Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lambang ISAF

Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) adalah satu misi keselamatan yang diketuai oleh NATO di Afghanistan. Ia diwujudkan oleh Majlis Keselamatan PBB pada 20 Disember 2001 melalui Resolusi 1386[1] sepertimana yang dibayangkan dalam Persetujuan Bonn.[2] Ia terlibat dalam Perang di Afghanistan (2001–kini).

Pada awalnya, ISAF ditugaskan untuk menyelamatkan Kabul dan kawasan sekitarnya daripada Taliban, al Qaeda dan ketua-ketua puak, bagi membolehkan penubuhan Pertadbiran Sementara Afghanistan yang diketuai oleh Hamid Karzai.[3] Pada bulan Oktober 2003, Majlis Keselamatan PBB membenarkan perluasan misi ISAF ke seluruh Afghanistan,[4] dan ISAF seterusnya mengembangkan misi menerusi empat tahap utama.[5] Sejak tahun 2006, ISAF telah terlibat dalam operasi tempur yang lebih intensif di selatan dan timur Afghanistan, satu kecenderungan yang berlanjutan sehingga tahun 2011.

Pada Januari 2009 jumlah anggotanya adalah sekitar 55,100.[6] Jumlah ini bagaimanapun telah bertambah dua kali ganda setakat 2011.[7] Terdapat askar daripada 28 negara NATO, 11 rakan dan 10 bukan-NATO / bukan-rakan,[8] Antara penyumbang anggota tentera adalah Denmark, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol, Turki, Australia, Poland dan kebanyakan anggota Kesatuan Eropah dan NATO. Kekerapan tempur yang dialami oleh setiap negara penyumbang jauh berbeza, di mana Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada mengalami kehilangan jiwa yang besar di dalam operasi-operasi tempur yang dilakukan.

Negara terbabit[sunting | sunting sumber]

  • Amerika Syarikat
  • United Kingdom
  • Jerman
  • Perancis
  • Itali
  • Kanada
  • Poland
  • Malaysia

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution 1386 S-RES-1386(2001) on 31 Mei 2001 (retrieved 2007-09-21)
  2. ^ Security Council Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Document 1154 Annex I - International Security Force page 9 in 2001
  3. ^ Official Documents System of the United Nations
  4. ^ "UNSC Resolution 1510, 13 Oktober 2003" (PDF). Dicapai pada 2010-07-05.
  5. ^ "ISAF Chronology". Nato.int. Dicapai pada 2010-07-05.
  6. ^ "Microsoft PowerPoint - JAN0912-Updated ISAF Troops Placemat.ppt" (PDF). Dicapai pada 2010-06-23.
  7. ^ "Troop Numbers & Contributions | ISAF - International Security Assistance Force". Isaf.nato.int. Dicapai pada 2011-10-15.
  8. ^ ISAF placemat 090112

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Sean M. Maloney, Enduring The Freedom: A Rogue Historian In Afghanistan.. Dulles: Potomac Books, Incorporated, 2005, ISBN 1-57488-953-2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]