Nasi goreng pattaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Nasi goreng pattaya ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Ia adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.

Nasi goreng pattaya
Nasi goreng pattaya.png
Nasi goreng pattaya di Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
JenisNasi Goreng
Tempat asalMalaysia[1][2][3]
KawasanAsia tenggara
Masakan negara yang berkaitanIndonesia, Malaysia, Dan Singapura
Bahan utamanasi, telur, ayam, sos cili, hirisan timun
di Wikibuku Buku Masakan: Nasi goreng pattaya  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Nasi goreng pattaya
Nasi goreng pattaya

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Ada sesetengah sumber mengatakan bahawa menu ini berasal atau diilhamkan dari Pattaya, Thailand. Walau bagaimanapun, namanya berbunyi Thai tetapi itu sebenarnya masakan asli dari Malaysia dan bukannya Thailand. Kemungkinan besar masakan itu diberi nama yang berbunyi Thai untuk tujuan kebaharuan atau pemasaran.

Jenis masakan[sunting | sunting sumber]

Menu ini jelas merujuk kepada penggunaan nasi goreng. Lazimnya, nasi goreng tersebut hanyalah mempunyai ramuan lazim iaitu perencah utama seperti bawang, pes rencah dan sedikit sayuran, penggunaan ayam, sotong, udang atau daging.

Walau bagaimanapun, keunikan bagi nasi goreng ini ialah nasi gorengnya dibungkus di dalam balutan telur dadar lantas memerangkap haba, aroma dan rupa nasi goreng itu sehinggalah yang memakannya memotong atau membelah telur dadar tersebut.

Kepelbagaian jenis nasi goreng ini bergantung kepada tukang masak itu sendiri.

Hidangan[sunting | sunting sumber]

Nasi goreng pattaya secara lazimnya dihidang begitu sahaja dengan sos cili yang sering membentuk tulisan di atas telur dadar itu. Namun, menjadi kebiasaan untuk nasi goreng pattaya ini dihidang bersama hirisan timun. Terdapat juga yang dihidangkan bersama beberapa racik daun selada dan hirisan tomato. Ada juga yang meletakkan sup sebagai sampingan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lester Haines (20 June 2015). "Post-pub nosh neckfiller: Nasi goreng pattaya". The Register. Dicapai pada 19 March 2018.
  2. ^ Eve O'Sullivan (8 August 2015). "Readers' recipe swap: omelette [Malaysian fried rice omelette (nasi goreng pattaya)]". The Guardian. Dicapai pada 19 March 2018.
  3. ^ "Selain Indonesia, 7 Negara Ini Juga Punya 'Nasi Goreng' yang Nikmat" (dalam bahasa Indonesia). Kumparan. 10 January 2018. Dicapai pada 19 March 2018.