Anugerah Juara Lagu ke-2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
ke-2
Zaiton Sameon, Pemenang Anugerah Juara Lagu Edisi ke-2.
Tarikh20 Disember 1987
TempatAuditorium Besar Angkasapuri,
Kuala Lumpur
TajaanPlayer's Gold Leaf
PengacaraKarim Muhammad
Noorkumalasari
PenerbitMokhtar Abu Bakar
Ketua JuriDato' Johari Salleh
PengarahDato' Ooi Eow Jin
Tempoh Tayangan102 minit
Juara Lagu"Menaruh Harapan"
Nyanyian: Zaiton Sameon
Muzik: A. Ali
Lirik: Habsah Hassan
Sorotan
Persembahan TerbaikSudirman
("Merisik Khabar")
Penulis Lirik TerbaikHabsah Hassan
("Menaruh Harapan")

Anugerah Juara Lagu 1987 (AJL 87) adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". AJL 87 telah diadakan pada 20 Disember 1987 di Auditorium Besar Angkasapuri, RTM dan diacarakan oleh Karim Muhammad dan Noor Kumalasari. AJL 87 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan.

Senarai Finalis[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai finalis yang layak ke pentas AJL 2, mengikut giliran persembahan
Gil. Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi
1 "Mulanya Di Sini" Royston Sta Maria Syed Haron Ahmad Freedom
2 "Hadirmu" Jayaraman Ramlan Ghazali Alleycats
3 "Kerna Terpaksa" Manan Ngah Mama Juwie Francissca Peter
4 "Angan Angan" Fauzi Marzuki Habsah Hassan Skyfire[a]
5 "Mengapa Sepi Tanpa Berita" Ismail Ahmad Nawab Mama Juwie Steps
6 "Ku Pendam Sebuah Duka" Ismail Farez Lukhman S. Khadijah Ibrahim
7 "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" Ahmad Nawab Mama Juwie Shidee
8 "Memori Luka" Jeffrey Ulis Headwind
9 "Merisik Khabar" Manan Ngah Habsah Hassan Sudirman
10 "Sekeping Hati Yang Luka" Zaidin Mohd Nor Alleycats
11 "Menaruh Harapan" A. Ali Habsah Hassan Zaiton Sameon

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke-2
Anugerah Kedudukan Penyanyi Judul Lagu Komposer Penulis Lirik
Juara Lagu Juara Lagu Zaiton Sameon "Menaruh Harapan" A. Ali Habsah Hassan
Naib Juara Shidee "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" Ahmad Nawab Mama Juwie
Tempat Ketiga Francissca Peter "Kerna Terpaksa" Manan Ngah Mama Juwie & Razief
Persembahan Terbaik Tempat Pertama Sudirman "Merisik Khabar"
Tempat Kedua Zaiton Sameon "Menaruh Harapan"
Tempat Ketiga Khatijah Ibrahim "Ku Pendam Sebuah Duka"
Penulis Lirik Terbaik Habsah Hassan

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Edisi kali ini, Buat pertama kali Pengacara duduk [bermeja] mengacarakan anugerah juara lagu, diikuti pada AJL 3 1988, AJL 6 1991, AJL 7 1992.
  • Lagu "Angan-angan" telah mengalahkan lagu "Sinaran" nyanyian Sheila Majid ketika peringkat separuh akhir bulanan bulan Januari dan sejak itu, lagu nyanyian Sheila Majid tidak pernah dicalonkan lagi dalam carta muzik-muzik dan Anugerah Juara Lagu.
  • Edisi ini adalah satu-satunya penyertaan Penghibur No 1 Asia, Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad ke Pertandingan Akhir Juara Lagu dengan mempertaruhkan lagu Merisik Khabar sekaligus mendapat Persembahan Terbaik.
  • Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan menggunakan suasana yang kelam dan pemetik api sahaja.
  • Ketika persembahan dilakukan, berlaku ganguan teknikal pada persembahan Kumpulan FREEDOM dimana mikrofon kedua-dua penyanyi, Seha & Shuib tidak berfungsi dengan baik lalu mengganggu kelancaran dan mutu persembahan mereka.
  • Edisi ini juga buat pertama kali, Kategori Lirik Terbaik diperkenalkan bagi menaikkan martabat & mutu & kualiti penciptaan lirik & penulis lirik lagu, sebelum disatukan semula dengan Kategori Keseluruhan Juara Lagu pada edisi Juara Lagu 7 1992.
  • Lirik Terbaik berjaya mengiktiraf Habsah Hassan sebagai pemenang wanita pertama memenangi Juara Lagu melalui lagu Menaruh Harapan.
  • Seramai 4 Kumpulan memasuki Peringkat Akhir Juara Lagu ini, iaitu Kumpulan Alleycats dengan 2 buah lagu, Kumpulan Freedom, Kumpulan Rock Headwind & Kumpulan Steps. Kumpulan Skyfire menggantikan Raja Ema dengan Lagu Angan-Angan.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menggantikan Raja Ema.

Rujukan[sunting | sunting sumber]