Mohd Hatta Ramli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat

Dr. Mohd Hatta Ramli
P031-K.KRAI.jpg

Bendahari Agung PAS

Ahli Parlimen
untuk P31 Kuala Kerai, Kelantan
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008
Didahului oleh Mohd. Razali Che Mamat (BN)
Majoriti 4,984

Lahir 11 September 1956
Sitiawan, Perak
Parti politik Parti Amanah Negara
Pasangan Dr. Kalsom bte Maskon
Anak 7 orang
Pekerjaan Ahli Parlimen
Agama Islam
Laman web Laman Blogspot Dr. Hatta

Yang Berhormat Dr Mohd Hatta Ramli adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional. Beliau menyertai Parti Amanah Negara (PAN) pada 16 Mei 2015 membentuk komposisi baharu di dalam Parlimen melalui Pakatan Harapan selepas Parti Islam SeMalaysia (PAS) keluar dari Pakatan Rakyat dan membentuk kumpulan pembangkang yang ketiga, Gagasan Sejahtera.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Menerima pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian belajar jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Kesihatan di Universiti Nasional Singapura.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 11 September 1956 di Sitiawan, negeri Perak. Beliau adalah anak ke-7 dari 8 orang adik-beradik. Ibunya Arga’ayah Mat Rawi.

Beliau berkahwin dengan Dr Kalsom Maskon dan dikurniakan dengan 7 orang anak.

Kerjaya dan politik[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal beliau menjadi Pegawai Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kemudian bertugas sebagai Pegawai kesihatan di Hospital Muar, Johor. Seterusnya sebagai Pegawai Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan UKM.
  • Presiden Persatuan Perubatan Islam 1996-1998
  • Setiausaha Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam 1996-1998
  • Naib Pengerusi PIBG MCKK 1994-1996
  • Pengerusi PIBG Sek Tun Fatimah 2000-2002
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 1991
  • Bantuan kemanusiaan ke Afghanistan 2001
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 2003
  • Bantuan kemanusiaan ke Aceh 2005
  • Bantuan kemanusiaan ke Pakistan 2005
  • Pemantau Pilihan Raya Timor Timur
  • Pemantau Pilihan Raya Indonesia 1998, 2004
  • Misi pemantau ke Selatan Filipina
  • Pasukan Perubatan Haji 1989, 1990, 1992
  • Pakar Rujuk UNICEF ke Korea Utara, 1993
  • Persidangan Hepatitis B, Cameroon, Afrika Barat, 1991
  • Persidangan Hepatitis B, Geneva Switzerland, 1989
  • Setiausaha Politik mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Doktor Peribadi mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Exco Pemuda PAS Pusat
  • Ketua Pemuda PAS Selangor
  • Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor
  • YDP PAS Gombak
  • AJK PAS Pusat
  • Bendahari PAS Pusat, YDP PAS Gombak[1]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon Barisan Nasional - UMNO, Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar dengan majoriti sebanyak 4,984 undi. Beliau memperolehi 23,562 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,578 undi.

Isu-isu[sunting | sunting sumber]

  • Pada 26 Januari 2008, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Dr Hatta Ramli dan lain-lain dari menyertai perhimpunan NGO Protes di KLCC.
  • Dr Hatta Ramli pernah mencadangkan agar tanaman tembakau yang banyak diusahakan oleh penduduk di Kelantan perlu ditukar dengan tanaman alternatif lain yang lebih menguntungkan. Ini kerana menghisap rokok telah difatwakan sebagai haram di Malaysia kerana boleh menjejaskan kesihatan jantung para perokok aktif dan perokok pasif.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Mustafa Ali dilantik Setiausaha Utusan Malaysia Online - Politik. 12 Jun 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]