Pilihan raya kecil Slim 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya kecil Slim 2020

← 2018 29 Ogos 2020 Selepas →

N58 Slim di Dewan Undangan Negeri Perak
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  BN BBS BBS
Calon Mohd Zaidi Aziz Amir Khusyairi Mohd Tanusi Santhara Sekaran Subramaniam
Parti UMNO Bebas[catatan 1] Bebas
Gabungan PN
Undian popular 13,060 2,115 276

ADUN sebelum pilihan raya

Mohd. Khusairi Abdul Talib (meninggal dunia)
Barisan Nasional (UMNO)

Terpilih

Mohd Zaidi Aziz
Barisan Nasional (UMNO)

Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim 2020 merupakan pilihan raya kecil yang ke-12 selepas pilihan raya umum Malaysia ke-14. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato' Seri Mohd. Khusairi Abdul Talib daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 15 Julai 2020 akibat serangan jantung.[1]

PRK DUN Slim diadakan pada 29 Ogos 2020, dengan hari penamaan calon diadakan pada 15 Ogos 2020. Calon Barisan Nasional menang dalam pilihan raya kecil ini.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, Barisan Nasional (BN) melalui UMNO telah memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak untuk penggal keempat menerusi penyandangnya, Dato' Seri Mohd. Khusairi Abdul Talib. Mohd Khusairi telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut sejak 2004. DUN Slim ialah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Tanjung Malim.

Notis kekosongan[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Julai 2020, Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid menyerahkan notis kekosongan DUN Slim kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran kematian penyandangnya, Dato' Seri Mohd. Khusairi Abdul Talib. SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai bagi membincangkan tarikh-tarikh penting.[2]

Penamaan calon[sunting | sunting sumber]

SPR telah menetapkan hari penamaan calon bagi PRK DUN Slim diadakan pada 15 Ogos 2020[3]. Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil ini,[4] menjadikan PRK DUN Slim sebagai PRK ketiga berturut-turut di mana gabungan parti tersebut tidak bertanding, sejak pilihan raya bagi Parlimen Tanjung Piai. Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut tidak bertanding untuk memberi laluan kepada Barisan Nasional,[5] namun Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa parti baharu beliau akan bertanding pada PRK tersebut.[6]

Pada 12 Ogos, Pengerusi BN Perak iaitu Saarani Mohamad mengumumkan Mohd Zaidi Aziz sebagai calon sebagai calon BN.[7] Pada hari yang sama, Mahathir mengumumkan Amir Khusyairi bin Mohamad Tanusi sebagai calon parti baharunya iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) namun bertanding sebagai calon bebas dengan lambang pokok[8] kerana parti tersebut belum berdaftar secara rasmi.[9] Pada 15 Ogos, seorang bekas guru,[10] Santhara Sekaran Subramaniam, menyerahkan borang pencalonan beliau di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim.[11] Beliau bertanding sebagai calon bebas dengan lambang buku.[12]

Selain calon-calon tersebut, terdapat dua orang yang tidak dapat mencalonkan diri mereka atas sebab-sebab tersendiri; Mohd Ikmal Mohd Iskandar kerana masalah teknikal ketika pengisian borang manakala Nadarajah Veerapan pula kerana pencadang dan penyokongnya tidak sempat hadir ke pusat penamaan sebelum pukul 10 pagi.[12]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Perak : DUN Slim
Tahun Kawasan Parti Calon Undi Peratusan Mengundi Majoriti
2020 DUN Slim, Perak UMNO Mohd Zaidi Aziz 13,060 68.4% 10,945
Bebas Amir Khusyairi Mohd Tanusi 2,115
Bebas Santhara Sekaran Subramaniam 276

Keputusan terdahulu[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Perak : DUN Slim
Tahun Kawasan Menang Undi Kalah Undi Majoriti
2018 DUN Slim, Perak Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN-UMNO) 8,327 Muhammad Zulfadli Zainal (PAS) 4,103 2,183
Mohd Amran Ibrahim (PH-Bersatu) 6,144

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amir Khusyairi mewakili parti PEJUANG namun bertanding atas tiket calon bebas kerana parti tersebut belum berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ADUN Slim meninggal dunia". MalaysiaGazette. 15 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.
  2. ^ Luqman Arif Abdul Karim (17 Julai 2020). "Tarikh penting PRK Slim ditentukan 23 Julai". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-19. Dicapai pada 17 Julai 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Rafidah Mat Ruzki (23 Julai 2020). "PRK DUN Slim 29 Ogos, penamaan calon 15 Ogos". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-23. Dicapai pada 23 Julai 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-31. Dicapai pada 2020-08-10.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-30. Dicapai pada 2020-08-10.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-23. Dicapai pada 2020-08-10.
  7. ^ Rosman Shamsudin; Noor Hidayah Tanzizi (12 Ogos 2020). "PRK Slim: BN calonkan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  8. ^ Irwan Muhammad Zain (15 Ogos 2020). "Slim Memilih: Medan untuk Pejuang uji penerimaan rakyat - Penganalisis". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
  9. ^ Ridauddin Daud (12 Ogos 2020). "Tun M umum nama parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-14. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  10. ^ Normawati Adnan (15 Ogos 2020). "Tinggalkan kerjaya guru untuk jadi calon". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
  11. ^ 15 Ogos 2020 (15 Ogos 2020). "Calon Bebas anak tempatan beri saingan PRK Slim". BH Online. Foto oleh Hazreen Mohamad. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.
  12. ^ a b Kumar, B Nantha; Faisal Asyraf (15 Ogos 2020). "Pertembungan tiga penjuru di PRK Slim". Malaysiakini.com. Gambar oleh Mukhriz Hazim. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2020.