Politeknik Kuching Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Politeknik Kuching Sarawak
Moto Poliku Tanggungjawabku
Ditubuhkan pada 1987
Jenis sekolah Institut Pengajian Tinggi Politeknik
Pengarah terkini Lt. Kol Bersekutu (PA) Kamaludin Bin Daud
Timbalan Pengarah (Akademik) Mohd. Shah Bin Yunus
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Jemain Bin Entol
Lokasi Kuching, Sarawak
Laman web http://www.poliku.edu.my

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) adalah politeknik ke-5 ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. PKS menawarkan 13 program di peringkat diploma dengan diterajui oleh Tuan Haji Abdul Rahman Bin Khalid sebagai Pengarah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhannya selaras dengan objektif untuk menampung keperluan sumber tenaga kerja terlatih dalam memenuhi aspirasi negara ke arah perindustrian, seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran dunia. Pada peringkat awal penubuhannya, PKS beroperasi di sebuah bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching dengan peneraju utamanya Encik Mustapa Bin Mohamed sebagai Pengetua pertama. Perkembangannya diikuti pemilihan kampus tetap oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu di kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan tanah seluas 112 ekar. Terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat Bandaraya Kuching serta kedudukannya di Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah memberikan satu persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan sahsiah pelajar.

Pada peringkat awal pengambilan pertama pelajar iaitu pada Julai 1989, seramai 204 pelajar telah ditawarkan tempat. Kursus-kursus yang ditawarkan pada ketika itu adalah seperti berikut :

  • Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan).
  • Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan).
  • Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
  • Sijil Kejuruteraan Jentera (Am).
  • Sijil Penyimpanan Kira.
  • Diploma Perakaunan

Misi[sunting | sunting sumber]

1. Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.

2. Menghasilkan graduan yang seimbang, holistik dan berkualiti berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industry menjelang tahun 2020.

Piagam Pelangan[sunting | sunting sumber]

  • Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar berdaftar (1 hari)
  • Penyediaan Kad Pelajar disiapkan selewat-lewatnya 2 minggu selepas proses pendaftaran.
  • Proses PLSP dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
  • Keputusan peperiksaan akhir diproses mengikut takwim yang dikeluarkan oleh JPP.
  • Status Maklum Balas Aduan Pelanggan akan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh 21 hari bekerja selepas diterima.
  • Memastikan semua program yang ditawarkan mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebelum pelajar menamatkan pengajian

Jabatan akademik di PKS[sunting | sunting sumber]

  • Jabatan Kejuruteraan Awam
  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
  • Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
  • Jabatan Perdagangan
  • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Jabatan Matematik, Sains & Komputer
  • Jabatan Pengajian Am

Program yang ditawarkan di PKS[sunting | sunting sumber]

  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
  • Diploma Kejuruteraan Geomatik
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Pengajian Perniagaan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Laman Web Rasmi PKS (http://www.poliku.edu.my/v3/)
  2. Facebook PKS (http://www.facebook.com/politeknik.kuching.sarawak)