Politeknik Merlimau
![]() | |
Ditubuhkan pada | 2002 |
---|---|
Pengarah terkini | En. Zolkarnain bin Hj. Jobshi |
Timbalan Pengarah (Akademik) | Mohd As'ri bin Chik |
Lokasi | Merlimau, Melaka |
Laman web | http://www.pmm.edu.my |
Politeknik Merlimau, Melaka terletak dalam daerah Jasin dalam kawasan Merlimau. Politeknik ini telah beroperasi sejak tahun 2002. Kini, tempat pengajian ini dianggarkan mempunyai 5363 orang pelajar (semester Disember 2013) beserta 501 orang staf akademik dan sokongan.
Isi kandungan
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Politeknik Merlimau merupakan politeknik ke-14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia terletak di daerah Jasin, 2 km dari pekan Merlimau, 24 km dari bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin. Politeknik mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002. Politeknik mempunyai kapasiti maksimum seramai 5060 orang pelajar. Kini PMM telah beroperasi sepenuhnya, dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau.
Visi[sunting | sunting sumber]
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga global menjelang 2015.
Misi[sunting | sunting sumber]
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.