Monolog Duka merupakan album solo nyanyian penyanyi popular Noraniza Idris yang diterbitkan pada tahun 1993. Album ini menyaksikan Ani bekerjasama dengan penyanyi popular Razak Ahmad.
Album ini agak istimewa kerana menjadi album eksperimen pertama Noraniza dalam mengembangkan muzik pop tradisional. Menerusi album ini, Ani bereksperimen dengan lagu-lagu ghazal dan zapin yang diadun dengan bunyian pop. Pengaruh Arab juga ketara menerusi sedikit sentuhan samrah dalam lagu Monolog Duka sendiri. Lagu tersebut mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 1993 namun gagal ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu.
Bertitik tolak dari album inilah, Ani bertapa seketika dari dunia rakaman untuk mencari formula terbaik dalam menghasilkan sebuah album tradisional yang lebih kontemporari dan hasilnya, pada tahun 1997 beliau muncul mengejut dengan karya-karya hebat dalam album Ala Dondang.
"Enjut"Bersama The Fabulous Cats • "Kuasa Cinta"Duet bersama Black Hanafiah • "Mahligai"Duet bersama Jaclyn Victor
Lagu-lagu lain
"Kalau Kaca Menjadi Intan" duet bersama Ahmad Fauzee • "Sayang Ibu" • "Sumpah Tanda Setia" duet bersama Sulaiman Yassin • "Tanda Kasih" bersama 2 by 2 • "Bantu Mereka" MAKNA • "Onjak Sekaki" bersama Ruffedge
Lagu-lagu perayaan
"Masih Ada Yang Sayang" • "Rendang Untuk Suami" • "Nikmat Hari Raya" bersama September 5 • "Aidilfitri di Alaf Baru" bersama Siti, Liza Hanim & Anis Suraya • "Halal Bihalal" • "Rajuk Rindu di Aidilfitri" • "Cinta Lebaran"bersama Akasia