Penne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Penne
Pennelisce closeup.png
Penne lisce berpermukaan licin
JenisPasta
Tempat asalItali
VariasiPenne lisce, penne rigate, pennoni, mostaccioli
di Wikibuku Buku Masakan: Penne  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Penne

Penne [ˈpenːe, pén-né] ialah sejenis pasta picitan berbentuk silinder di mana kedua-dua hujungnya meruncing; nama pasta datang daripada nama bahasa Latin penna (yang bermaksud "bulu pelepah") menggambarkan rupanya seumpama rekaan mata pena dakwat yang ada pada ketika itu.[1]

Pasta ini sangat digemari kerana bentuknya yang mampu menakung kuah masakan (termasuk pesto, marinara atau arrabbiata) .[2]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasta ini mula diciptakan tahun 1865 di San Martino d'Albaro, Genoa oleh seorang pengilang bernama Giovanni Battista Capurro; beliau mematenkan suat mesin tekan yang mampu memotong batang-batang pasta keras kepada bentuk runcing tanpa mematahkannya dalam panjang 1 inci (3 sentimeter - mezze penne "pena separa") dan 2 inci (5 sm - penne "pena").[1][3]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis penne yang lazim dihasilkan di Itali:

  • "penne lisce"  – berpermukaan licin
  • "penne rigate"  – beralur.

Pasta ini juga didapati dalam bentuk lebih lebar seperti pennoni ("pena besar")[4] ataupun lebih bersaiz besar seperti mostaccioli [mo-sta-cio-li, "misai kecil"].[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Penne? In origine erano con lo zafferano". Welovepasta.it. 28 June 2017. Dicapai pada 7 January 2019.
  2. ^ Giorgioni, Livio (2002). La grande abbuffata : percorsi cinematografici fra trame e ricette. Pontiggia, Federico, 1978-, Ronconi, Marco, 1972-. Cantalupa (Torino): Effatà. m/s. 25. ISBN 9788874020225. OCLC 50875311.
  3. ^ "Mezze Penne Rigate n° 141 Integrali - Pasta De Cecco". Dececco.com. Dicapai pada 7 January 2019.
  4. ^ "Pasta Shapes". Thenibble.com. Dicapai pada 2013-02-21.
  5. ^ "Creamette - Our Products - Mostaccioli Rigati". Pasta-products-creamette.newworldpasta.com. Diarkib daripada yang asal pada 2012-05-09. Dicapai pada 2013-02-21.