Tangau
Majoriti6,622 (PRU-12)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Tamparuli
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 7 April 2018
Didahului oleh Jahid Jahim
Digantikan oleh Jahid Jahim
Majoriti383 (PRU-13)
Dalam jawatan
1985–1999
Didahului oleh James Peter Ongkili
Digantikan oleh Edward Linggu Bukut
Majoriti1,793 (1985)
3,423 (1986)
4,223 (1990)
5,087 (1994)
Maklumat peribadi
Lahir (1951-12-02) 2 Disember 1951 (umur 74)
Tuaran, Sabah
Parti politik Fail:United Progressive Kinabalu Organisation.jpg (2024-kini)
(2022-2024)
(2016-2022)
(2012-2016)
(1994-2021)
(1986-1994)
PekerjaanAhli Politik

Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred atau dikenali Wilfred Bumburing (lahir 2 Disember 1951) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Bumiputera Sabah. Beliau merupakan ahli Parlimen Tuaran selama sepenggal (2008-2013) dan ADUN Tamparuli selama empat penggal. Beliau kini menyertai UPKO sebelum ini ahli PBRS, PCS, PKR, UPKO Lama dan PBS.

Beliau juga pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).[1] Beliau merupakan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) merupakah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.

Pilihan raya Malaysia 2008

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional di kawasan parlimen Tuaran , negeri Sabah.[2] Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17645.

Calon lawan ialah Ajin Nazin Bin Gagah dari (Bebas) mendapat 879 undi dan hilang deposit. Umsery @ Ansari Bin Abdullah dari PKR mendapat 11,023 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 74.9 %. Undi rosak sebanyak 979.

Keluar Barisan Nasional

[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Julai 2012, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran. Pada 29 Julai 2012, beliau mengumumkan keluar dari dan parti UPKO dan Barisan Nasional(BN) bagi menyokong Pakatan Rakyat disebabkan oleh kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum.[3] Seterusnya melancarkan parti baru, Angkatan Perubahan Sabah (APS) atau 'Sabah Reform Front' di Dalit, Tuaran. Majlis itu turut disertai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim . Tindakan beliau menyamai tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parliamen Malaysia[2]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 P170 Tuaran Wilfred Bumburing (UPKO) 17,645 59.72% Ansari Abdullah (PKR) 11,023 37.31% 30,563 6,622 74.98%
Ajin Gagah (Bebas) 879 2.97%
2013 Wilfred Bumburing (PKR) 15,495 38.78% Wilfred Madius Tangau (UPKO) 20,685 51.77% 40,849 5,190 84.62%
Erveana Ansari (Bebas) 2,264 5.67%
Jasmin Dulin (STAR) 1,509 3.78%
Dewan Undangan Negeri Sabah
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1981 N14 Tamparuli Wilfred Bumburing (PASOK) 441 8.94% James Peter Ongkili (BERJAYA) 3,503 70.98% 5,022 2,559 81.86%
Amisah Borhan (USNO) 944 19.13%
Mohamed Abdul Rahman (PUSAKA) 47 0.95%
1985 N10 Tamparuli Wilfred Bumburing (PBS) 3,222 57.48% Johnny Lumpisau (BERJAYA) 1,429 25.50% 5,688 1,793 78.30%
Aziz Giom (USNO) 809 14.43%
Milton Buja (BERSEPADU) 145 2.59%
1986 Wilfred Bumburing (PBS) 4,816 77.56% Johnny Tanggar (BERJAYA) 1,393 22.44% 6,314 3,423 77.48%
1990 Wilfred Bumburing (PBS) 4,971 75.54% James Peter Ongkili (PRS) 748 11.37% 6,657 4,223 82.04%
Nori Lumpisau (USNO) 638 9.69%
Mohd Raji Mandaili (AKAR) 144 2.19%
Johnny Tanggar (BERJAYA) 80 1.22%
1994 Wilfred Bumburing (PBS) 6,347 82.44% Mohd Raji Mandaili (AKAR) 1,260 16.37% 7,769 5,087 80.44%
Junaidi Hamdan (Bebas) 92 1.19%
1999 N09 Tamparuli Wilfred Bumburing (PDS) 3,939 37.38% Edward Bukut (PBS) 6,125 58.12% 10,635 2,186 78.85%
Monggoh Orow (BERSEKUTU) 475 4.51%
2013 Wilfred Bumburing (PKR) 6,862 48.18% Edward Bukut (STAR) 589 4.14% 14,428 383 83.81%
Jahid Jahim (PBS) 6,479 45.50%
Stephan Gaimin (SAPP) 185 1.30%
James Ongkili Jr. (Bebas) 185 0.88%
2018 Wilfred Bumburing (PCS) 2,541 16.94% Jahid Jahim (PBS) 6,818 45.46% 15,313 2,080 81.30%
Dausil Kundayong (PKR) 4,738 31.59%
Jasmin Dulin (STAR) 901 6.01%

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "Bumburing steps down as Upko Tuaran chief". BorneoPost. Dicapai pada 13 Jan 2012.
  2. 1 2 "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 17 March 2010. Percentage figures based on total turnout.
  3. ↑ "MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan", Malaysiakini.com, 29 Julai 2012.