Politeknik Hulu Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Politeknik Hulu Terengganu terletak di daerah Hulu Terengganu, satu kawasan miskin dan agak pedalaman di Terengganu. Politeknik ini dijangka siap pada 2010 dengan kos RM184 juta. Politeknik ini diselenggarakan dan ditadbir melalui Kementerian Pengajian Tinggi.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meletakkan batu asas politeknik ini pada hari Ahad, 3 Februari 2008. Turut hadir ialah isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Besar Terengganu Datuk Idris Jusoh dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed.


Politeknik Hulu Terengganu seluas 51 hektar dengan kos pembinaan RM184 juta merupakan politeknik ketiga selepas Politeknik Sultan Mizan di Dungun dan Politeknik Kota di bandar Kuala Terengganu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] Politeknik Dan Kolej Bestari Tempat Latih Modal Insan]