Politeknik Balik Pulau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Politeknik Balik Pulau
MotoMenjana Modal Insan
Ditubuhkan pada1 Februari 2007
Pengarah terkiniMejar (K) Hj. Mohd Fisal bin Haroon
LokasiBayan Lepas, Pulau Pinang
Laman webhttp://www.pbu.edu.my/pbuv4/

Politeknik Balik Pulau (PBU) ditubuhkan pada 1 Februari 2007 adalah merupakan politeknik ke-21 di dalam senarai carta politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). PBU telah berpindah ke kampus tetap di Balik Pulau pada 28 Oktober 2013.

Dengan kapasiti 97 orang tenaga pensyarah dan staf sokongan, PBU berganding bahu memikul amanah untuk mencapai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia Maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan negara dan pendidikan tertiary yang relevan dengan kehendak pasaran adalah moto utama institusi ini. Pembangunan kurikulum IT dan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini, pembinaan sahsiah pendidikan, peningkatan ilmu pengetahuan, sistem pentaksiran yang praktikal adalah agenda utama politeknik yang masih junior ini.

PBU komited untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam membangunkan negara menjelang tahun 2020 dengan pengisian program yang dirangka khas ke arah pencapaian ini. Melalui Agenda Transformasi Politeknik yang digariskan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), PBU telah bertindak mengukuhkan program yang disepadukan bagi melahirkan graduat yang berkualiti. Antaranya ialah pemantauan yang berterusan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan pengakredatasian penuh daripada MQA dan pensijilan MS ISO pada tahun 2012. Dalam melahirkan pensyarah yang berdedikasi dan kompeten, mereka digalakkan untuk mendapatkan pensijilan profesional dan sentiasa diberikan pendedahan terkini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Pelajar pula telah dipandu ke arah pembentukan sahsiah, berkeyakinan dan berketrampilan diri. Kebolehan soft skills pelajar ini terangkum dalam program kebolehpasaran graduan yang diperkasakan melalui program mereka yang tersendiri. Mewujudkan amalan persekitaran yang ceria dan sihat dengan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diamalkan di institusi ini. Di samping itu, kolaborasi dengan pihak industri dan beberapa agensi sedang giat dibangunkan.

Justeru, dengan semangat team building yang sedia ada di politeknik ini, pengarah berkeyakinan penuh bahawa institusi ini akan terus maju dan berkembang selaras dengan hasrat negara untuk mengarus perdanakan pendidikan teknikal dan vokasional di Negara ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Politeknik Balik Pulau ( PBU ) merupakan politeknik yang ke-21 di Malaysia dan politeknik yang kedua di Pulau Pinang. Ia telah ditubuhkan pada 1 Februari 2007. PBU akan beroperasi dalam tiga fasa. Berdasarkan kepada perancangan, PBU akan menawarkan pelbagai kursus Diploma dalam Bidang Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Hospitaliti di kampus tetap PBU. Pengoperasian PBU dalam fasa pertama dilaksanakan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dengan menawarkan Kursus Sijil Teknologi Maklumat dan kemasukan pelajar yang pertama adalah pada bulan Julai 2007. Bilangan staf PBU yang terkini adalah seramai 51 orang. Bilangan staf dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

Pada bulan Oktober 2007, PBU telah berpindah ke Kampus Transit di Ideal Avenue ( I-Avenue ) yang terletak di Medan Kampung Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ini merupakan fasa yang kedua bagi pengoperasian PBU. Kampus transit ini dikelilingi dengan pelbagai kemudahan seperti bank, kompleks membeli-belah, pasaraya, restoran dan pelbagai kemudahan lain. Dalam usaha untuk menjadikan persekitaran pembelajaran yang kondusif, kampus transit PBU juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik darjah, perpustakaan, makmal komputer, koperasi dan dewan utama beserta surau.

PBU telah memasuki pengoperasian fasa ketiga apabila kampus tetap di Balik Pulau mula beroperasi pada Ogos 2013. Kampus tetap seluas 100 ekar tersebut dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan bangunan seperti bangunan serbaguna, kuarters, asrama, perpustakaan dan kemudahan sukan dalaman dan luaran. Dengan komitmen daripada staf PBU serta sokongan daripada Bahagian Pengurusan Politeknik ( BPP ), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti ( JPPKK ) dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia ( KPTM) , PBU beraspirasi untuk menjadi pusat pembelajaran yang mantap dan dipercayai seterusnya mampu melahirkan tenaga kerja berdaya saing di dalam mahupun di luar negara.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri.

Visi[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf
  • Membangunkan kurikulum yang dipimpin industri dan meningkatkan kesediaan graduan melalui penglibatan industri yang diselaraskan
  • Menghasilkan graduan yang seimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan
  • Mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan aktif dalam komuniti TVET

Petunjuk Kejayaan Utama (KSI) 2016-2020[sunting | sunting sumber]

  • 85% kadar graduan boleh diambil bekerja
  • 75% program dilaksanakan secara pembelajaran berasaskan pekerjaan
  • 70% tenaga pengajar mempunyai pengalaman industri dan profesional
  • 100% semua program pengajian dilaksanakan secara kolaborasi dengan industri

Program Pengajian[sunting | sunting sumber]

Politeknik Balik Pulau menawarkan Program berikut pada peringkat Diploma bagi kursus Sepenuh Masa :

  1. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK)
  • Dilpoma Teknologi Digital - DDT
  • Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) - DNS

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Proses pendaftaran pelajar diselesaikan dalam tempoh sejam bagi calon yang mengemukakan dokumen pendaftaran yang lengkap.
  • Proses pemberian perkhidmatan pendidikan dilaksanakan berdasarkan sukatan kursus terkini yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum bagi mencapai objektif kecemerlangan akademik.
  • Status tindakan terhadap maklumbalas pelanggan dimaklumkan kepada pelanggan dalam tempoh 2 minggu selepas maklumbalas diterima.
  • Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam tempoh 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kini Politeknik Balik Pulau diterajui oleh Abdul Hanif Bin Mustapha sebagai Pengarah Politeknik Balik Pulau.
Dibantu oleh Setiausaha Pejabat iaitu ialah Pn. Suhaili binti Othman.

Pejabat Pengarah[sunting | sunting sumber]

Bil. Jawatan Nama
1 Pengarah Abdul Hanif Bin Mustapha
2 Timbalan Pengarah Akademik Rusmay Bin Abdullah
3 Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Haji Mohd Yuhaizad bin Yusoff
4 Setiausaha Pejabat Suhaili binti Othman

Unit Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Unit Pentadbiran Politeknik Balik Pulau (PBU) bertanggungjawab menguruskan hal-hal berhubung dengan urusan perkhidmatan dan kewangan di institusi ini dengan cekap, berkesan dan bersistematik. Ini termasuklah perjawatan, pembayaran gaji dan emolument mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pekeliling-pekeliling berkaitan.

Secara umumnya unit ini adalah bertanggungjawab dalam:

  • Menguruskan hal-hal pentadbiran dan rekod jabatan.
  • Menguruskan perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan dan perolehan jabatan.
Bil. Jawatan Nama
1 Pegawai Eksekutif Kanan Mohd Saiful bin Harun
2 Ketua Pembantu Tadbir Eirma Safena binti Sanusi
3 Pegawai Khidmat Pelanggan Haslina binti Hashim
4 Pembantu Tadbir (P/O) Sarimah binti Sharif
5 Dhamirie Aizat bin Azizan
6 Md Fauzi bin Md Taib
7 Ahmad Arif bin Mat Azhari
8 Rosli bin Rais
9 Rohaida binti Zainol Alam
10 Pemandu Kenderaan Mohd Zamrin bin Yusuf Al Bakri
11 Hisya Muddin bin Shahidan
12 Mohd Hizwan bin Md Saman
13 Pembantu Operasi Hanisah binti Mohamed

Unit Kewangan[sunting | sunting sumber]

Unit Kewangan Politeknik Balik Pulau (PBU) bertanggungjawab menguruskan hal-hal berhubung dengan urusan kewangan di institusi ini dengan cekap, berkesan dan bersistematik. Ini termasuklah perjawatan, pembayaran gaji dan emolument mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pekeliling-pekeliling berkaitan.

Secara umumnya unit ini adalah bertanggungjawab dalam:

  • Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan dan perolehan jabatan.
Jawatan Nama
1 Penolong Akauntan Shahlea Suehaiza binti Shamsher
2 Azeani binti Sueib
3 Pembantu Akauntan Monaliza binti Mohamad
4 Pembantu Tadbir (Kew) Zulhamre bin Hasan
5 Pembantu Tadbir (P/O) Jamilah binti Abu Bakar
6 Mohd Hasbullah bin Zakaria

Jabatan-Jabatan[sunting | sunting sumber]

Politeknik Balik Pulau terbahagi kepada 3 Jabatan atau Unitnya yang tersendiri. Antaranya ialah Unit Pentadbiran & Kewangan, Jabatan Akademik dan Sokongan Akademik.

Jabatan Akademik terdiri daripada 5 Jabatan iaitu :

  1. Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) diketuai oleh Pn. Wan Nur Wahidah Binti Hashim.
  2. Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) diketuai oleh En. Jasni bin Mohd Yusoff.
  3. Jabatan Pengajian Am (JPA) diketuai oleh Dr. Mazlin binti Mohamed Mokhtar.
  4. Unit Peperiksaan diketuai oleh En. Azrayhafizi bin Matzin.
  5. Unit Perhubungan & Latihan Industri diketuai oleh En. Suntheren A/L Yoganathan.

Jabatan Sokongan Akademik terdiri daripada 12 Jabatan iaitu :

  1. Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (JHEP) diketuai oleh En. Abdul Shukor bin Hassan.
  2. Unit Pengurusan Psikologi & Kerjaya diketuai oleh En. Shahriman Bin Mamat.
  3. Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan diketuai oleh Cik Jalila binti Yahaya.
  4. Unit Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (USKK) diketuai oleh En. Hermizul bin Napis.
  5. Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia (UIDM) diketuai oleh En. Muhammad Majdi Bin Saad.
  6. Unit Teknologi Maklumat (UICT) diketuai oleh Pn. Hanim @ Zuraini binti Talib.
  7. Unit Pembangunan & Senggaraan diketuai oleh Pn. Nur Dhamirah Dhaniah binti Abdul Rahman.
  8. Perpustakaan diketuai oleh Pn. Nor Asma binti Mohd Boniyamin.
  9. Unit Kamsis/ Pejabat Asrama diketuai oleh Cik Suzana binti Saleh.
  10. Unit Jaminan Kualiti diketuai oleh Pn. Pazilah binti Darus.
  11. Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersilan diketua oleh Pn. Syamsian Binti Hussin.
  12. Unit CISEC diketuai oleh Pn. Anirah Binti Ahmad.

Jabatan Akademik[sunting | sunting sumber]

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi[sunting | sunting sumber]

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) adalah merupakan jabatan induk yang terdapat di PBU. Sejarah penubuhannya bermula di Politeknik Seberang Perai (PSP) pada 1 Mac 2007. Pada bulan Julai 2007, PBU telah mengambil kumpulan pertama dalam program Sijil Teknologi Maklumat (SIT) iaitu seramai 27 orang pelajar. Pada ketika itu, pelajar dan pensyarah menggunakan fasiliti yang terdapat di Politeknik Seberang Perai (PSP) bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada bulan Jun 2008, JTMK telah berpindah ke kampus transit PBU yang terletak di Medan Kampung Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kohort Program SIT telah bergraduat pada sesi Julai 2009. Politeknik Balik Pulau juga telah berpindah ke kampus tetap pada 28 Oktober 2013

Bil Jawatan Nama
1 Ketua Jabatan Azman bin Ahmad
2 Ketua Program DNS Norfida Erwani binti Mohd Shafie
3 Ketua Program DDT Samihah binti Abdul Latif

.

Jabatan Matematik, Sains & Komputer[sunting | sunting sumber]

Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) merupakan jabatan akademik sokongan yang menyediakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang bersistematik bagi kursus Kod DBM iaitu Matematik yang menjadi teras kepada pencapaian akademik pelajar teknologi maklumat.

JSMK tidak menawarkan sebarang program tetapi mengendalikan kursus teras bagi Jabatan Induk JTMK. JMSK juga sentiasa menyokong perjalanan pembelajaran dan pengajaran di jabatan induk dengan menghulurkan sumbangan sebagai tenaga pengajar dan penyelaras Kursus Ko-kurikulum.

Bagi mencapai misi politeknik, JMSK juga berhasrat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran dalam bidang matematik selari dengan halatuju pendidikan masakini.

Bil. Jawatan Nama
1 Ketua Jabatan Jasni bin Mohd Yusoff
2 Ketua Kursus Siti Salamah binti Mustaffa

.

Jabatan Pengajian Am[sunting | sunting sumber]

Jabatan Pengajian Am adalah jabatan sokongan akademik yang bertanggungjawab dalam menawarkan kursus wajib Pendidikan Islam / Moral dan Bahasa Inggeris. Kini, jabatan ini dikendalikan oleh tiga orang pensyarah dari Unit Bahasa Inggeris dan Unit Pendidikan Islam dan Moral.Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti kerohanian bagi politeknik.

.

FUNGSI / PERANAN JABATAN PENGAJIAN AM

  • UNIT BAHASA INGGERIS

Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus bahasa Inggeris yang mengutamakan kemahiran berkomunikasi, membaca, menulis dan mendengar dalam bahasa Inggeris. Para pelajar juga dilengkapkan dengan kemahiran menghadapi temuduga, teknik penulisan resume dan ‘job hunting skills’ sebagai bekalan apabila mereka menghadapi alam pekerjaan kelak. Antara kursus yang diajar ialah English for Technical Purposes, English for Communication dan Communicative English.

  • UNIT PENDIDIKAN ISLAM

Unit Pendidikan Islam dan Moral bertanggungjawab dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Pendidikan Islam dan Moral. Pelajar dibekalkan dengan ilmu-ilmu berkenaan jenayat, mua’malat, munakahat, nilai-nilai murni, sejarah tamadun dan isu-isu moral semasa. Ianya bertujuan untuk menanamkan sifat-sifat terpuji dan membekalkan pelajar dengan pengetahuan agama dan moral yang lengkap dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Antara kursus yang ditawarkan ialah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Tamadun Islam.

Bil. Jawatan Nama
1 Ketua Jabatan Dr Mazlin binti Mohamed Mokhtar
2 Ketua Kursus Nur Idayu binti Awang Teh
3 Ketua Kursus Adirah binti Isa

.

Jabatan Sokongan Akademik[sunting | sunting sumber]

Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar[sunting | sunting sumber]

Jabatan ini bertanggungjawab menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan pelajar. Struktur JHEP adalah menggunapakai struktur perjawatan baru yang terdiri daripada Unit Pengambilan dan Data, Unit Kebajikan & Disiplin dan Unit Pengesanan Graduan & Alumni.

Unit Pengambilan Pelajar dan Data[sunting | sunting sumber]

  • Pendaftaran Pelajar Baru dan Lapor Diri Pelajar Senior
  • Permohonan Kad Pelajar
  • Pertukaran Kursus dan Politeknik
  • Penangguhan Semester
  • Pengesahan Surat Pengajian Pelajar
  • Pengesahan Pemberhentian Pengajian Pelajar
  • Merekod dan Menyimpan Data Pelajar

.

Unit Kebajikan & Disiplin[sunting | sunting sumber]

  • Menguruskan Bantuan KewanganKebanyakan pelajar kursus diploma mendapat tajaan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebilangan kecil pelajar mendapat dari lain-lain sumber tajaan seperti Yayasan Negeri, MARA dan juga lain-lain penaja.
  • Menguruskan kebajikan pelajarMelaksanakan program pembangunan sahsiah pelajar melalui Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), memantau perjalanan Pilihanraya Kampus, memastikan perjalanan Minggu Suaikenal berjalan dengan lancar, menguruskan pendaftaran dan penyeliaan Kelab & Persatuan yang bukan R2001, mengeluarkan surat akuan untuk rawatan pelajar jika diperlukan dan memastikan pelajar mendapat rawatan yang sempurna di mana-mana hospital atau klinik, melaporkan kematian dan kemalangan pelajar kepada pihak-pihak tertentu, dan membantu dalam menyediakan maklumat mengenai penginapan luar kampus kepada pelajar dan menyelaras dan membantu hal-hal berkaitan biasiswa dan pinjaman pelajar.
  • Pengurusan disiplin pelajarTertakhluk kepada Undang-undang Malaysia Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Kesalahan Jenayah). Mana-mana pelajar yang dituduh oleh mana-mana mahkamah di Malaysia atas apa-apa kesalahan jenayah, maka dengan sendirinya mulai tarikh ianya dipertuduhkan, pelajar berkenaan adalah digantung pengajiannya sehinggalah ke tarikh perbicaraannya. Pihak politeknik akan mengeluarkan “Surat Penggantungan Pengajian”. (Diperingkat ini, apa jua bentuk rayuan kepada pihak Menteri Pengajian Tinggi Malaysia belum boleh dilakukan). Apabila sesuatu mahkamah, pada hari perbicaraan pelajar berkenaan, membuat keputusan bahawa pelajar yang dituduh itu didapati bersalah atau mengaku bersalah, maka dengan sendirinya pelajar itu adalah terhenti dari pengajiannya di politeknik. Pihak politeknik akan mengeluarkan “Surat Berhenti Pengajian”. Diperingkatini, pelajar terbabit diberi peluang dan berhak untuk membuat rayuan hanya kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Insurans PelajarJenis Insurans yang digunapakai dalam melindungi pelajar politeknik ini ialah Insurans Kemalangan Berkelompok dari syarikat ETIQA.

.

Unit Pengesanan Graduan & Alumni[sunting | sunting sumber]

Menjalankan kajian secara online melalui laman sesawang http://graduat.mohe.gov.my, mewujudkan satu pangkalan data yang komprehensif mengenai profil graduat yang boleh menyimpan dan digunakan untuk jangkamasa yang panjang, mengumpul dan menguruskan data yang diperlukan kepada Urusetia Pengesanan Graduan Jabatan Pengajian Politeknik, menganalisa data dan menyediakan laporan Pengesanan Graduan Politeknik.

Bil. Jawatan Nama
1 Ketua Jabatan Mohd Azrul Bin Jaafar
2 Pegawai Hal Ehwal Pelajar Ahmad Shaharil bin Jamaludin
3 Pegawai Hal Ehwal Pelajar Mohd Zaidil Adha Bin Mat Hussin
4 Pegawai Khidmat Pelanggan Muhammad Syafiq Bin Kamarudin

Unit Pengurusan Psikologi[sunting | sunting sumber]

Unit Pengurusan Psikologi menyediakan khidmat kaunseling kepada seluruh warga Politeknik Balik Pulau. Perkhidmatan ini merupakan usaha yang menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi individu selain sebagai langkah penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan modal insan.

.

Perkhidmatan yang disedikan adalah seperti berikut :

  • Bimbingan kaunseling : Individu / Kelompok
  • Ujian Psikologi & Kerjaya (contoh : Ujian Personaliti Diri, Ujian Minat Kerjaya dan lain-lain)
  • Panduan Kerjaya
  • AKRAB (Staf)
  • Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (Pelajar).
Bil. Jawatan Nama
1 Pegawai Psikologi & Kerjaya (TK) Shahariman Bin Mamat

.

Unit Kamsis / Pejabat Asrama[sunting | sunting sumber]

Bil. Jawatan Nama
1 Pengurus Asrama Suzana binti Saleh
2 Penyelia Asrama Md Fauzi bin Md Taib
3 Penyelia Asrama Mohd Hasbullah bin Zakaria

Jawatankuasa Pelajar[sunting | sunting sumber]

Majlis Perwakilan Pelajar[sunting | sunting sumber]

Majlis Perwakilan Pelajar merupakan badan pelajar paling tertinggi di Politeknik Balik Pulau. Majlis Perwakilan Pelajar juga mewakili pelajar dalam segala hal dan menyuarakan isi hati dan pandangan pelajar kepada sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. MPP juga bertanggungjawab dalam membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aspek kemahiran, akademik, sukan, dan sebagainya. Pemilihan ahli ditentukan berdasarkan penamaan calon oleh calon itu sendiri atau wakil daripadanya dan memenangi tempat atau undian secara majoriti.

Tahun 2015/16[sunting | sunting sumber]

Majlis Perwakilan Pelajar PBU 2015/16
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar
Bil. Jawatan Nama
1 Yang diPertua Fareez Haziq bin Adnan
2 Naib Yang diPertua Norfarahana
3 Setiausaha Kehormat Siti Nur Shahida
4 Setiausaha Nor Hazwani
5 Bendahari Zaiful Ikhwan
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
6 Exco Akademik & Latihan Maisyarah Bohari
7 Exco Kolaborasi & Komunikasi Korporat Mohd Alif Arief
8 Exco Jabatan Mohd. Zaki
9 Exco Multimedia & Penerbitan Jafni Ikhwan
10 Zahratul Azera
11 Exco Kebajikan & Sosial S. Pavitra
12 Exco Persatuan & Kelab Syazwan Yusoff
13 Exco Sukan & Rekreasi Idzihar Hasif
14 Siti Najihah
15 Exco Kediaman Pelajar Faris Othman
16 Farisah Zainul
17 Exco Kebudayaan & Warisan Ainine Ruzaifa
18 Exco Kerohanian & Moral Nurul Husna
19 Exco Pembangunan Wanita Siti Naqiyah
20 Exco Integrasi & Nasional Hanies Nadiera
21 Exco Kesukarelawanan Iylia Nadiah
22 Athirah Khairul
23 Exco Keusahawanan Mirza Syahmi

Tahun 2016/17[sunting | sunting sumber]

Majlis Perwakilan Pelajar PBU 2016/17
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar
Bil. Jawatan Nama
1 Yang diPertua Fareez Haziq bin Adnan
2 Naib Yang diPertua Mohamad Norfaznie bin Rosnis
3 Setiausaha Kehormat Faizah binti Ahmad Rodi
4 Setiausaha Muhammad Amirul Asyraaf bin Roslan
5 Bendahari Nor Hazwani binti Muhamed Yusop
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
6 Exco Akademik & Latihan Siti Najihah binti Razali
7 Exco Kolaborasi & Komunikasi Korporat Fuad Zaqi Pixri bin Ahmad Zulpixri
8 Exco Jabatan Nurul Syazwani Amira binti Mohd Azham Shah
9 Exco Multimedia & Penerbitan Zahratul Azera binti Zairudin
10 Mohd Nashrul Ikram bin Ahmad Ghazali
11 Exco Kebajikan & Sosial Muhammad Syafiq bin Muhsin
12 Exco Persatuan & Kelab Airil Afiq bin Ahmad
13 Exco Sukan & Rekreasi Nur Athirah binti Mohd Khairul Azmi
14 Iylia Nadiah binti Mohd Khairul Azmi
15 Exco Kediaman Pelajar Muhammad Faris bin Othman
16 Nur Farisah binti Zainul
17 Exco Kebudayaan & Warisan Siti Nabilah binti Kaail
18 Exco Kerohanian & Moral Mohd Alif Arief bin Mahazir
19 Exco Pembangunan Wanita Nurul Husna binti Abdul Halim
20 Exco Integrasi & Nasional Ainine Ruzaifa binti Mustafa
21 Exco Kesukarelawanan Syazwan Husaini bin Muhamad Yusoff
22 Siti Nur Shahida binti Shamsuddin
23 Exco Keusahawanan Maisyarah binti Bohari

Tahun 2017/18[sunting | sunting sumber]

Majlis Perwakilan Pelajar PBU 2017/18
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar
Bil. Jawatan Nama
1 Yang diPertua Mohamad Norfaznie bin Rosnis
2 Naib Yang diPertua Faizah binti Ahmad Rodi
3 Setiausaha Kehormat Nur Nadiah binti Yahya
4 Setiausaha Muhammad Amirul Asyraaf bin Roslan
5 Bendahari Nur Qistina binti Noor Azli
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar
6 Exco Akademik & Latihan Nurul Afiqah binti Ramlan
7 Exco Kolaborasi & Komunikasi Korporat Amirol Farhan bin Bakhauri
8 Exco Jabatan Ammar Idham bin Anuar
9 Exco Multimedia & Penerbitan Muhammad Syafiq bin Mohamed Hanafi
10 Hee Hann Wenn
11 Exco Kebajikan & Sosial Muhammad Faris bin Sobri
12 Exco Persatuan & Kelab Airil Afiq bin Ahmad
13 Exco Sukan & Rekreasi Khairul Alif bin Kamaruzaman
14 Nur Madihah binti Shaipol Bahri
15 Exco Kediaman Pelajar Mohamad Azam bin Mohamad Ghazali
16 Siti Nurmaisarah binti Abdul Hadi
17 Exco Kebudayaan & Warisan Muhammad Aliff Iqmal bin Mohamad Asri
18 Exco Kerohanian & Moral Amirullah bin Mohamed Sabri
19 Exco Pembangunan Wanita Nurul Izzah binti Mohamad Asri
20 Exco Integrasi & Nasional Adam Kiyoshi bin Mohd Azlan
21 Exco Kesukarelawanan Muhammad Aidil Ilham bin Adnan
22 Ummu Ubaidah binti Omar

Jawatankuasa Kamsis Pelajar Politeknik[sunting | sunting sumber]

null

Jawatankuasa Kamsis Pelajar PBU 2017/18
Majlis Tertinggi
Bil. Jawatan Nama
1 Null Null
Ahli Jawatankuasa Kamsis Pelajar PBU
Null Null Null

Hubungi Kami[sunting | sunting sumber]

POLITEKNIK BALIK PULAU

Pinang Nirai, Mukim 6,

11000 Balik Pulau,

Pulau Pinang.

Email : [[1]]

Rujukan[sunting | sunting sumber]