Pergi ke kandungan

Nafsu (drama web)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nafsu
GenreSeram, aksi, misteri
Berdasarkan daripada
Idea asal oleh:
Ditulis oleh
  • Hadi M. Nor
  • Amar Amir
  • Amin Shakib
  • Zuli Ismail
  • Azhar Amirulhisyam
PengarahSein Qudsi
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kala Tiba" oleh Marsha Milan Londoh
Lagu penutup"Kala Tiba" oleh Marsha Milan Londoh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutif
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
PenyuntingNik Johan
Lokasi
SinematografiIzzat Emir
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran50–55 minit
Syarikat penerbitan
Infinitus Productions
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal27 Jun 2024 – 18 Julai 2024
Pautan luar
Laman sesawang

Nafsu ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 arahan Sein Qudsi dengan skrip oleh Hadi M. Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail dan Azhar Amirulhisyam. Dibintangi oleh Aqasha, Kamal Adli, Azira Shafinaz, Nia Atasha dan Khayrisyah Kemal, siri ini memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu bermula 27 Jun 2024 sehingga 18 Julai 2024 dengan dua episod baharu ditayangkan setiap Khamis.[1][2][3]

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya ialah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan memgambil kesempatan, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan.

Sam juga mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, namun dia menolak kepercayaan itu kerana baginya ia merupakan satu sumpahan. Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta bantuan mencari adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara ghaib, Sam cuba membantu Dina.

Kehilangan Alia hanyalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. Bersama Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan kejadian di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Nafsu diarahkan oleh Sein Qudsi yang sebelum ini mengarahkan Black dan Hilang untuk Viu Originals. Beliau turut berkhidmat sebagai penyunting cerita.[2]

Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Batu Caves di Selangor dan Janda Baik di Pahang selama 50 hari dari November sehingga Disember 2023.[2]

Ini merupakan drama Viu Originals kedua yang dibintangi oleh Aqasha selepas Devoted, juga yang kedua dibintangi oleh Kamal Adli selepas Black dan Azira Shafinaz selepas Ijab Kabut.

Nafsu memulakan tayangan perdana di Viu bermula 27 Jun 2024 dengan dua episod baharu disiarkan setiap Khamis.[1]

Menulis untuk portal Sensasi Selebriti, Budiey menulis: "Secara keseluruhan, Nafsu adalah satu penambahan yang sangat dialu-alukan dalam senarai Viu Originals. Dengan plot yang menarik, lakonan yang hebat, dan produksi yang berkualiti tinggi, siri ini pasti akan menarik minat penonton dan mendapat tempat di hati mereka".[5]

  1. ^ a b c Untuk Infinitus Productions.
  2. ^ Untuk KL Post.
  3. ^ a b c Untuk Viu.
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t "Drama Nafsu (Viu)". My Infotaip. 27 Jun 2024. Dicapai pada 28 Jun 2024.
  2. ^ a b c "#SHOWBIZ: Reluctant hero fights deadly cult with sixth sense". NST Entertainment. New Straits Times. 27 Jun 2024. Dicapai pada 28 Jun 2024.
  3. ^ "Dah ramai 'sangkut' cerita ini... Misteri siri Viu Original Nafsu buat penonton tak senang duduk". mStar Online. 16 Julai 2024. Dicapai pada 8 September 2024.
  4. ^ Fadila Awaludin (27 Jun 2024). "[VIDEO] Alami masalah kesihatan, Azira Shafinaz simpan sendiri". Kosmo!. Dicapai pada 28 Jun 2024.
  5. ^ Budiey (5 Julai 2024). "Ulasan Drama Viu Original NAFSU, Lima Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 September 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]