Pengangkutan di Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengangkutan awam di Selangor terbahagi kepada pengangkutan air, darat dan udara.

Pengangkutan air[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan air jarang digunakan kecuali untuk pergi ke destinasi pelancongan seperti Pulau Carey dan Pulau Ketam.

Pengangkutan darat[sunting | sunting sumber]

Bas dan teksi[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Bas di negeri ini disediakan oleh perkhidmatan bas Rapid KL, Metro Bus, City Liner dan Smart Selangor. Bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri ialah Bas Smart Selangor yang merupakan perkhidmatan bas pertama di Malaysia dan disediakan secara percuma tanpa perlu membayar untuk menaikinya. Manakala perkhidmatan teksi pula, boleh berhubung dengan perkhidmatan teksi di sekitar Lembah Klang seperti Grab (MyTeksi), Uber, MyCab, Zepp On dan sebagainya. Perkhidmatan teksi ini boleh membawa penumpang dari destinasi di sekitar Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur. Airport Limo Malaysia pula menawarkan perkhidmatan kereta sewa yang dibawa oleh pemandu daripada lokasi penumpang terkini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau daripada lapangan terbang tersebut ke tempat yang dikehendaki penumpang.

Kereta api, LRT dan MRT[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan kereta api komuter (penumpang) dari Bandaraya Kuala Lumpur (KL Sentral) melalui Stesen Kampung Abdullah Hukum, Petaling Jaya, Subang Jaya, Bandar Klang dan Pelabuhan Klang. Terdapat juga perkhidmatan komuter dari KL Sentral, Sungai Buloh dan Rawang. Selain itu perkhidmatan komuter dari KL Sentral, Serdang, Kajang,Bangi, Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan. Dalam hal ini juga, semua kereta api boleh berhubung dengan perkhidmatan stesen kereta api lain di Stesen KL Sentral, iaitu stesen pengangkutan moden di pusat bandar. Selangor juga boleh menggunakan perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) Rapid KL Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang.

Selain itu, bagi pengangkutan barang dan kargo KTM memberi perkhidmatan dari Bandaraya Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Pengangkutan udara[sunting | sunting sumber]

Selangor mempunyai lapangan terbang awam bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan kapal terbang. Lapangan terbang di sini juga merupakan 10 lapangan terbang yang terbaik di Asia dan 50 yang terbaik di dunia dan diikuti dengan perkhidmatan kastam oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang diiktiraf sebagai pengurusan pertama terbaik di dunia. Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan udara ini ialah Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air dan sebagainya. Antara lapangan terbang yang sedia ada di Selangor ialah:


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.