Eman Manan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Eman Manan
KelahiranAbdul Manan bin Embong
(1958-01-01) 1 Januari 1958 (umur 61)
Kuala Terengganu, Terengganu, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, Pengarah
Tahun aktif1981–kini
PasanganFauziah Ahmad Daud (k. 1990; c. 2003)

Abdul Manan bin Embong atau lebih dikenali sebagai Eman Manan (lahir 1 Januari 1958) merupakan seorang pelakon Malaysia, terkenal melalui peranan lakonan di televisyen dan filem. Beliau telah lapan kali tercalon untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan menang tiga kali daripadanya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pelakon Ogy Ahmad Daud pada 23 Disember 1990, perkahwinan mereka mendapat liputan meluas daripada media ketika itu. Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pertama kali memijakkan kakinya dalam bidang lakonan pada 1981 menerusi filem Tsu Feh Sofiah arahan Datuk Rahim Razali ketika beliau berusia 23 tahun. Beliau meneruskan rentetan kerjasama bersama Rahim menerusi dua lagi filem, Matinya Seorang Patriot (1984) dan Puteri (1987).

Pada tahun 1990, Eman membintangi drama pertamanya ialah Marlia. Lapan tahun kemudian, beliau berlakon di samping Rosyam Nor (kini Datuk) dan Nina Juren (kini Datin) menerusi filem Lenjan, arahan Ismail Yaacob. Menerusi watak Amir, beliau berjaya menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 1998.[2]

Eman paling dikenali menerusi gandingannya bersama Betty Banafe dalam filem drama Buai Laju-Laju arahan U-Wei Hj Saari yang ditayangkan pada 9 September 2004. Persembahannya dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1981 Tsu Feh Sofiah Datuk Haji Rahim Razali Filem pertama
1984 Matinya Seorang Patriot Saiful
1987 Puteri Iskandar
Bayangan Cinta Abdi Winoyo
Ahmad Ibrahim
Filem Indonesia
1988 Yassin Yassin Kamarul Ariffin
1990 Rentak Desa Mat Desa Datuk Haji Rahim Razali
1991 Bintang Malam Yazid Adman Salleh
1992 Syahadat Farouk Dzed Zahidin
1993 Ops Belantara Johan Rodzee Razak
1994 Femina Pyan Aziz M. Osman
1998 Lenjan Amir Ismail Yaacob
2004 Buai Laju-Laju Amran U-Wei Hj Saari
2005 Kemarau Cinta Zaman Meor Hashim Manap
2007 Haru Biru Abang Kechik Shadan Hashim Pelakon undangan
2008 Wayang Tok Dalang Awang Lah Hatta Azad Khan
2011 Karipap-Karipap Cinta Dato' Razali Bunari Othman Hafsham
2014 Laga Seman Ismail Yaacob
TBA Dimensi Cinta Eddie Pak Dibatalkan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990 Marlia
1994 Dunia Punya Cerita TV3
1998 Keris Hitam Bersepuh Emas Bitara TV1
2008 Lara Rindu Mahsuri TV3
2011 Tahajjud Cinta Ustaz Shauki
2012 Masihkah Ada Ramadan Ibrahim Astro Prima
2013 Jihad Iskandar Iskandar Astro Maya HD
2016 Kerambit Rahman TV2

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1994 Cinta Buta
2003 Suri Rumah Adi Terus ke video
Orang Kasar Murad Terus ke video
Putar Alam
2008 Ana Nak Susu Rahmat Astro Ria
Ombak Laut China Selatan Murad
2011 Taubah TV1
Parit Jawa Arman Astro Citra
Pak Ngah Haji Omar Pak Ngah Haji Omar TV AlHijrah
Janji Syurga Andak Astro Oasis
2012 Kabus
Rahmat... Ana Nak Susu Rahmat
Parut Ashikin Ustaz Muas Astro Citra
2014 Kata Samseng TV2
2015 Kasyaf TV1
Pak Din Morris Pak Din
Nasi Ayam Duda Sani TV2
2016 Epok Pak Din TV3
Batas Deraman TV2
Munajat Suci Tuan Syed Ali Astro Maya HD
Terputusnya Sebuah Doa Qamar Astro Ria
2017 Rantai Husin TV2
Kismet Shahrom TV3
The Berlian Job J Astro Mustika HD
Srengenge Imam Hamad TV1
Kasih Seorang Ayah Pak Yusuf TV3

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1984 Festival Filem Malaysia ke-5 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
1987 Festival Filem Malaysia ke-7 Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
1988 Festival Filem Malaysia ke-8 Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
1992 Festival Filem Malaysia ke-10 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
1994 Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
1998 Festival Filem Malaysia ke-14 Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
2004 Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
Anugerah Skrin 2008 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Lelaki Terbaik Drama Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanya Ogy isteri saya Utusan Malaysia (13 November 2010). Dicapai pada 23 Jun 2011.
  2. ^ A. Wahab Hamzah (3 Julai 1998). Lenjan filem saspens yang menarik Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2010.
  3. ^ Muzlina Abu Bakar (7 Ogos 2004). Buai Laju-laju Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Ogos 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]