Bayangan Maut
Bayangan Maut | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Yusof Haslam |
Dibintangi oleh | Noorkumalasari Sabree Fadzil Ella Faizal Hussein A. Galak Yusof Haslam |
Disunting oleh | Salehan Samsudin |
Syarikat penerbitan | |
Mula ditayangkan | 1 Januari 1991 |
Tempoh tayangan | 108 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bayangan Maut[1] (juga dikenali sebagai The Shadow of Death untuk pasaran antarabangsa) ialah filem Malaysia tahun 1991 dan dibintangi oleh Noorkumalasari serta Yusof Haslam yang juga selaku pengarah filem ini. Filem ini ditayangkan pada 1 Januari 1991 dan ia merupakan filem sulung arahan Yusof terbitan Skop Productions. Ia juga merupakan satu daripada tiga filem terakhir lakonan A. Rahim sebelum meninggal dunia pada 1992. Bayangan Maut menerima dua anugerah di Festival Filem Malaysia ke-9 bagi kategori Suntingan Terbaik dan Anugerah Khas Juri dan penyertaan di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-3 di Pyongyang, Korea Utara.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
ASP Razlan, Inspektor Farah, Inspektor Razif dan Detektif Linda merupakan anggota Unit Task Force Polis Diraja Malaysia diketuai oleh Superintenden Mansor, diberi tugas untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan penyeludupan senjata api antarabangsa yang diketuai oleh Taji Samprit. Razlan seorang duda melamar Farah demi kebahagiaan anaknya tetapi Farah belum memberi kata putus. Farah juga menghadapi masalah dengan adiknya Ella, seorang penyanyi rock yang menyebabkan adiknya keluar dari rumah dan tinggal bersama Eddie, seorang anak hartawan. Hubungan Farah dan Razlan semakin erat. Mereka merancang untuk berkahwin sebaik saja kes yang dikendalikan selesai. Mereka berdua menjadi sasaran kecelakaan tidak diduga yang berlaku sebelum Razlan dan Farah berkahwin.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Yusof Haslam sebagai ASP Razlan
- Noorkumalasari sebagai Inspektor Farah
- Sabree Fadzil sebagai Inspektor Razif
- Ella sebagai Ella
- Faizal Hussein sebagai Eddie, teman lelaki Ella
- A. Rahim sebagai Jinggo, orang kanan Taji Samprit
- Sidi Oraza sebagai pengawal peribadi Taji Samprit
- Kuswadinata sebagai pengawal peribadi Taji Samprit
- A. Galak sebagai Taji Samprit
- Roslan Ahmad sebagai Superintenden Mansor
Penerbitan[sunting | sunting sumber]
Bayangan Maut merupakan filem sulung terbitan Skop Productions dan juga merupakan arahan pertama Datuk Yusof Haslam yang turut berlakon dalam filem ini. Filem ini merupakan percubaan sulung Ratu Rock Malaysia, Ella dalam bidang lakonan, Ella melakonkan watak diri sendiri sebagai adik kepada Inspektor Farah lakonan Noorkumalasari.
Filem Bayangan Maut juga ialah satu daripada tiga filem terakhir yang dibintangi oleh A. Rahim sebelum kematiannya pada 20 April 1992 akibat serangan jantung.
Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]
Bayangan Maut ditayangkan pada 1991.[2] Filemkita.com, sebuah pangkalan data filem Melayu telah menyatakan Bayangan Maut meraih jualan tiket sebanyak 1.1 juta.[2] Ia kemudian diikuti oleh kesinambungan lanjutannya, Pemburu Bayang.
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-9 | Suntingan Terbaik | Salehan Samsudin | Menang |
Anugerah Khas Juri | Yusof Haslam | Menang | |
Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-3 | Tercalon |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Bayangan Maut Movieo.
- ^ a b Bayangan Maut FilemKita.com. Diperoleh pada 1 September 2013.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Bayangan Maut di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Bayangan Maut di Cinema Malaysia