Pegawai Tidak Tauliah
Pegawai Tidak Tauliah atau singkatan sebagai PTT (Bahasa Inggeris non-commissioned officer, atau singkatan NCO, bahasa basahan non-com) ialah seorang pegawai yang tidak mendapat pentauliahan.[1][2][3] Ia juga dipanggil pegawai rendah di beberapa negara. Pegawai tidak tauliah, dalam negara yang bertutur bahasa Inggeris, biasanya mendapatkan jawatan pemerintahan mereka dengan kenaikkan pangkat melalui Lain-lain pangkat.[4] Sebaliknya, pegawai bertauliah memegang pangkat yang lebih tinggi dari PTT, mendapat tanggungjawab lebih mengikut undang-undang, dibayar gaji lebih, dan selalu mendapat latihan lebih bukan ketenteraan seperti diploma universiti. Pegawai bertauliah lazimnya mendapat pentauliahan mereka dengan tanpa naik melalui lain-lain pangkat. “Mustang” ialah istilah slanga dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, merujuk kepada pegawai bertauliah yang memulakan kerjayanya sebagai seorang anggota lain-lain pangkat.
Kumpulan PTT biasanya meliputi semua gred Koperal dan Sarjan; di sesetengah negara, Pegawai Waran juga menjalankan tugas-tugas PTT. Pangkat bersamaan tentera laut meliputi beberapa atau semua gred Bintara Muda, walaupun tidak semua tentera laut mengelaskan bintara muda mereka sebagai PTT. Terdapat kelas berlainan pegawai tidak bertauliah, seperti Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (junior non-commissioned officers; JNCO) dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (senior non-commissioned officers; SNCO).
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "non-commissioned officer – definition of non-commissioned officer by Macmillan Dictionary". Macmillandictionary.com. Dicapai pada 2012-07-10.
- ^ "NCO – Definition from Longman English Dictionary Online". Ldoceonline.com. Dicapai pada 2012-07-10.
- ^ "Definition of non-commissioned – Oxford Dictionaries (British & World English)". Oxford Dictionaries. Dicapai pada 2012-07-10.
- ^ "Chambers | Free English Dictionary". Chambersharrap.co.uk. Dicapai pada 2012-07-10.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Center for Advanced Studies of the U.S. Army Noncommissioned Officer (United States)
- A Short History of the NCO (United States)
- History of noncommissioned officers (United States) Diarkibkan 2007-02-24 di Wayback Machine
- Educating Noncommissioned Officers: The history (United States)
- The United States Army Non-Commissioned officer's guide Field Manual FM7-22.7 (United States)