Hingga Hujung Nyawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Setia Hujung Nyawa.
Hingga Hujung Nyawa
Hingga hujung nyawa 02.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahA. Razak Mohaideen
PenerbitDavid Teo
Dibintangi olehErra Fazira
Edry Abdul Halim
Khatijah Tan
Abu Bakar Omar
Ismail Din
Serina Redzuawan
Farid Kamil
PengedarMetrowealth Movies Production
Mula ditayangkan
22 Julai 2004
Tempoh tayangan
89 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM1.8 juta

Hingga Hujung Nyawa ialah sebuah filem drama Malaysia 2004 arahan Abdul Razak Mohaideen. Dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry KRU,nfilem ini ialah filem pertama yang menggunakan kesan khas solekan bagi menukarkan wajah pelakon (Erra Fazira) menjadi watak seorang tua berusia 78 tahun. Kos untuk kesan khas solekan menggunakan bahan silikon ialah sebanyak RM350,000. Filem ini ditayangkan pada 22 Julai 2004.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Nora, gadis yang berasal dari keluarga miskin diterima belajar di sebuah kolej. Di sana dia bertemu dengan Kamil, seorang pemuda anak orang kaya. Kerana malu dirinya miskin, Nora berlagak seperti anak orang kaya, untuk menunjuk-nunjuk dia juga ada banyak wang tetapi kerap diminta daripada ibunya. Nora terpengaruh dengan kemewahan dan enggan mengaku asal-usulnya sebagai anak orang miskin gara-gara takut kehilangan Kamil yang kaya raya. Nora dan Kamil ahirnya berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Aniq. Pada suatu hari, Kamil mendapat tahu rahsia mengenai keluarga Nora yang sebenarnya miskin. Kamil menghalau dan memisahkannya Nora dari anak mereka Aniq, kerana terkilan dengan sikap Nora yang tidak mengaku ibu-bapanya hanya kerana mereka miskin. Akibatnya Nora mengalami tekanan mental. Walaupun begitu, Nora tabah mengharungi hidup. 50 tahun kemudian, Nora masih hidup dalam penyesalan. Anak Nora dan Kamil kini bergelar Dr. Aniq. Bagaimanakah Nora menjelaskan semua perbuatannya yang lalu apabila dia bertemu anaknya Aniq yang telah terpisah sejak sekian lama, dan dapatkah Aniq menerima kenyataan itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Erra Fazira memegang watak Nora dalam filem ini.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Wanita Terbaik Erra Fazira Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]