Pergi ke kandungan

Aura (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Aura (album 2002))

Aura[1] ialah album studio kesebelas oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 29 Julai 2002, oleh Suria Records. Menerusi album ini, Noraniza tidak lagi menggunakan khidmat Pak Ngah sebagai penggubah lagu dan penerbit. Album ini menjadi album terakhir beliau dikeluarkan bersama dengan syarikat Suria Records.

Aura
Album studio oleh
Dilancarkan pada29 Julai 2002
Dirakamkan padaDisember 2001 - Jun 2002
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
StudioPro Recording Studio
Genre
Panjang45:20
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSuria Records
Penerbit
  • Tan Su Loke (eksekutif)
  • Noraniza
  • Fareez Hj. Tajudin
  • Eddie Marzuki
  • Indra
  • Is Wow
  • Lan Jawahir Narawi CD
  • Raja Kobat
  • Rosli Selasih
Kronologi Album studio Noraniza Idris
Iktiraf
(2000)
Aura
(2002)
Sawo' Matang
(2004)
Kronologi Album Noraniza Idris
Iktiraf
(2000)
Aura
(2002)
The Best of Ratu Pop Tradisional
(2003)
Single daripada Aura
  1. "Hala Timur"
    Dikeluarkan: 10 Julai 2002
  2. "Layar Battuta"
    Dikeluarkan: 8 September 2002
  3. "Berendoi"
    Dikeluarkan: 2 Disember 2002
  4. "Tandang Bermadah"
    Dikeluarkan: 27 Februari 2003
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 4.33/5 bintang

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Album Aura menjadi titik permulaan untuk peminat seni tanah air menilai kemampuannya berdiri kukuh di landasan tersendiri dalam dunia seni tanah air. Noraniza mahu menjadi dirinya sendiri dan kerana itu dia rela menghabiskan masa berbulan-bulan di studio untuk memastikan rakaman album Aura berjalan lancar. Kata Noraniza, dia melibatkan diri secara total untuk pembikinan album itu bermula daripada mencari lagu dan membuat kajian mengenai muzik etnik yang diketengahkan. Menurutnya, apabila dia membuat keputusan untuk terlibat secara 100 peratus dalam pembikinan album itu, dia perlu menunjukkan komitmen yang tinggi. Noraniza tidak mahu ada pihak yang menganggapnya sebagai hangat-hangat tahi ayam. Oleh kerana terlalu teliti, Noraniza dan suami beliau, Fareez berhadapan dengan pelbagai dugaan dan ujian.

Perasaannya ibarat seperti orang yang mahu beranak sulung. Noraniza begitu berdebar-debar menanti respons peminat terhadap album ini. Dalam Aura, peminat tidak dapat lagi mendengar Noraniza menyampaikan lagu ciptaan Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain). Sebaliknya, kali ini peminat berpeluang menilai sejauh mana kemampuan komposer tersohor Adnan Abu Hassan yang selama ini terkenal dengan lagu-lagu berentak pop mainstream. Dalam album Aura, Adnan menghasilkan lagu masri berjudul Layar Batutta. Noraniza juga memberanikan diri mempertaruhkan komposer Eddie Hamid yang mengilhamkan lagu berirama muzik Timur berjudul Hala Timur. Beberapa buah lagu lain yang dimuatkan dalam album itu turut menerima sentuhan lirik daripada penulis lirik muda berbakat besar, Hairul Anuar Harun. Kata Noraniza, album Aura yang berkonsepkan fusion ethnic merupakan album yang amat istimewa. Noraniza yakin, ia tidak akan menghampakan para peminatnya.

Ringkasan album

[sunting | sunting sumber]

Aura, dilancarkan pada 29 Julai 2002 menandai satu titik peralihan radikal serta fasa penjenamaan semula dalam kerjaya artistik Noraniza Idris. Selepas mencatatkan kejayaan luar biasa menerusi kolaborasi ikonik bersama komposer legenda Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Noraniza mengambil langkah berani untuk keluar daripada zon selesa dengan mengeksplorasi estetika muzik pop etnik yang lebih eksperimental dan bersifat global. Secara konsep, album ini tidak lagi berpaksikan kepada struktur muzik tradisional Melayu murni yang mengikut pakem klasik. Sebaliknya, Noraniza mengintegrasikan elemen muzik dunia (world music) khususnya pengaruh perkusi Asia Barat yang agresif, melodi 'Melayu Deli' yang dinamik, serta adunan pop moden kontemporari. Keputusan visioner ini diambil demi meremajakan genre Irama Malaysia agar kekal relevan dalam kalangan generasi muda serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa pada awal era 2000-an.

Proses rakaman album Aura berlangsung secara intensif antara pertengahan tahun 2001 sehingga awal tahun 2002. Bagi mengisi kekosongan posisi penerbit utama pasca-era Pak Ngah, Noraniza memberikan kepercayaan kepada suaminya ketika itu, Fareez Tajuddin merangkap pengarah konsep kreatif album. Demi menyuntik spektrum bunyi yang lebih segar, syarikat rakaman Suria Records telah menggabungkan jajaran komposer dan penulis lirik lintas generasi. Projek ini mencetuskan kolaborasi kreatif bersama ahli muzik veteran dan eksperimentalis muzik baharu. Mereka meneroka susunan muzik berasaskan instrumen tradisional seperti gambus, rebana, dan seruling, lalu diadun secara harmoni bersama pengaturcaraan synthesizer modern serta susunan rentetan alat tali (strings) yang gah. Album ini menyumbangkan 10 lagu pop etnik kontemporari daripada pelbagai penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat di industri muzik yang mana menyelitkan pelbagai elemen budaya Melayu serta menggabungkan dengan rentakan moden tetapi tetap kekal dalam keaslian tradisional. Album ini juga beliau dilancarkan sedemikian rupa sebagai album yang berkonsepkan etnic fushion.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Hala Timur"ND LalaAddy Hamid4:14
2."Tandang Bermadah"
5:25
3."Serampang Bugis"YM Raja KobatYM Raja Kobat4:46
4."Layar Battuta"Hairul Anuar HarunAdnan Abu Hassan4:17
5."Berendoi"Rosli Selasih5:02
6."Putera Lantai Emas"Nanee SuryaIndra4:22
7."Syakuntala"Hairul Anuar HarunAnak Johor5:01
8."Hijrah Kencana"AdikaIndra4:32
9."Melereng"Sulastri SiriRosli Selasih4:42
10."Raja Alang"Rosiah ChikRosiah Chik4:19
Jumlah masa: 45:20

Tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]

Berikut ini ialah penyertaan tenaga kerja dalam pembuatan album kesebelas Noraniza Idris, Aura berasaskan daripada buku dan sampul album beliau.

  • Tan Su Loke - Penerbit Eksekutif
  • Fareez Tajuddin, Noraniza Idris, Eddie Marzuki, Indra, Is Wow, Lan Jawahir, Narawi CD, Raja Kobat & Rosli Selasih - Penerbit
  • Zulkefli Majid - A&R
  • S. Atan - Akordion
  • Rosli Selasih - Susunan (Strings) (trek 5 & 9)
  • Noraniza Idris - Vokal
  • Addy Hamid, Adnan Abu Hassan, Noraniza Idris, Raja Kobat, Rosli Selasih, Indra, Anak Johor & Rosiah Chik - Komposer
  • Asmidar, Baby, Bahizal, Eja, Hasserol Ismail, Irizal, Izat, Joanita, Noraniza Idris, Norli Idris, Rohimie, Rosli Selasih, Shasha, Yazid Idris & Yuaz - Vokal Latar
  • Bong - Bass
  • Rauna Jud - Rekabentuk
  • Mahmood - Drum
  • Koh & Vincent - Jurutera
  • Mohar & Narawi CD - Seruling
  • Man - Seruling (Serunai)
  • Eddie Marzuki - Gitar
  • Noraniza Idris, ND Lala, Narawi CD, Hairul Anuar Harun, Raja Kobat, Rosli Selasih, Nanee Surya, Adika, Sulastri Siri & Rosiah Chik - Penulis Lirik
  • Mohd Fazley - Instrumen (Jateng Utang)
  • Jerry Kamit - Instrumen (Sape)
  • Eddie Marzuki - Lute
  • Joey Lau - Jurusolek
  • Fareez, Noraniza Idris & Wong - Juruadun
  • Johari Morshiq, Kamrul, Mohd Fazley, Ramli Rebana, Rosli Selasih & Indra - Perkusi
  • Is Wow, Lan Jawahir, Rosli Selasih & Indra - Produser & Pemrogram
  • Eddie Marzuki - Penerbit, Pemrogram & Penyusun (Strings)
  • Burn - Pemrogram
  • Bard - Pengurus
  • Jason Foo - Penyelia Rakaman
  • Kuartet SRC - Kumpulan Strings
  • La Belle Design & NI Couture Malaysia - Stylist
  • S. Mohan - Tabla

Label syarikat

[sunting | sunting sumber]

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan ulasan dan laporan media massa cetak pasca-pelancaran seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, album Aura mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengkritik muzik tanah air. Keunikan utama Aura terletak pada risalah dalaman album fizikalnya, di mana Noraniza menulis secara terperinci maksud, glosari, dan latar belakang sejarah bagi setiap lagu. Perincian ini mengangkat nilai hiburan album tersebut menjadi sebuah karya yang bersifat ilmiah dan dokumentatif. Dari sudut pandang inovasi, pengamat seni memuji keberanian Noraniza melakukan dekonstruksi terhadap muzik etnik. Lagu-lagu seperti "Hala Timur" dan "Layar Battuta" dinilai sebagai bentuk evolusi yang segar kerana berjaya mengahwinkan aspek teaterikal dengan ritme tarian rakyat yang ekspresif.

Walau bagaimanapun, dari segi komersial, album ini dilaporkan mengambil masa yang agak lama untuk dihadam oleh pasaran arus perdana (mainstream) berbanding album terdahulu. Hal ini disebabkan oleh kecenderungan pendengar setia yang sudah terbiasa dengan acuan melodi ciptaan Pak Ngah yang lebih mesra radio (radio-friendly). Meskipun begitu, kualiti rakaman adunan vokal yang mantap dalam Aura sering kali diletakkan setaraf dengan album eksperimental Noraniza yang seterusnya, iaitu Sawo' Matang (2004). Pada jangka masa panjang, album ini berjaya mengukuhkan posisi Noraniza Idris dalam industri muzik Malaysia bukan sekadar sebagai penyanyi pop komersial, malah sebagai seorang "Arkeolog Budaya" dan pelopor seni pertunjukan yang komited dalam memelihara warisan seni tari dan muzik nusantara.

Kedudukan carta

[sunting | sunting sumber]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Muzik FM ERA FM HOT FM Gegar Muzik Muzik
2002 Hala Timur 12 - - 10 5
Layar Battuta 16 - - 14 7
Berendoi - - - - -
2003 Tandang Bermadah 19 - - 17 5

Maklumat tambahan

[sunting | sunting sumber]

Menerusi album ini, album ini dicalonkan ke dalam kategori Album Pop Etnik Terbaik pada penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-10 (2003). Lagu single pertama "Hala Timur" dicalonkan dalam kategori Lagu Etnik Pilihan di Anugerah Era 2003. Lagu ini juga mara berentap ke Anugerah Juara Lagu 2002 dimana beliau menampilkan persembahan megah yang konsepkan Menora/Manora khas daripada Thailand Selatan. Bahkan lagu single keempat album ini, "Tandang Bermadah" dimana mara berentap ke Anugerah Juara Lagu 2003. Namun beliau belum berjaya meraih penghargaan kategori manapun tetapi beliau tetap semangat dalam berkarya.

Anugerah Era

Tahun Penerima/Karya Tercalon Kategori Keputusan
2003 "Hala Timur" Lagu Etnik Pilihan Tercalon

Anugerah Industri Muzik

Tahun Penerima/Karya Tercalon Kategori Keputusan
2003 "Aura" Album Pop Etnik Terbaik Tercalon

Anugerah Juara Lagu

Tahun Penerima/Karya Tercalon Kategori Keputusan
2002 "Hala Timur" Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik Tercalon
2003 "Tandang Bermadah" Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik Tercalon

Sejarah keluaran

[sunting | sunting sumber]
Negara Tahun dikeluarkan Format Label
Malaysia 2002 Kaset, CD, Album, Promo Suria Records
Malaysia 2008 CD, Album, Terbitan semula
  1. Noraniza Idris - Aura (dalam bahasa Inggeris), 2002, dicapai pada 2026-06-29

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]