Perencat asid nukleik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ilustrasi penghasilan DNA, RNA dan protein. Dua yang pertama ialah asid nukleik.

Perencat asid nukleik ialah sejenis antibakteria yang bertindakn dengan merencat penghasilan asid nukleik. Ada dua kelas utama: perencat DNA dan RNA.[1] Selain antibakteria, flusitosina, sejenis ubat antikulat, juga bertindak dengan cara yang serupa.

Perencat DNA[sunting | sunting sumber]

Perencat DNA klasik seperti kuinolon bertindak terhadap girase DNA sebagai perencat topoisomerase.[2] Sekumpulan lagi perencat DNA termasuk nitrofurantoin dan metronidazola bertindak terhadap bakteria anaerob.[3] Ubat-ubat ini bertindak dengan menghasilkan metabolit yang digandingkan dengan untaian DNA lalu menjadi lebih cenderung rosak.[4]

Perencat RNA[sunting | sunting sumber]

Perencat RNA seperti rifampin bertindak terhadap polimerasi RNA bergantungan DNA.[5]

Antifolat[sunting | sunting sumber]

Antifolat bertindak secara utamanya sebagai perencat RNA serta DNA, dan biasanya disenaraikan bersama dengan perencat asid nukleik dalam buku teks. Namun begitu, ia juga bertindak secara tidak terus sebagai perencat sintesis protein (kerana tetrahidrofolat juga bertindak dalam sintesis asid amino serina dan metionina), dan oleh itu, kadangkala diasingkan dengan kategori tersendiri: antimetabolit.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Antibiotics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-18. Dicapai pada 2009-10-05.
  2. ^ Gupta (2009). Clinical Ophthalmology: Contemporary Perspectives, 9/e. Elsevier India. m/s. 112–. ISBN 978-81-312-1680-4. Dicapai pada 20 September 2010.
  3. ^ Ralph, E. D. (1978). "The bactericidal activity of nitrofurantoin and metronidazole against anaerobic bacteria". The Journal of Antimicrobial Chemotherapy. 4 (2): 177–184. doi:10.1093/jac/4.2.177. PMID 25874.
  4. ^ P. Denyer, Stephen; Hodges, Norman A.; P. Gorman, Sean (2004). Hugo and Russell's pharmaceutical microbiology. Oxford: Blackwell Science. m/s. 215. ISBN 0-632-06467-6.
  5. ^ Calvori, C.; Frontali, L.; Leoni, L.; Tecce, G. (1965). "Effect of rifamycin on protein synthesis". Nature. 207 (995): 417–8. Bibcode:1965Natur.207..417C. doi:10.1038/207417a0. PMID 4957347. S2CID 4144738.
  6. ^ "BSCI 424 Pathogenic Microbiology -- Mechanisms of Antibiotic Action and Resistance".