Perempuan Itu (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Perempuan Itu
Genre
Ditulis olehErma Fatima
PengarahAin Sharif[1]
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asalApril 2022

Perempuan Itu ialah sebuah drama arahan Ain Sharif yang dijangka bakal ditayangkan pada April 2022.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan Mac 2022, drama ini mendapat tentangan meluas tatkala pelakon Zul Ariffin mengepos satu adegannya dengan Siti Hariesa di laman Instagram-nya. Babak itu melibatkan Siti dan Zul saling berpelukan dalam gaya yang menonjol serta aksi Siti menyuap krim putar kepada Zul, sejurus menerbitkan amarah orang ramai oleh kerana babak yang disifatkan keterlaluan dan lucah.[2] Selain itu, babak itu menerima selaran para agamawan Islam kerana bertentangan dengan norma tempatan, dengan tambahan bahawa drama itu dijangka bakal bersiaran pada bulan Ramadhan al-mubarak.[3][4] Sementara itu, ada yang lebih bersifat menerima adegan itu dengan asas keterbukaan minda dan pendidikan seksual .[1]golongan ini dikenali sebagai liberal ekstrim

Dalam hal ini, pihak TV3 menyatakan bahawa babak itu tidak disangka mereka, dan tidak pernah diberi kelulusan.[5] Susulan itu, Zul dipanggil pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi tujuan siasatan berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.[6] Zul juga meminta maaf atas isu itu.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Leong, Adeline (19 Mac 2022). ""It's Disgusting!" Netizens Find Local Drama 'Perempuan Itu' Too Steamy For Ramadan Month". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2022.
  2. ^ Sazali, Nur Emira (19 Mac 2022). "Ramai 'terbeliak mata' tengok aksi panas Zul Ariffin". Kosmo!. Dicapai pada 19 Mac 2022.
  3. ^ "Batalkan tayangan drama 'Perempuan Itu'". Harakahdaily. 19 Mac 2022. Dicapai pada 19 Mac 2022.
  4. ^ Ahmad, Idris (19 Mac 2022). "Hela nafas panjang saya". Harakahdaily. Dicapai pada 19 Mac 2022.
  5. ^ Mahmud, Farihad Shalla (19 Mac 2022). "TV3 pandang serius isu klip video aksi drama Perempuan Itu tular". Berita Harian. Dicapai pada 19 Mac 2022.
  6. ^ "Zul Ariffin hadir ke SKMM". Astro Awani. 22 Mac 2022. Dicapai pada 25 Mac 2022.
  7. ^ Hadi, Farol (22 Mac 2022). "Zul Ariffin hadir ke SKMM, dua jam beri keterangan isu klip aksi ghairah". MStar. Dicapai pada 25 Mac 2022.