Perhimpunan haram Masjid Negara 1999

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perhimpunan haram Masjid Negara 1999 telah diadakan di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur antara jam 1.30 petang hingga 5.13 petang pada 19 September 1999. Mereka yang hadir berpendapat mereka mempunyai hak untuk berhimpun . Ramai daripada mereka memakai kain lilit kepala.[1] Perhimpunan ini cukup signifikan kerana Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 akan diadakan pada 29 November 1999.

Racun arsenik[sunting | sunting sumber]

Mereka berhimpun berhubung dakwaan kononnya bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim diracun dengan arsenik sewaktu dalam tahanan polis 1999.[2] Kononnya , ahli pathologi di Melbourne, Australia telah menguji sampel air kencing Anwar dan mengesahkan mengandungi racun arsenik pada tahap 77 kali ganda lebih dari paras selamat. Berat badan Anwar turun dengan banyaknya , muka cengkung, rambut gugur, kepala sakit dan kulit kekeringan .[3]

Tangkapan[sunting | sunting sumber]

Datuk Mohd Bakri Zinin selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah menangkap 27 orang yang menyertai perhimpunan tanpa permit polis . Mereka ialah :

  1. Tian Chua (Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Batu)
  2. Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai)
  3. Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak)
  4. Sivarasa K. Rasiah (PKR-Subang)
  5. N Gobalakrishnan, iaitu Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR.
  6. Bekas Ketua Pemuda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Nor
  7. Hishamuddin Rais - bekas aktivis pelajar , kolumnis Malaysiakini.
  8. Ruslan Kassim
  9. Lokman Noor Adam
  10. Hanafiah Man
  11. Dr Badrul Amin Bahron

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 , mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 27 (8) akta yang sama yang membawa hukuman penjara setahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bebas tanpa syarat[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Februari 2010, Mahkamah Majistret melepaskan dan membebaskan 27 orang termasuk lima ahli Parlimen pembangkang yang penyertai perhimpunan.Majistret Nurhafizza Sauni tidak dapat menerima ketidakhadiran saksi , termasuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin, yang ketika itu menjadi Ketua Polis Daerah Dang Wangi waktu itu.Mahkamah tidak dapat menerima alasan bahawa sepina tidak dapat disempurnakan memandangkan kesemua mereka bertugas di sekitar Kuala Lumpur. Pegawai penyiasat sepatutnya hadir di mahkamah untuk menjelaskan usaha yang dibuat oleh pihak polis dalam menyempurnakan sepina.

Kes ini pernah dibicarakan oleh 6 majistret berlainan dalam tempoh 11 tahun. Lima pendakwa raya terlibat.

Asalnya 0 orang telah ditahan. Tetapi dua orang telah meninggal dunia . Seorang lagi mengaku bersalah.[4]

Peguam bela mereka ialah J. Chandra, Datuk C V Prabakaran, Hasnal Rezua Merican, Abdul Kadir Ismail dan Latheefa Koya.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]