Lokman Noor Adam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lokman Noor Adam

DIMP (Pahang)
Lokman Noor Adam.jpg
Butiran peribadi
Lahir (1973-01-01) 1 Januari 1973 (umur 49)
Batu Pahat. Johor, Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat logo.svg (1999-2004)
Barisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg (1991-1998) (2006-2020)(2021-Kini)
PendidikanUniversiti Tun Abdul Razak Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam
PekerjaanAhli Politik
Laman web rasmiwww.lokmanadam.com

Dato' Lokman Noor bin Adam merupakan ahli UMNO. Pada 15 Julai 2021, beliau dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, setelah didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi utama Amhari Efendi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.[1][2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Dilucutkan Keahlian UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Januari 2020, 7 Pemimpin Pemuda UMNO bahagian telah membuat aduan dan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO serta mendesak agar Ahli Majlis Tertinggi parti itu Lokman Noor Adam disiasat kerana melanggar disiplin parti.

Mereka mendakwa Lokman sebagai ahli dan juga Ahli Majlis Tertinggi Umno telah melanggar disiplin parti kerana mempertikai keputusan yang dibuat pimpinan berhubung siasatan lembaga disiplin terhadap bekas Naib Presiden Hishammuddin Hussein.

Selain kes berkaitan Hishammuddin dan kritikan terhadap Zahid, Alfie dan tujuh pengadu lain turut mengadu beberapa kenyataan Lokman mengkritik timbalan presiden Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki secara terbuka.

tujuh pemimpin Pemuda UMNO yang membuat aduan adalah:

  1. Shah Zanuriman Nuar Paras Khan - Ketua Pemuda UMNO Selayang
  2. Mohd Alfie Zainal Abidin - Ketua Pemuda UMNO Subang
  3. Zulkifli Rajalie - Ketua Pemuda UMNO Ampang
  4. Ahmad Feardaus Daud - Ketua Pemuda UMNO Gombak
  5. Mohamad Syahir Mohd Yusof - Ketua Pemuda UMNO Hulu Langat
  6. Ashrul Ashryzad Mohd Nashri - Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak
  7. Mohd Khairul Nizam Mohd Isa - Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang

Selain tujuh ketua pemuda ini, seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Subang, Izzat Zabir Sarif turut membuat aduan yang sama.[3]

Pada 7 Februari 2020, Majlis Tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan berkenaan pemecatan dari Majlis Tertinggi UMNO dan menggugurkan keahliannya.[4] Pada 30 September 2021, permohonan Lokman untuk menyertai kembali UMNO diterima oleh parti.[5][6]

Skandal 1MDB[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Julai 2021, Lokman dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.[7][8][9]

Pada 29 September 2022, pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman lebih berat terhadap Lokman.[10][11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lokman Noor Adam dipenjara sebulan hina mahkamah
  2. ^ Lokman Adam dipenjara sebulan kerana hina mahkamah
  3. ^ Pemimpin Pemuda UMNO desak Lembaga Disiplin siasat Lokman Adam| 2 Januari 2020 | Astro Awani |https://www.astroawani.com/berita-politik/pemimpin-pemuda-umno-desak-lembaga-disiplin-siasat-lokman-adam-226983
  4. ^ Umno pecat Lokman Adam | 7 Februari 2020| Malaysiakini | https://www.malaysiakini.com/news/510020
  5. ^ "Permohonan Lokman Adam jadi ahli diterima". Berita Harian. 30 September 2021. Dicapai pada 15 November 2021.
  6. ^ "Terima semula Lokman Adam sebagai ahli UMNO proses biasa". Sinar Harian. 30 September 2021. Dicapai pada 15 November 2021.
  7. ^ Lokman Noor Adam dipenjara sebulan
  8. ^ Lokman Adam dipenjara sebulan kerana mengugut saksi kes 1MDB
  9. ^ Ugut saksi kes 1MDB: Lokman Adam dipenjara satu bulan
  10. ^ Pendakwa rayu tempoh penjara lebih lama terhadap Lokman Adam
  11. ^ AGC mohon Lokman Adam dipenjara lebih lama