Pandemik COVID-19 di Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pandemik koronavirus 2019–20 di Sabah
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiSabah, Malaysia
Tarikh tiba12 Mac 2020
(3 minggu and 2 hari)
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Kes disahkan210
Pulih12
Kematian
1
Laman web rasmi
covid19.sabah.digital/covid19

Pandemik koronavirus 2019–20 telah disahkan sampai ke negeri Sabah, Malaysia pada bulan Mac 2020. Setakat 1 April 2020, terdapat 210 kes yang disahkan.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Mac 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mac 2020, Sabah melaporkan kes positif pertamanya melibatkan seoarang penduduk lelaki dari Daerah Tawau yang merupakan salah satu peserta dalam perhimpunan ijtimak tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Beliau mula memperlihatkan gejala selepas kembali dan selepas itu dipindah ke Hospital Tawau.[1] Kes positif kedua dilaporkan pada hari berikutnya di Daerah Papar Benoni yang juga berasal dari perhimpunan keagamaan tersebut di mana beliau dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.[2] Sejumlah 14 kes baru yang disahkan telah dirakam pada hari tersebut.[3] Pada 14 Mac, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan bahawa 11 kes baru lain telah disahkan di negeri tersebut yang membawa kepada jumlah 26 kes.[4] Kenaikan lanjut 82 kes positif telah dilaporkan yang membuatkan Sabah yang ketiga paling terjejas oleh virus tersebut selepas Selangor dan Kuala Lumpur.[5] Lebih awal sejak kes positif pertama dilaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri telah memberi amaran akan terdapat lebih banyak kes positif akan dikesan.[6][7] Menjelang 18 Mac, jumlah kes positif telah meningkat hingga 103 kes.[8] Tujuh jangkitan lanjutan telah dirakam pada 20 Mac, meningkatkan jumlah terjangkit kepada 119 kes dengan kematian eprtama disebabkan oleh virus tersebut dilaporkan di Tawau melibatkan lelaki berumur 58 tahun yang merupakan salah satu peserta perhimpunan keagamaan tersebut.[9][10]

Implikasi[sunting | sunting sumber]

Kekurangan topeng dan cecair pembasmi kuman[sunting | sunting sumber]

Ibu negeri Sabah Kota Kinabalu telah melaporkan kekurangan topeng pembedahan dan cecair pembasmi kuman sejak bulan Januari.[11] Terdapat laporan bahawa beberapa perniagaan dalam negeri mengambil kesempatan keadaan ini dengan menjual topeng dengan harga yang terlalu mahal semasa tempoh ini yang menyebabkan mereka dikenakan denda oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan Sabah.[12]

Pembelian panik[sunting | sunting sumber]

Ramai penduduk negeri di setiap daerah tergesa-gesa menyumpan stok barangan keperluan sejak kes positif pertama dilaporkan dalam kalangan warganet walaupun sebelum pengumuman rasmi kes pertama dibuat oleh kerajaan negeri Sabah.[13][14] Dengan meningkatnya bilangan kes positif telah dilaporkan, penduduk di salah satu daerah Sabah Kunak dilaporkan membeli kuantiti besar beras untuk menyimpan stok makanan.[15] Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew juga memanggil masyarakat di kawasannya Tawau daripada membeli dengan cemas yang disebabkan oleh penyebaran pantas virus tersebut.[16]

Langkah balas oleh kerajaan negeri dan pihak lain[sunting | sunting sumber]

Sejak kes yang disyaki awal di ibu negeri Sabah Kota Kinabalu, semua penerbangan terus antara negeri dengan tanah besar China telah dihentikan bagi tempoh masa yang tidak terbatas.[17] sekatan perjalanan selanjutnya dikenakan oleh kerajaan negeri kepada tiga negara yang paling terjejas oleh virus; terdiri daripada Iran, Itali dan Korea Selatan pada bulan Mac.[18][19] Acara kebudayaan tahunan di Sabah seperti Kaamatan (pesta Kadazan-Dusun) dan Kalimaran (pesta Murut) telah dibatalkan,[20][21] manakala Misa Katolik di negeri juga ditangguhkan di mana ia hanya dibuat melalui siaran langsung dalam talian.[22][23] Kerajaan negeri telah mengeluarkan beberapa garis panduan untuk mengekang penyebaran virus dan menjamin rakyat bahawa barangan keperluan akan cukup walaupun jangkitan dan pembelian cemas sedang meningkat.[24][25]

Sebaris dengan pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) dibuar oleh kerajaan persekutuan Malaysia sejak bilangan jangkitan meningkat dalam negara, orang bukan Sabah disekat daripada memasuki negeri dengan segera sebagai usaha tambahan untuk bertindak balas terhadap peningkatan bilangan kes positif.[26] Mahasiswa Sabah di Semenanjung Malaysia dengan masalah petempatan semasa tempoh perintah ini boleh tinggal di Rumah Sabah, Cheras dengan makanan diberikan oleh kerajaan negeri.[27] Penjawat awam seluruh negara dikecualikan daripada larangan ini nsmun setiap mereka masih perlu menunjukkan surat pengesahan sah yang dikeluarkan oleh ketua jabatan mereka bagi setiap tugas khusus.[28] Berikatan laporan pematuhan lemah kepada PKP di ibu negeri Kota Kinabalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan sekatan jalan 24 jam di seluruh bandar raya ditujukan pada memberi amaran kepada individu degil yang pergi melawan perintah sehingga akhir tempoh dua minggu.[29][30] Dengan penguasaan meningkat dikendalikan, penduduk bandar menjadi lebih baik mematuhi perintah tersebut.[31]

Pada 19 Mac, Pembantu Menteri Sabah kerajaan tempatan dan Kementerian Perumahan Hiew Vun Zin berkata terdapat sejumlah sembilan bangunan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Putih di Daerah Sandakan, tiga daripadanya blok H, I dan G akan digunakan sebagai pusat pengasingan.[32][33] Setiap bangunan mempunyai 100 unit dan setiap unit mempunyai 3 bilik tidur. Selagi mereka diuji sebagai pesakit di bawah penyiasatan oleh Biro Kesihatan dan Hospital Duchess of Kent, pihak berkuasa akan menghantar mereka dan keluarga mereka ke pusat pengasingan untuk 14 hari pengasingan. Setakat ini terdapat lebih daripada 30 orang dikuarantinkan di pusat tersebut, termasuk enam keluarga.[32][33] Jabatan Kesihatan Negeri telah meletakkan sejumlah 350 katil dalam tunggu sedia untuk pesakit dijangkiti koronavirus.[34] Dengan laporan bahawa terdapat perhimpunan keugamaan Islam diadakan di Gowa, Sulawesi Selatan di negara jiran Indonesia, kerajaan negeri Sabah melaksanakan tindakan segera menghalang kemasukan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.[35]

Bantuan ke Sabah semasa pandemik[sunting | sunting sumber]

Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu telah mengumumkan bantuan perubatan dihantar ke Sabah untuk membantu kemelut mereka menentangi virus tersebut dan membalas bantuan orang Sabah baru-baru ini kepada Tanah Besar China.[36][37] Bantuan datang ke Sabah pada 29 Mac, yang terdiri daripada 170,000 kotak topeng muka, kelengkapan peribadi dan cecair pembasmi kuman.[38]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sabah's first Covid-19 case found in Tawau". New Straits Times. 12 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020 – melalui Daily Express.
  2. ^ "EXCLUSIVE: Sabah's second positive Covid-19 case in Papar". Daily Express. 13 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  3. ^ "14 new Covid-19 cases in Sabah, total 15". Daily Express. 13 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  4. ^ "11 new Covid-19 cases in Sabah, total 26". Daily Express. 14 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  5. ^ "25 new cases in Sabah make it 82". Daily Express. 18 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  6. ^ Lee, Stephanie (13 Mac 2020). "Expect more Covid-19 cases in Sabah, says state Health Director". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  7. ^ "'Possibly more Sabah Covid-19 cases, but stay calm'". Daily Express. 13 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  8. ^ Santos, Jason (18 Mac 2020). "21 new Covid-19 cases in Sabah, bringing total to 103". Free Malaysia Today. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  9. ^ "Sabah's first Covid-19 case in Tawau dies". Daily Express. 20 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  10. ^ Lajiun, Jenne (21 Mac 2020). "Seven new Covid-19 cases in Sabah, total 119". Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  11. ^ "Face masks, hand sanitiser sold out in JB, KK". Bernama. 28 Januari 2020. Diarkib daripada yang asal pada 23 Februari 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020 – melalui The Malaysian Reserve.
  12. ^ "Three businesses in Sabah selling overpriced masks compounded RM30,500". The Star. 7 Februari 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  13. ^ Lee, Stephanie (13 Mac 2020). "People starting to stock up goods in parts of Sabah after first Covid-19 case announced". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  14. ^ "Panic-buying hits Sabah after first coronavirus case in the state". The Star/Asia News Network. 13 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020 – melalui The Straits Times.
  15. ^ Tabir, Ibrahim (18 Mac 2020). "Panic buying continues". Daily Express. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  16. ^ "Covid-19: Sabah DCM urges Tawau community to avoid panic buying essential items". Bernama. 13 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020 – melalui The Malay Mail.
  17. ^ "Wuhan coronavirus: All flights from China to Sabah suspended as state govt imposes travel ban". Borneo Post. 30 Januari 2020. Diarkib daripada yang asal pada 1 Februari 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  18. ^ Lee, Stephanie (10 Mac 2020). "Sabah bans travellers from Iran and Italy". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 14 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  19. ^ "Sabah extends Covid-19 travel restrictions to S Korea". Daily Express. 29 Februari 2020. Diarkib daripada yang asal pada 14 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  20. ^ "Kaamatan Festival 2020 cancelled due to Covid-19". Daily Express. 13 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 14 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  21. ^ Dahali, Rafiqah (14 Mac 2020). "Dua pesta tahunan Sabah dibatalkan" [Two annual Sabah festivals are cancelled]. Harian Metro (dalam bahasa Malay). Diarkib daripada yang asal pada 15 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  22. ^ "Suspension of Catholic Masses and gatherings". Daily Express. 14 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  23. ^ Geraldine, Avila (14 Mac 2020). "Masses in Sabah go online". New Straits Times. Diarkib daripada yang asal pada 14 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  24. ^ Lee, Stephanie (13 Mac 2020). "Sabah comes up with steps to curb spread of Covid-19". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  25. ^ Vanar, Muguntan (15 Mac 2020). "Sufficient supply of essential goods in Sabah". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  26. ^ "Non-Sabahans barred". Daily Express. 18 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  27. ^ Zulkepli, Ruzaini (18 Mac 2020). "COVID-19: Mahasiswa Sabah di Semenanjung boleh tinggal di Rumah Sabah Cheras". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 22 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  28. ^ Ebit, Jason Jack (18 Mac 2020). "State govt allows exemption for civil servants". New Sabah Times. Diarkib daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  29. ^ Vanar, Muguntan; Lee, Stephanie (18 Mac 2020). "Poor compliance to movement control order in Sabah". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  30. ^ Nicholas, Jonathan (20 Mac 2020). "Round-the-clock roadblocks by police in Kota Kinabalu". New Sabah Times. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  31. ^ Lee, Stephanie (21 Mac 2020). "MCO compliance improving in Kota Kinabalu". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  32. ^ a b "全国首间·人民组屋充隔离中心" [The first PPR Isolation Centre in Sabah]. Sinchew+ (dalam bahasa Cina). 19 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  33. ^ a b "30 self-quarantine at Sandakan PPR". Borneo Post. 18 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  34. ^ Ralon, Larry (21 Mac 2020). "350 beds on standby for Sabah cases: Dept". Daily Express. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  35. ^ "Sabah bans Indonesia Tabligh attendees". New Straits Times. 21 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020 – melalui Daily Express.
  36. ^ "EXCLUSIVE: China to send medical aid to Sabah". Daily Express. 21 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mac 2020. Dicapai pada 21 Mac 2020.
  37. ^ "China to reciprocate Sabah's kindness – Liang". Borneo Post. 22 March 2020. Diarkib daripada yang asal pada 24 March 2020. Dicapai pada 24 March 2020.
  38. ^ "Sabah terima 170,000 kotak topeng muka, PPE dari China" [Sabah received 170,000 boxes of face masks, PPE from China]. Berita Harian. 29 March 2020. Dicapai pada 31 March 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]