Lenggong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandar Lenggong
Pusat bandar Lenggong
Pusat bandar Lenggong
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
DaerahDaerah Hulu Perak
MukimBandar Lenggong
KeluasanN/A

Lenggong adalah sebuah bandar di bahagian utara negeri Perak, Malaysia yang terletak 100 kilometer dari utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan dan Banding.

Bandar Lenggong boleh dikunjungi melalui jalan utama yang menghubungkannya dengan bandar berdekatan. Jalan ke Lenggong kebanyakannya diselitupi oleh ladang sawit dan hutan rimba. Terdapat juga kegiatan peternakan seperti rusa, lembu dan kambing yang diusahakan secara kecil-kecilan dan ladang, samada milik persendirian, swasta atau kerajaan.

Terdapat juga beberapa sekolah utama di Lenggong, misalnya SMK Dato' Ahmad, Lenggong (sekolah menengah tertua di Daerah Hulu Perak); SMK Sultan Azlan Shah; SMK Tan Sri Abdul Aziz; MRSM Lenggong; serta beberapa sekolah kebangsaan, sekolah aliran Cina dan sekolah aliran Tamil.

Prasejarah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kaji purba[sunting | sunting sumber]

Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak zaman Paleolitik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak (Perak Man), rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).

Pada 2 Julai 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.[1]

Orang Perak[sunting | sunting sumber]

Jalan ke Lenggong.

Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat di Lenggong. Lokasinya yang tepat adalah di Gunung Gua Runtuh, sebuah gua tempat persemandian terakhirnya yang terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong di Ulu Perak. Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan satu ketinggian kira-kira 157 cm, yang berusia sekitar 50-an. Ia ditemui pada 1991 dan rangka tersebut telah dikenal tarikh sebagai berusia sekitar 11,000 tahun. Pada tahun 2004, satu lagi rangka telah dijumpai di Teluk Gua Kelawar di Lenggong, Perak oleh satu pasukan ahli arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kali ini ia adalah adalah 'Wanita Perak' dengan ketinggian 148 cm dan dipercayai berusia 40-an.

Perkakasan batu[sunting | sunting sumber]

Satu kawasan pengeluaran peralatan batu yang tidak diganggu di mana peralatan kerikil dihasilkan dengan menggunakan alat seperti andas dan tukul batu telah digali di tapak arkeologikal Kota Tampan. Bengkel ini bertarikh semenjak 75,000 tahun dahulu.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • P.055 LENGGONG - YB. Shamsul Anuar B. Nasarah (Barisan Nasional BN)

Dewan Undangan Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Masakan[sunting | sunting sumber]

Lenggong adalah juga masyhur kerana hidangan ikan air tawarnya. Makanan istimewa tempatan adalah pekasam, iaitu ikan yang diperap bersama garam dan beras bakar, dan biasanya diperam dalam tempayan selama dua minggu.Kebebe jugta merupakan makanan tradisi Lenggong dan Daging masak hitam turut bersal dari lenggong

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]