Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Pengarah terkini En Kamaruzaman bin Ismail
Timbalan Pengarah (Akademik) Pn Rohana bt Ibrahim
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Tn Hj Abdul Latif bin Halim
Lokasi Jitra, Kedah
Laman web http://www.polimas.edu.my

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) merupakan sebuah politeknik yang terletak di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan Februari 1984 sebagai Politeknik Alor Setar dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan.

Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah Kubang Pasu. Ia mula digunakan pada 14 Mac 1987 dan dibuka secara rasmi pada 23 Mac 1989 oleh DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah terkini. Semenjak dari tarikh ini nama politeknik ini ditukar kepada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena nama baginda.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi pusat pendidikan dan latihan transformasional yang terunggul dan inovatif dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Teknologi Maklumat di peringkat global menjelang 2015.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menyediakan persekitaran pembelajaran dan latihan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang kreatif,berdaya keusahawanan,kebolehpasaran tinggi dan berdaya saing global.

Motto[sunting | sunting sumber]

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

Pegawai Kanan POLIMAS ialah:

  1. En. Abdul Aziz bin Hasbullah
  2. Tuan Haji Imran bin Idris
  3. Ir. Gan Chee Kuan
  4. Dr. Khair bin Mohamad Yusof
  5. En. Mohd. Hashim bin Buyong.

POLIMAS menawarkan kursus sijil dan diploma, dan kini telah mempunyai hampir 6000 orang pelajar dengan bilangan kakitangan mencapai 600 orang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]