Noorkumalasari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Noor Kumalasari)
Noorkumalasari
Album-Ke Mana Kubawa Diri-Noorkumalasari.jpg
Kelahiran
Noor Kumalasari binti Mohamed Taib

(1956-04-11) 11 April 1956 (umur 67)
PekerjaanPelakon, penyanyi, peragawati
Tahun aktif1960–1998, 2016–kini
Pasangan
  • Roslan Onn (bercerai)
  • Wan Mohammad Yusof (kini)
Anak-anak4
IbuDatin Umi Kalthum
BapaDatuk S. Roomai Noor
Saudara
  • Anita Sarawak (kakak seayah)
  • Noraini Binti Jaafar (kakak seibu)
  • Muhammad Bin Jaafar (abang seibu)
  • Noor Salawati (kakak)
  • Sonadi Noor (adik)
  • Noor Latiff (adik)
  • Noor Jumaaton (adik)
  • Nurul Mukmin (adik)

NoorKumalasari (lahir Noor Kumalasari binti Mohamed Taib; 11 April 1956) merupakan salah seorang peragawati dari Malaysia sejak 1960-an, yang kemudian bergelar pelakon dan penyanyi yang terkenal pada 1970-an[nota 1] hingga 1990-an. Beliau juga merupakan anak kepada Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum.[1] Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.

Beliau telah berkahwin dengan Roslan Onn dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Abdul Qayyum.[2] Tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai 10 tahun kemudian. Pada tahun 1990 pula, beliau telah bertemu dengan Wan Mohamad Yusof dan mereka telah bernikah walaupun timbul sedikit kontroversi ketika itu.[3] Mereka juga telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.[4]

Selain berlakon dan menyanyi, beliau juga turut menjadi seorang pengacara seperti di Anugerah Juara Lagu 1987.

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ibu beliau, Datin Umi Kalthum telah mendapat ilham untuk menamakannya sebagai "Noor Kumalasari" selepas memegang watak dengan nama tersebut dalam filem "Tangisan Ibu". Ketika Umi Kalthum sedang berlakon dalam filem tersebut, beliau masih lagi di dalam kandungan. Sebenarnya, Noor telah berlakon sewaktu usianya masih kecil dalam filem "Tunang Pak Dukun" pada tahun 1960 sebagai watak sampingan. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga bersifat pendiam tetapi amat suka bersolek. Perkara itu juga yang menyebabkan beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang peragawati. Ketika di sekolah, beliau amat gemar untuk menyertai pertandingan ratu cantik dan pernah memenangi gelaran "Teen Princess" pada tahun 1974 bagi seluruh sekolah di Petaling Jaya serta gelaran "Ratu" bagi Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga secara rahsia telah menjadi peragawati sambilan tanpa memberitahu ibu bapanya. Akhirnya, perkara itu diketahui oleh ibu dan bapanya serta telah diberi kata putus samada mahu meneruskan kerjayanya di bank atau menjadi seorang peragawati secara serius.

Ternyata keputusannya tetap untuk menjadi seorang peragawati. Beliau juga telah mendapat tawaran untuk memegang watak utama sebagai "Rohayu" dalam filem Menanti Hari Esok (OST dipopularkan oleh rakan seperjuangannya, Uji Rashid yang turut membuat penampilan istimewa dalam filem yang sama). Ini merupakan satu-satunya filem di mana Noor dan Uji berkongsi skrin yang sama di zaman kegemilangan mereka- era 70an; satu kenangan manis buat peminat-peminat kedua-dua bintang lagenda bermata galak dan cantik ini. [5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Album Pelbagai[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu Popular[sunting | sunting sumber]

  • Mata
  • Selamat Pagi Sayang
  • Aku Di Sini
  • Terpikat
  • Terpedaya
  • Aku Dan Perasaan
  • Istilah Cinta
  • Lagu Dari Kamar
  • Hati Seorang Kekasih
  • Pulang Di Hari Raya

Selain menyanyi secara solo, Noor sering berduet dengan pasangan duetnya yang serasi iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Mereka juga sering muncul bersama dalam rancangan hiburan seperti Puspawarna RTM di sekitar 1980-an. Antara lagu duet mereka yang popular ialah Bimbang Terluka Lagi, Melangkah Seiringan dan sebuah lagu Inggeris bertajuk Eat It. Menariknya, lagu Eat It merupakan lagu saduran daripada lagu Beat It oleh Michael Jackson. Selain itu, liriknya diubah sedikit dan berunsur komedi.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1960 Tunang Pak Dukun Anak Lebai Din Filem ini merupakan filem pertama yang dilakonkan oleh beliau sebagai pelakon kanak-kanak.
1961 Puteri Gunong Ledang
1970 Tuah Badan
1971 Putus Sudah Kaseh Sayang Setiausaha Tuan Rostam
1975 Paper Tiger Ruby Filem Hollywood bersama David Niven
1977 Menanti Hari Esok Rohayu Filem ini merupakan filem pertama beliau sebagai watak utama.
1979 Tuan Badul Nor
Tiada Esok Bagimu Noraimy
1980 Adik Manja Cikgu Sharina
1981 Abang Mona
Mangsa
1982 Esok Untuk Siapa Jamilah/Milah
Penentuan Zuraidah
1984 Matinya Seorang Patriot Yohanis
1987 Rahsia Ramlah
Misteri Rumah Tua Salmi Filem seram ini merupakan usahasama Malaysia-Indonesia.
1990 Mira Edora Hapipah
1991 Bayangan Maut Inspektor Farah
1992 Penghujung Malam Sofia
1998 Silat Legenda Mona (suara)
2018 Arjana Ibu Ezra Filem pendek

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1974 Insaf TV1
1984 Berteduh Di Sebalik Wajahmu
1988 Primadona Noorlia Drama ini pernah ditayangkan di Indonesia
1991 Duri-duri Bahagia Andriana
1992 Pak Din K.K Sitkom
1993 Tanah Manisah TV3
2016 Rumi & Jawi Astro Prima Penampilan khas
2017 Kisah Dari Mekah Umi Kalthum Astro Oasis Episod: "Pintu No. 9"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1993 Antara Dua Bayang TV3
2017 Pintu No. 9 Masjid Nabawi Umi Kalthum Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1979 Dwi Puspa: Sudirman & Noor Kumalasari Dirinya sendiri TV1
1984 Puspawarna: Noor Kumalasari
Puspawarna: Dari Sebuah Bilik
1987 Anugerah Juara Lagu ke-2 Pengacara TV3
1994 Mikroskop Tetamu jemputan
2017 JoMovie Astro Citra
2019 Tanya Cik Man Astro Oasis
2020 Next To Neelofa (Musim 1) Astro Ria
2021 Pung Pang Rizalman (musim 2)
Melodi TV3

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Seri Angkasa[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Karya Hasil
1974 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama TV) Insaf Menang
1984 Pelakon Wanita Terbaik (Drama TV) Berteduh Di Sebalik Wajahmu Menang
1991 Duri-duri Bahagia Menang

Festival Filem Malaysia[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Karya Hasil
1980 Pelakon Wanita Terbaik Adik Manja Tercalon
1981 Abang Tercalon
1982 Penentuan Tercalon
1987 Rahsia Tercalon

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Keputusan
1987 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
1988 Tercalon
1991 Tercalon
2017 Anugerah Sepanjang Hayat Menang

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau mula aktif pada tahun 1960 sejak berlakon dalam filem Tunang Pak Dukun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Suka Bergaya Sejak Kecil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 13 September 2012.
  2. ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Memang Berbakat". Dicapai pada 29 September 2012.[pautan mati kekal]
  3. ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Cinta Sejati". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 29 September 2012.
  4. ^ Wahida Asrani (28 Mac 2008). "Noor Kumalasari: Saya bukan Ustazah..." mStar Online. Dicapai pada 29 September 2012.
  5. ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Derita Hati Ku Tanggung Sendiri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 29 September 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]