Politeknik Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Politeknik Kota Kinabalu
Pengarah terkini En. Roslee bin Yahya
Timbalan Pengarah (Akademik) En. Dullah bin Muluk
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) En Mohd Sahran @ Awang Bin Mohidin
Lokasi Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah
Laman web http://www.polikk.edu.my

Politeknik Kota Kinabalu (PKK) merupakan politeknik yang pertama di sabah yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Kampus Politeknik Kota Kinabalu (PKK) terletak di Kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Jalan Politeknik. Politeknik Kota Kinabalu ini merupakan politeknik yang ketujuh di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2004 Politeknik Kota Kinabalu diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, pada tahun 2013 Kementerian Pengajian Tinggi telah disatukan semula dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, dan kini Politeknik Kota kinabalu dibawah Sektor Pengajian Tinggi, KPM.

Politeknik Kota Kinabalu menawarkan kursus diperingkat Sijil Khas (2 Tahun) dan Diploma (3 Tahun) kepada lepasan SPM. Tawarannya terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berusia 18 tahun keatas yang berkelayakan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Politeknik Kota Kinabalu telah mula beroperasi sejak 1 Mac 1996. Bermula dengan kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Likas untuk Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Awam, Pentadbiran, Perpustakaan, Hal Ehwal Pelajar, Kaunseling, asrama lelaki dan wanita, koperasi dan sewaan bangunan Lot Komersial di Batu 17, Jalan Tuaran Lama, Inanam yang menempatkan Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan mekanikal, Unit Peperiksaan dan Unit Latihan Industri. Pengambilan sulung pelajar PKK Sabah bermula pada sesi 1996/97 yang dilaksanakan pada bulan Jun 1996 di mana seramai 25 orang pelajar memulakan pengajian mereka iaitu Diploma Akauntansi. Kampus tetap Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah siap dibina pada tahun 2003, terletak di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) di Jalan Politeknik. Politeknik Kota Kinabalu secara rasminya berpindah ke kampus tetap pada 1 September 2003.

Di antara jabatan yang diwujudkan di Politeknik Kota Kinabalu ialah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Hospitaliti. 2 jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.

Selain dari jabatan akademik PKK turut mengandungi Bahagian Pentadbiran, Unit Hal ehwal Pelajar,Unit Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa, Unit Peperiksaan, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Multimedia dan Sumber, Unit Pembangunan dan Senggaraan, Unit Kualiti, Unit Kaunseling dan kerjaya, Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit Perhubungan & Latihan Industri, Unit ICT, Unit Komunikasi Korporat, Perpustakaan, Asrama, Unit Penyelidikan dan Inovasi dan Komersialan, Unit Pengurusan Aset dan Stor, Unit Keusahawanan.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang teknikal dan vokasional melalui pendidikan serta latihan transformasional bagi melahirkan modal insan inovatif. Dalam pada masa yang sama, politeknik juga memgambil langkah proaktif untuk menyunting semangat pelajar supaya terus berusaha dalam memertabatkan nama dan juga lambang politeknik kota kinabalu.

Misi[sunting | sunting sumber]

Membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana modal insan berkebolehpasaran.

Motto[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]