Pilihan raya kecil Batu Sapi 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pilihan raya kecil Batu Sapi 2020

← 2018 Ditangguhkan
  WARISAN BEBAS
Parti WARISAN Bebas

Penjawat kini MP

Liew Vui Keong
WARISAN



Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi 2020 merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 selepas Pilihan raya umum Malaysia ke-14. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya yang pertama yang diadakan selepas Pilihan raya negeri Sabah 2020. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru[1]. Pilihan raya kecil ini pada asalnya berlangsung pada 5 Disember 2020, tetapi ditangguhkan atas perintah darurat oleh perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 18 November untuk mengelakkan penyebaran pandemik COVID-19 di kawasan Batu Sapi.

Situasi[sunting | sunting sumber]

Pandemik COVID-19 di Sabah[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya ini berlangsung dalam keadaan gelombang ketiga pandemik Covid-19 sedang berlaku di Malaysia[2]. Ini berlaku berikutan penganjuran Pilihan raya negeri Sabah yang berlangsung pada hujung September 2020. Negeri Sabah pula berada dalam senarai teratas kes aktif tertinggi dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan setelah kesemua daerah kini berada sama ada dalam Zon Merah atau Zon Kuning[3].

Kekalkan status quo[sunting | sunting sumber]

Rentetan daripada pandemik, beberapa parti politik menyatakan hasrat untuk tidak menghantar calon dan mengekalkan status quo Parti Warisan Sabah di kawasan berkenaan. Parti-parti politik yang berkenaan adalah Barisan Nasional[4], Pakatan Harapan[5], Parti Islam Se-Malaysia[6], Parti Cinta Sabah[7], Parti Bersatu Sabah[8] dan Parti Solidariti Tanah Airku[9].

Penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya kecil 5 Disember 2020: Batu Sapi
Berikutan kematian penyandangnya, Liew Vui Keong
Parti Calon Undian % ∆%
WARISAN
Bebas
Jumlah undi
Undi rosak
Kertas tidak dikembalikan
Turun mengundi
Pengundi berdaftar 32,950
Majoriti
kekal Peralihan
{{{1}}}

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yun Mikail (2 Oktober 2020). "VK Liew meninggal dunia". Bharian. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  2. ^ "Malaysia masuk gelombang ketiga pandemik COVID-19". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. 9 Oktober 2020. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  3. ^ "Kemaskini Negeri Sehingga 30 Oktober 2020". Portal COVID-19 MALAYSIA 2020. Kementerian Kesihatan Malaysia. 30 Oktober 2020. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  4. ^ Nursyazwani Saiful Sham (8 Oktober 2020). "PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat - Zahid Hamidi". Astro Awani. Astro AWANI Network Sdn. Bhd. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  5. ^ Rafiqah Dahali (15 Oktober 2020). "PH Sabah tak bertanding PRK Batu Sapi". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  6. ^ Asyikin Asmin (17 Oktober 2020). "Pas Sabah tidak cadang letak calon di PRK Batu Sapi". Sinar Harian. Kumpulan Karangkraf. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  7. ^ Bernama (9 Oktober 2020). "PCS tidak tanding PRK Parlimen Batu Sapi". Astro Awani. Astro AWANI Network Sdn. Bhd. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  8. ^ Asyikin Asmin (20 Oktober 2020). "PBS tidak bertanding di PRK Batu Sapi". Sinar Harian. Kumpulan Karangkraf. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  9. ^ Suzanna Maidan (16 Oktober 2020). "PRK Batu Sapi: STAR sahkan tidak bertanding". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 31 Oktober 2020.