Penyakit Asbestosis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penyakit Asbestosis adalah keadaan dari segi perubatan, keradangan teruk pada parenchyma, tisu biologi bagi paru-paru. Ia disebabkan oleh penghiduan teruk (kronik) gentian asbestos. Orang yang pekerjaan terdedah kepada perlombongan, penghasilan, mengendali atau menyingkirkan asbestos berisiko mengidap asbestosis.

Terdapat peningkatan risiko penyakit Barah Paru-paru dan penyakit Mesothelioma berkait dengan asbestosis. Risiko ini berkait dengan jumlah keseluruhan dos penerimaan asbestos dan tempoh pendedahan asbestos. [1] Pendedahan kepada bentuk crocidolite dalam kebanyakan bentuk adalah paling sering dikaitkan dengan mesothelioma antara empat jenis asbestos. Mesothelioma biasanya berlaku selepas 20-40 tahun selepas terdedah kepada asbestos dan mempunyai peluang yang tipis, dengan kebanyakan pesakit meninggal selepas 2-4 tahun diagnosis..[2]

Penghiduan gentian asbestos mendorong kepada pembentukan alveolar dan interstitial fibrosis pada tisu paru-paru. Ini membawa kepada pengurangan kapasiti paru-paru dan kesulitan, membawa kepada pengurangan pertukaran gas..

Tanda-tanda utama asbestosis merupakan permulaan perlahan, menyakitkan dengan sesak nafas apabila bekerja kuat. Dalam kes teruk, kes lewat, ini membawa kepada kegagalan pernafasan. Batuk bukannyaCough simptom biasa kecuali pesakit dijangkiti oleh penyakit saluran pernafasan yang lain.

Diagnosis asbestosis kebanyakannya bergantung kepada pengambilan sejarah klinikal yang baik dan tepat. Pendedahan pekerjaan kepada asbestosis adalah penting kepada diagnosis. Diagnosis histopathologikal biasanya tidak diperlukan untuk pengurusan pesakit tetapi boleh digunakan untuk mengesahkan diagnosis bagi post-mortem.

Penghalangan asbestosis membabitkan mengenal-pasti risiko pendedahan kepada asbestos dan berlindung daripada habuk dan menghidu bahan asbestos di tempat pekerjaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

    • Asbestosis: A Medical Dictionary, Bibliography, And Annotated Research Guide To Internet References. San Diego, Calif: Icon Health Publications. 2004. ISBN 0-597-84339-2. 
    • Guidotti TL, Miller A, Christiani D, et al. Diagnosis and Initial Management of Nonmalignant Diseases Related to Asbestos. Official Statement of the American Thoracic Society. Am J Respir Crit Care Med 2004; 170: 691-715.