Politeknik Muadzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Politeknik Muadzam Shah (PMS) ialah sebuah politeknik yang terletak di Bandar Muadzam Shah, Pahang. PMS merupakan politeknik yang ke-19 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mula beroperasi pada 1 Ogos Ogos 2003.

Pada awal penubuhannya, Politeknik Muadzam Shah beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. Sebuah bangunan sekolah 3 tingkat dan dua buah asrama telah dipinjamkan oleh pihak sekolah bagi permulaan operasi Politeknik Muadzam Shah.

Pada peringkat awal, hanya dua program yang ditawarkan iaitu Sijil Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan Sijil Pengajian Perniagaan. Operasi politeknik semakin lama semakin berkembang dengan pertambahan jumlah pelajar. Maka pihak politeknik terpaksa menyewa Bangunan Galeri Ilmu melalui Majlis Daerah Rompin sebagai penempatan sementara bagi menempatkan Unit Pentadbiran dan Kewangan.

Logo Politeknik Muadzam Shah diilustrasi berdasrkan seekor gajah dan dipilih berikutan PMS terletak di Negeri Pahang yang dikenali sebagai Negeri Tok Gajah. Logo ini mengilistrasikan huruf P dan M yang menunjukkan kepala, belalai dan badan gajah, manakala S adalah lingkaran merah sebagai singkatan pada nama Politeknik Muadzam Shah.

Politeknik Muadzam Shah telah menerima anugerah Sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd pada 6 Oktober 2006, dengan skop pendaftaran Perkhidmatan Pendidikan di Peringkat Sijil dalam Bidang Teknologi Maklumat Dan Perdagangan untuk lulusan SPM/SPVM. Kini PMS telah memperbaharui pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 6 Oktober, 2009.

Bagi kemasukan pelajar baru Sesi Jun 2011, PMS telah menawarkan sebanyak 7 program di peringkat diploma iaitu;

   1.Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Rekabentuk Pembuatan Automotif)
   2.Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Rekabentuk Produk)
   3.Diploma Kejuruteraan Mekanikal ( Automasi)
   4.Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
   5.Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
   6.Diploma Pengajian Perniagaan
   7.Diploma Akauntansi
   8.Diploma Rekabentuk Grafik
   9.Diploma Pengurusan Pelancongan

Dibawah 5 jabatan induk iaitu :

   1.Jabatan Kejuruteraan Mekanikal  
   2.Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi  
   3.Jabatan Perdagangan 
   4.Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual 
   5.Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti selain daripada 2 jabatan sokongan iaitu 
   6.Jabatan Matematik Sains dan Komputer 
   7.Jabatan Pengajian Am

Sesuai dengan moto ‘Penjana Minda Strategik’, PMS akan terus berusaha mencapai kualiti yang ditetapkan sebaris dengan institusi pegajian yang lain serta berusaha mencapai kecemerlangan Visi dan Misi yang dipegang oleh semua warga PMS.

Kami warga PMS sentiasa berusaha meningkatkan sistem kualiti dari pelbagai aspek terutama aspek pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan komprehensif. PMS juga akan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan dalam Sistem Pengurusan Kualiti demi memastikan kecemerlangan pendidikan sentiasa dapat ditingkatkan. PMS juga akan maju setapak lagi dalam usaha mendapatkan akreditasi Malaysian Qualification Agency(MQA)

VISI

Politeknik pilihan penjana modal insan melalui pendidikan dan latihan yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.

MISI

Mewujudkan persekitaran kondusif mencakupi pembangunan sahsiah bagi memperkasakan modal insan yang kreatif dan berdaya saing.

PIAGAM PELANGGAN

   1.Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar.
   2.Proses PPP dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
   3.Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima.
   4.Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.
   5.Berusaha untuk melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri pada semester semasa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]