Jabatan Kastam Diraja Malaysia
![]() | Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Jabatan Kastam Diraja Malaysia | |
---|---|
![]() Lencana Kastam Diraja Malaysia | |
Singkatan | JKDM / KDRM / RMCD |
Gambaran keseluruhan agensi | |
Ditubuhkan | 1931 |
Agensi terdahulu |
|
Struktur bidang kuasa | |
Agensi negara (Bidang kuasa operasi) | Malaysia |
Bidang kuasa operasi | Malaysia |
Bidang kuasa undang-undang | Negara |
Badan pentadbir | Kerajaan Malaysia |
Struktur operasi | |
Ibu pejabat | Putrajaya, Malaysia |
Pegawai bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Kewangan Malaysia |
Laman web | |
www |
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كستم دراج مليسيا; singkatan: JKDM) ialah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. JKDM berfungsi sebagai pemungut cukai tidak langsung utama negara, memberi fasilitasi kepada perdagangan dan menguatkuasa undang-undang. Pengurusan tertinggi JKDM diterajui oleh Ketua Pengarah Kastam (Turus III) dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan/Pematuhan (Jusa A), Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri (Jusa A) dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan (Jusa B). Jabatan Kastam Diraja Malaysia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Bahagian Pematuhan, Bahagian Perkastaman, dan Bahagian Perkhidmatan Teknik.
Fungsi[sunting | sunting sumber]
- Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan, levi keuntungan luar biasa, levi kenderaan dan hasil-hasil bukan cukai.
- Memberi fasilitasi perdagangan dalam bentuk insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian telah disediakan JKDM.
- Menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001, Akta Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 dan lain lain perundangan subsidiari berkaitan.
Bidang kuasa[sunting | sunting sumber]
JKDM telah diberikan kuasa untuk menguatkuasakan Akta/Peraturan:
- Akta Kastam 1967 & Peraturan-Peraturan
- Akta Dadah Berbahaya 1952
- Akta Eksais 1976 & Peraturan-Peraturan
- Akta Cukai Jualan 2018
- Akta Cukai Perkhidmatan 2018
- Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLATFPUAA)
- Akta Zon Bebas 1990 & Peraturan-Peraturan
- Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
- Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007
- Akta Perdagangan Strategik 2010
- Larangan Mengenai Import 2017
- Larangan Mengenai Eksport 2017
- Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008
- Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
Sejarah Awal Perkastaman[sunting | sunting sumber]
Sebelum Tanah Melayu dijajah oleh Barat, sistem pentadbiran cukai telah sekian lama wujud, iaitu semenjak Kegemilangan Pemerintahan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau. Dalam era Kesultanan Melayu Melaka, pelabuhan-pelabuhan pesisir laut dan perundangan, adalah saling berkaitan dengan struktur cukai yang melibatkan pedagang-pedagang asing dan tempatan. Sepanjang tempoh tersebut, pungutan cukai dan hal-hal yang berkaitan dengan percukaian di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari (Chief of the Exchequer). Pegawai percukaian dikenali sebagai Syahbandar.
" ... the Chief of the Exchequer. (He) controlled all the revenue and Customs Officers and looked after the palace building and equipment (...Penghulu Bendahari. (Dia) Mengawal semua sumber perbendaharaan dan semua Syahbandar serta bangunan Istana dan peralatannya)".
(R.J. Wilkinson "The Malacca Sultanate". JMBRAS VOL. XIII-Pt.2, 1935, p.31)
Gelaran “Diraja”[sunting | sunting sumber]
Upacara pengurniaan penuh istiadat ini telah disempurnakan pada 29 Oktober 1963 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-3, Al-Marhum Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, melalui penyerahan Gencana Diraja kepada Ketua Pengarah Kastam yang pertama, Tuan Abdul Rahman Bin Ariffin.[petikan diperlukan]
Struktur pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Pangkat | Nama |
---|---|
Ketua Pengarah Kastam
(TURUS III) |
Kosong |
Timbalan Ketua Pengarah Kastam
(Penguatkuasaan & Pematuhan) (JUSA A) |
m.t.t. Dato' Abdullah Jaapar |
Timbalan Ketua Pengarah Kastam
(Cukai Dalam Negeri & Perkastaman) (JUSA A) |
Dato' Haji Zazuli Bin Johan |
Timbalan Ketua Pengarah Kastam
(Pengurusan) (JUSA B) |
Datuk Mohd Yunus Bin Charlie Charington |
Organisasi[sunting | sunting sumber]
Bahagian Penguatkuasaan[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Bahagian Penguatkuasaan | Penolong Ketua Pengarah Kastam JUSA B |
Cawangan Siasatan | Pengarah Kastam JUSA C |
Cawangan Risikan | Pengarah Kastam JUSA C |
Cawangan Pendakwaan, ABT dan Rayuan | N/A |
Cawangan Operasi, Marin dan Khidmat Sokongan | N/A |
Cawangan Narkotik | N/A |
Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia | Pegawai Tadbir Diplomatik JUSA C |
Cawangan Khidmat Pengurusan | N/A |
Cawangan Perkhidmatan dan Latihan | N/A |
Cawangan Pengurusan Kewangan | N/A |
Cawangan Logistik | N/A |
Cawangan Pengurusan Perolehan | N/A |
Cawangan Akaun | N/A |
Bahagian Teknologi Maklumat[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat | Pegawai Teknologi Maklumat JUSA C |
Cawangan Aplikasi (CA) | N/A |
Cawangan Infrastruktur dan Rangkaian (CI) | N/A |
Cawangan Pengurusan Kewangan | N/A |
Bahagian Perancangan Korporat[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Bahagian Perancangan Korporat | Pengarah Kastam Jusa C |
Cawangan Perancangan Strategik | N/A |
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa | N/A |
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa
(Atase Brussel) |
N/A |
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa
(Atase Beijing) |
N/A |
Cawangan Hal Ehwal & Antarabangsa
(Atase Jakarta) |
N/A |
Cawangan Perhubungan Awam | N/A |
Pusat Panggilan Kastam (CCC) | N/A |
Bahagian Perkastaman[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Bahagian Perkastaman | Pengarah Kastam Jusa C |
Cawangan Import/Eksport dan Kawalan Sempadan (IEKS) | N/A |
Cawangan Fasilitasi Perdagangan & Perindustrian (FPP) | N/A |
Cawangan Industri, Petroleum & Gas (IPG) | N/A |
Cawangan Mesin Pengimbas | N/A |
UCustoms | Pengarah Projek uCustoms Jusa C |
Bahagian Cukai Dalam Negeri[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri | Penolong Ketua Pengarah Kastam JUSA B |
Cawangan Dasar & Perlaksanaan Cukai Jualan | N/A |
Cawangan Kawalan & Pemantauan Cukai Dalam Negeri | N/A |
Cawangan Dasar & Perlaksanaan Cukai Perkhidmatan | N/A |
Cawangan Kawalan Kemudahan, Fasilitasi dan Konsultasi | N/A |
Cawangan Pengurusan & Penyelarasan Risiko | N/A |
Cawangan Pengurusan Teknikal | N/A |
Cawangan Khas SST dan Cukai Perlancongan | N/A |
Pengurusan Perakaunan Hasil | N/A |
Bahagian Cukai Dalam Negeri Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) | Pengarah Kastam Jusa C |
Pusat Pemprosesan Kastam (CPC) Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) | N/A |
Bahagian Perkhidmatan Teknik[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknik | Pengarah Kastam Jusa C |
Cawangan Pengurusan Penilaian | N/A |
Cawangan Klasifikasi, Tarif dan Gubalan | N/A |
Cawangan Dasar & Perlaksanaan Cukai Perkhidmatan | N/A |
Cawangan Perakaunan Hasil | N/A |
Cawangan Customs Verification Initiative | N/A |
Bahagian Pengurusan Pematuhan[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Bahagian Pengurusan Pematuhan | Pengarah Kastam Jusa C |
Cawangan Jaminan Kualiti Audit (CJKA) | N/A |
Cawangan Dasar dan Teknikal Audit Import & SST | N/A |
Cawangan Pendidikan Masyarakat & Pelanggan (CPMP) | N/A |
Cawangan Pengurusan Pembayar Cukai Utama (LTU) Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) | N/A |
Cawangan Audit Import & SST Zon Tengah (Unit IV Putrajaya) | N/A |
Bahagian Perundangan[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Bahagian Perundangan | Pegawai Undang-Undang Jusa C |
Pejabat Pegawai Undang-Undang | N/A |
Cawangan Integriti[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Cawangan Integriti | Pegawai Siasatan P54 |
Unit Pengesanan dan Pengesahan | N/A |
Unit Pemeriksaan dan Pematuhan Integriti | N/A |
Unit Pengukuhan Integriti | N/A |
Unit Tatatertib | N/A |
Unit Tadbir Urus | N/A |
Unit Aduan | N/A |
Cawangan Audit Kastam[sunting | sunting sumber]
Bahagian / Cawangan | Pangkat |
---|---|
Pejabat Pengarah Cawangan Audit Kastam | Juruaudit W54 |
Pengarah Kastam Zon / Negeri & Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)[sunting | sunting sumber]
Zon / Negeri / AKMAL | Pangkat | Nama Pengarah Zon / Negeri / AKMAL |
---|---|---|
Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur & KLIA) | Penolong Ketua Pengarah Kastam JUSA B | Mohammad Sabri Bin Saad |
Zon Sabah (Sabah & Labuan) | Penolong Ketua Pengarah Kastam JUSA B | Tuan Julaiman Bin Soimin |
Kedah | Pengarah Kastam Jusa C | Puan Azizah Bin Kechik |
Pulau Pinang | Pengarah Kastam Jusa C | Tuan Abdul Halim Bin Ramli |
Perak | Pengarah Kastam Jusa C | Dr. Mohamed Bin Saprin |
Melaka | Pengarah Kastam Jusa C | Puan Norlela Binti Ismail |
Kelantan | Pengarah Kastam Jusa C | Tuan Mohd Nasir Bin Deraman |
Johor | Pengarah Kastam Jusa C | Tuan Sazali Bin Mohamad |
Sarawak | Pengarah Kastam Jusa C | N/A |
Perlis | Pengarah Kastam Jusa C | Tuan Ribuan Bin Abdullah |
Negeri Sembilan | Timbalan Pengarah Kastam WK54 | Tuan Mohammad Hafiz Bin Ishak |
Terengganu | Timbalan Pengarah Kastam WK54 | Tuan Wan Jamal Abdul Salam Bin Wan Long |
Pahang | Timbalan Pengarah Kastam WK54 | Tuan Abdul Ghafar Bin Mohamad |
Pemungut Cukai Kastam Persekutuan Singapura | N/A | Tuan Mohd Fahmie Bin Hamzah |
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka | Pengarah Kastam Jusa C | Puan Nora’ini Binti Abd Khalid |
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Langkawi | N/A | N/A |
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Sarawak | N/A | N/A |
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Sabah | N/A | N/A |
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Timur (Kelantan) | N/A | N/A |
Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Selatan (Johor) | N/A | N/A |
Pangkat dan Kedudukan[sunting | sunting sumber]
# | Pangkat | Singkatan | Gred | Tanda pangkat | |
---|---|---|---|---|---|
Papan Bahu | Lencana Kolar | ||||
Penguasa Kastam | |||||
1 | Ketua Pengarah Kastam | KPK | Turus III | ||
2 | Timbalan Ketua Pengarah Kastam | TKPK | JUSA A | ||
3 | Penolong Ketua Pengarah Kastam | PENKPK | JUSA B | ||
4 | Pengarah Kastam | PK | JUSA C | ||
5 | Timbalan Pengarah Kastam | TPK | WK 54 | ||
6 | Penolong Kanan Pengarah Kastam I | PKPK I | WK 52 | ||
7 | Penolong Kanan Pengarah Kastam II | PKPK II | WK 48 | ||
8 | Penolong Pengarah Kastam | PPK | WK 44 | ||
9 | Penguasa Kastam | PAK | WK 41 | ||
Penolong Penguasa Kastam | |||||
10 | Penolong Penguasa Kastam Tinggi I | PENPAKT I | WK 40 | ||
11 | Penolong Penguasa Kastam Tinggi II | PENPAKT II | WK 36 | ||
12 | Penolong Penguasa Kastam Kanan | PENPAKK | WK 32 | ||
123 | Penolong Penguasa Kastam | PENPAK | WK 29 | ||
Pembantu Penguasa Kastam | |||||
13 | Pegawai Kastam Tinggi I | PIKT I | WK 28 | ||
14 | Pegawai Kastam Tinggi II | PIKT II | WK 26 | ||
15 | Pegawai Kastam Kanan | PIKK | WK 22 | ||
16 | Pembantu Penguasa Kastam | PIK | WK 19 |
Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA)[sunting | sunting sumber]
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menubuhkan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam atau Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA) pada tahun 2016. COBRA berfungsi sebagai penggempur dan pelindung Bahagian Penguatkuasaan JKDM, terutama dalam menangani kes berisiko tinggi berikutan peningkatan ancaman terutama kepada pegawai penguat kuasa seperti ugutan dan halangan, termasuk gangguan tonto. COBRA berpusat di JKDM HQ (Putrajaya).
Pengambilan siri pertama dilaksanakan pada tahun 2016 dengan 23 pegawai dan anggota yang berjaya menamatkan kursus asas COBRA. Manakala pengambilan siri kedua dilaksanakan pada tahun 2021 dengan 41 pegawai dan anggota yang berjaya menamatkan kursus asas COBRA. Bagi kedua-dua siri pengambilan, anggota COBRA telah menjalani latihan di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta Perak. Anggota COBRA telah didedahkan dengan pelbagai bentuk kemahiran termasuk menembak, perubatan tempur, “close quarter battle” (CQB), serbuan rumah serta bangunan dan operasi di laut (marin).
Pasukan Penguatkuasaan Penyeludupan Kastam (CCET)[sunting | sunting sumber]
Pasukan Penguatkuasaan Penyeludupan Kastam atau lebih dikenali sebagai Customs Contraband Enforcement Team (CCET) ditubuhkan pada tahun 2015 bagi memerangi jenayah penyeludupan di darat dan laut yangg berpusat di AKMAL Melaka.
CCET terlibat di dalam operasi marin di peringkat antarabangsa iaitu Operasi Patroli Laut Terkoordinasi Kastam Indonesia dan Malaysia (PATKOR KASTIMA) dan juga operasi bersama Bahagian-Bahagian lain di dalam JKDM disamping persembahan di dalam PATKOR KASTIMA, Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA), Hari Kastam Sedunia (HKS) dan lain-lain.
Anggota CCET didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam menjalankan tugas antarannya “close quarter battle” (CQB), menembak, T-Baton, seni mempertahankan diri dan sebagainya.
Unit Latihan & Pengendalian Anjing K9 Narkotik Kastam[sunting | sunting sumber]
Unit Anjing Pengesan Dadah (APD) ditubuhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah Cawangan Narkotik JKDM bagi membantu Cawangan Narkotik JKDM untuk mengesan dadah yang disembunyikan di ruangan sulit atau sukar dikesan.
Unit Marin Kastam[sunting | sunting sumber]
Menurut rekod bertulis, Unit Marin Kastam telah wujud sejak 1917 lagi. Unit Marin Kastam adalah dibawah Bahagian Penguatkuasaan dan ditubuhkan bertujuan memerangai jenayah penyeludupan di laut. Pada 20 September 2020 adalah detik cemas berbalas tembakan diantara Unit Marin JKDM dan penyeludup di Perairan Bohey Dulang, Sabah. Pasca Covid 19 ini, Unit Marin Kastam telah terlibat secara aktif di dalam Op Benteng Laut (OBL) bagi mengekang kemasukkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), barang seludup/tak berkastam dan penularan wabak Covid 19 itu sendiri.
Peralatan dan kelengkapan[sunting | sunting sumber]
Pengangkutan Marin[sunting | sunting sumber]
Bil. | Nama Bot/Kapal | Jenis Bot/Kapal | Bilangan Bot/Kapal | Kelajuan | Draft | Panjang | Enjin | Kemudi |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | Penumpas Siri 7 | Fast Patrol Craft (FPC) | Sulit | 45 knot | 0.59 m | 12 m | Sulit | Berumah, Hawa Dingin |
2. | Penumpas Siri 6 (Aluminium) | Fast Patrol Craft (FPC) | Sulit | 45 knot | 0.59 m | 12 m | Sulit | Berumah, Hawa Dingin |
3. | Penumpas Siri 5 | Fast Patrol Craft (FPC) | Sulit | 50 knot | 0.55 m | 12 m | Sulit | Terbuka |
4. | Penumpas Siri 4 | Fast Patrol Craft (FPC) | Sulit | 60 knot | 0.7 m | 13 m | Sulit | Terbuka |
5. | Penumpas Siri 3 | Fast Patrol Craft (FPC) | Sulit | 55 knot | 0.55 m | 9.50 m | Sulit | Terbuka |
6. | Perantas Siri 9 | Fast Interceptor Craft (FIC) | Sulit | 60 knot | 0.98 m | 16.5 m | Sulit | Terbuka |
7. | Perantas Siri 8 | Fast Interceptor Craft (FIC) | N/A | N/A | N/A | 15.25-16 m | N/A | N/A |
8. | Perantas Siri 7 | Fast Interceptor Craft (FIC) | N/A | N/A | N/A | 15.25 - 16 m | N/A | N/A |
9. | Pemintas | Fast Patrol Craft (FPC) | N/A | 45 knot | 0.60 m | 10.93 m | N/A | N/A |
10. | Risik | N/A | N/A | N/A | N/A | 6.5 - 9.5 m | N/A | N/A |
11. | Bahtera Jerai | Bahtera Class | Diserahkan kepada
APMM |
20 knot | N/A | 32 m | 2 Paxman Valenta 16 Diesel | Berumah, Hawa Dingin |
12. | Bahtera Juang | Bahtera Class | Diserahkan kepada
APMM |
20 knot | N/A | 32 m | 2 Paxman Valenta 16 Diesel | Berumah, Hawa Dingin |
13. | Bahtera Perak | Bahtera Class | Diserahkan
kepada APMM |
20 knot | N/A | 32 m | 2 Paxman Valenta 16 Diesel | Berumah, Hawa Dingin |
14. | Bahtera Hijau | Bahtera Class | Diserahkan kepada
APMM |
20 knot | N/A | 32 m | 2 Paxman Valenta 16 Diesel | Berumah, Hawa Dingin |
15. | Bahtera Pulai | Bahtera Class | N/A | 20 knot | N/A | 32 m | 2 Paxman Valenta 16 Diesel | Berumah, Hawa Dingin |
16. | Bahtera Bayu | Bahtera Class | Diserahkan kepada
APMM |
20 knot | N/A | 32 m | 2 Paxman Valenta 16 Diesel | Berumah, Hawa Dingin |
17. | Pembanteras Johan | Pembanteras Class | Diserahkan kepada
APMM |
N/A | N/A | 22 m | N/A | Berumah, Hawa Dingin |
18. | Pembanteras Jaguh | Pembanteras Class | N/A | N/A | N/A | 22 m | N/A | Berumah, Hawa Dingin |
19. | Pembanteras Juara | Pembanteras Class | N/A | N/A | N/A | 22 m | N/A | Berumah, Hawa Dingin |
20. | Bot Ronda | Bot Ronda | 10 Buah | N/A | N/A | 13.5 m | N/A | Berumah, Hawa Dingin |
21. | Bot Pelabuhan | Bot Pelabuhan | 2 Buah | N/A | N/A | 11 m | N/A | Berumah, Hawa Dingin |
Persenjataan[sunting | sunting sumber]
Model | Gambar | Jenis | Kaliber | Negara pembuat |
---|---|---|---|---|
Pistol | ||||
Glock 17 | Pistol | 9×19mm Parabellum | Austria | |
Glock 19 | Pistol | 9×19mm Parabellum | Austria | |
Glock 26 | Pistol | 9×19mm Parabellum | Austria | |
Glock 43 | Pistol | 9×19mm Parabellum | Austria | |
Beretta 92FS | Pistol | 9×19mm Parabellum | Itali | |
CZ P07 | Pistol | 9×19mm Parabellum | Republik Czech | |
Walther P99 | Pistol | 9×19mm Parabellum | Jerman | |
Shotgun / Pumpgun | ||||
Benelli M4 Super 90 | Semi Automatic Combat Shotgun | 12-gauge | Amerika Syarikat | |
Sub Machine Gun (SMG) | ||||
HK MP5 | Sub Machine Gun (SMG) | 9×19mm Parabellum | Jerman Turki | |
CZ Scorpion Evo 3 | Sub Machine Gun (SMG) | 9×19mm Parabellum | Republik Czech | |
Rifle | ||||
Colt M4 Carbine | Assault Rifle | 5.56×45mm NATO | Amerika Syarikat | |
General Purpose Machine Gun (GPMG) / Long Machine Gun | ||||
N/A | General Purpose Machine Gun (GPMG) | 7.62×51mm NATO | N/A | |
N/A | Long Machine Gun | 7.62×51mm NATO | N/A |
Pangkalan Kastam Marin[sunting | sunting sumber]
Bil. | Pangkalan Kastam Marin | Negeri |
---|---|---|
1. | Kastam Marin Kuala Perlis | Perlis |
2. | Kastam Marin Langkawi | Kedah |
3. | Kastam Marin Tanjung Dawai | Kedah |
4. | Kastam Marin Weld Quay | Pulau Pinang |
5. | Kastam Marin Lumut | Perak |
6. | Kastam Marin Port Klang | Selangor |
7. | Kastam Marin Lukut | Negeri Sembilan |
8. | Kastam Marin Banda Hilir | Melaka |
9. | Kastam Marin Sungai Pulai | Johor |
10. | Kastam Marin Tanjung Surat | Johor |
11. | Kastam Marin Mersing | Johor |
12. | Kastam Marin Muar | Johor |
13. | Kastam Marin Kuantan | Pahang |
14. | Kastam Marin Tanjung Gemuk | Pahang |
15. | Kastam Marin Kemaman | Terengganu |
16. | Kastam Marin Kuala Terengganu | Terengganu |
17. | Kastam Marin Pengkalan Kubor | Kelantan |
18. | Kastam Marin Muara Tebas Kuching | Sarawak |
19. | Kastam Marin Bintulu | Sarawak |
20. | Kastam Marin Limbang | Sarawak |
21. | Kastam Marin Lawas | Sarawak |
22. | Kastam Marin Labuan | WP. Labuan |
23. | Kastam Marin Kota Kinabalu | Sabah |
24. | Kastam Marin Sandakan | Sabah |
25. | Kastam Marin Lahad Datu | Sabah |
26. | Kastam Marin Mempakul | Sabah |
27. | Kastam Marin Tawau | Sabah |
Lapang sasar[sunting | sunting sumber]
Lapang Sasar | Jenis Lapang Sasar | Lokasi | Tarikh Dirasmikan | Perasmi |
---|---|---|---|---|
Lapang Sasar Dato' Sri Subromaniam (Lapang Sasar DSS) | Terbuka (Outdoor) | Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka | 02.11.2017 | Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah, |
Lapang Sasar Tan Sri Mohd Zuki Ali | Tertutup (Indoor) | Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat (Putrajaya/Dengkil) | 11.04.2021 | Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali |
Setem Cukai Rokok dan Minuman Keras[sunting | sunting sumber]
Menerusi Bajet 2004 kerajaan telah mencadangkan kaedah penggunaan setem cukai (2004-2025) dan dakwat keselamatan (ditamatkan pada tahun 2016) yang mempunyai ciri-ciri keselamatan mengikut piawaian antarabangsa bagi minuman keras dan rokok.
Pelaksanaan penggunaan setem cukai dikenakan ke atas :
- Rokok yang di IMPORT.
- Minuman Keras yang di IMPORT.
- Rokok yang dikilang DALAM NEGERI.
- Minuman Keras yang dikilang dan dibotol DALAM NEGERI (kecuali bir dan stout yang dikeluarkan oleh kilang Guinness Anchor Bhd [Heineken Malaysia Bhd.], Carlsberg Brewery Malaysia Bhd dan Napex Brewery Sdn Bhd)
Sistem Semakan Ketulenan Setem Cukai[sunting | sunting sumber]
Ketulenan setem cukai (rokok dan minuman keras) boleh disemak menggunakan telefon pintar oleh orang awam / pembeli / penjual melalui sistem yang dibangunkan oleh JKDM/pembekal:
Bil. | Nama Sistem | Android / IOS | Tahun |
---|---|---|---|
1. | JKDM2U | Google Play / App Store | 2018 |
2. | V3 Check | Google Play / App Store | 2020 |
3. | Setem Cukai | Google Play / App Store | 2022 |
Setem Cukai Minuman Keras[sunting | sunting sumber]
Tahun (Tempoh) | Pembekal |
---|---|
2004-2005 | Nova Satra Holding / De La Reu |
2005-2009 | Cam Industries Sdn Bhd |
2009-2015 | Lembah Sari Sdn Bhd |
2015-2020 | Lembah Sari Sdn Bhd |
2020-2025 | Lembah Sari Sdn Bhd |
Setem Cukai Rokok[sunting | sunting sumber]
Tahun (Tempoh) | Pembekal |
---|---|
2004-2009 | Liberal Technolgy Sdn Bhd |
2009-2014 | Lembah Sari Sdn Bhd |
2014-2020 | Lembah Sari Sdn Bhd |
2020-2025 | Lembah Sari Sdn Bhd |
Dakwat Keselamatan Rokok Tempatan[sunting | sunting sumber]
Tahun (Tempoh) | Pembekal |
---|---|
2004-2009 | Kod Efisien Sdn Bhd / SICPA Holding S.A. Switzerland |
2009-2014
2014-2016 |
Lembah Sari Sdn Bhd
*01.10.2016 tukar kepada Setem Cukai Rokok |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Polis Diraja Malaysia
- Jabatan Imigresen Malaysia
- Jabatan Pengangkutan Jalan
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia