Pergi ke kandungan

Nasir Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasir Ali
Kelahiran
Mohd Nasir bin Ali

(1953-01-17)17 Januari 1953
Meninggal dunia31 Oktober 2008(2008-10-31) (umur 55)
Sebab kematianpenyakit kencing manis
PekerjaanPelakon, pengarah teater
Tahun aktif1974–2008
PasanganKadariyah Yup (k. 1974–2008)
Anak-anak4

Nasir Ali atau nama penuhnya Mohd Nasir bin Ali (17 Januari 1953 – 31 Oktober 2008) adalah seorang pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif dalam teater, televisyen dan filem dan kerjaya beliau telah melangkaui hampir 3 dekad.

Nasir Ali memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater pada tahun 1974 dan Liku-Liku Hidup merupakan teater pertama lakonannya yang dipentaskan di Kompleks Budaya Negara (sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Nasir sewaktu hayatnya terkenal sebagai aktivis teater yang aktif berlakon serta mengarahkan teater, dan merupakan Presiden Grup Teater Arts Kreatif yang ditubuhkannya pada 1989. Sepanjang hidup beliau telah membintangi persada hampir ratusan drama berbanding filem. Antara teater lakonan dan arahan beliau berjudul Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back, Konvensyen Gila, Pran, Bus Stop dan Orang-Orang Kecil, selain turut berlakon filem seperti Mekanik, Hingga Hujung Nyawa dan Senario The Movie.

Sepanjang kerjaya sebagai pelakon, antara kejayaan beliau ialah pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia pada tahun 1995 dan Esah Swinger (1996). Malah, beliau juga pernah mengungguli anugerah Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada 1987 menerusi teater berjudul Pran.[1]

Graduan lulusan dari National Institute of Dramatic Art, Sydney, Australia ini pernah membuat dan mengarah pementasan di Sdyney. Antara tajuknya Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back. Selama dua tahun di sana, Nasir juga berpeluang mengadakan persembahan pentas What Is Our Lovely War di Sydney Opera House. (Neliau pernah ditawarkan kerja sebagai anak seni di Sydney namun beliau memilih Malaysia, beliau mahu berkongsi ilmu di bumi sendiri).[2]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1983 Mekanik Pengawal Keselamatan Filem pertama
1989 Tuah Penjahat Zaman Moden
1991 Bayangan Maut Penjahat II Penampilan khas
2001 Lagi-Lagi Senario Majid Pelakon undangan
2002 Anak Mami The Movie Tauke Dobi Pelakon undangan
2003 Iskandar Bapa Amira
Jutawan Fakir En. Market Singh Pelakon undangan
Mami Jarum Junior Kak Shah Rukh Pelakon undangan
2004 Hingga Hujung Nyawa Ceti Pelakon undangan
2005 Lady Boss Ahli Lembaga Pengarah 3 Pelakon undangan
Anak Mami Kembali Penjual Ikan Pelakon undangan
2006 Nana Tanjung Majikan Khairunisa Filem terakhir
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Spanar Jaya Arbaie ntv7 Sitkom, pelakon undangan
2000 Kisah Benar (Musim 18) Faizul TV3 Episod: "Fitnah"
Kisah Benar (Musim 19) Khamis Episod: "Rezeki"
2005–2006 Biarku Sentuh Cintamu Pak Jamal Pelakon undangan
2007 Dinasti Bilut TV1

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1986 Ikhtiraf TV1
2003 Pontianak Dot. Dot. Dot...2: Jibam VCD
Dendam Perempuan Mahmud
Aisah Lima Puluh Sen Astro Ria
2008 Besi Buruk Astro Prima Telefilem terakhir
  • Liku-Liku Hidup (lakonan)
  • Pran (arahan)
  • Ledak Kebangkitan (arahan)
  • Jebat
  • Orliana
  • The Three Sister
  • Mac Back
  • Konvensyen Gila
  • Bus Stop
  • Orang-Orang Kecil

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Nasir meninggal dunia kerana penyakit kencing manis di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2008.[1] Beliau meninggalkan isteri, Kadariyah Yup beserta empat orang anak dan dua cucu.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]